EDITORIAL
CATATAN A.F.YASSIN
BIODATA
AFYASSIN
KERJAYA
PENULISAN
BUKU
ENGLISH VERSION
SKILLS
CONTACT THIS AUTHOR
MEMOIR
NOSTALGIA
RUANG WAKTU
RAKAN
TINGGALKAN MESEJ
|
|
|
KOLEKSI CATATAN A.F.YASSIN
AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM DR. UMAR JUNUS Saya dikejutkan oleh panggilan telfon Jaafar Rahim kira-kira 7,30 pagi ini.
Dah dengar berita? Belum. Pak Umar dah meninggal. Innalillah!
Bila? Malam tadi 9.00 malam. Oleh kerana masih berada di luar Kuala Lumpur maka tidak ada peluang untuk menziarahinya buat kali terakhir.
Memang sudah lama juga tidak ada perkabaran daripada beliau kerana mengikut Awang Sariyan beliau dalam keadaan uzur. Satu ketika, semasa bertugas di Penerbit Fajar Bakti saya berkesempatan mendekati Allahyarham dengan lebih dekat. Malah Dr. Awang Sariyan memperkenalkan saya kepadanya dan Awang mencadangkan supaya saya memberi pertimbangan kepada manuskrip berupa kumpulan esei pilihan Umar Junus yang diselenggarakan Awang pada awal tahun 1985, saya teruja untuk menerbitkannya setelah nanti mendapat kelulusan pihak pengurusan. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 9 mac 2010
MATLOB MENUNGGU KELAHIRAN "COMELNYA" Awal Februari 2010 yang lalu saya ke Batu Pahat mengunjungi Pak Matlob (Hj. Mokhtar Talib)yang telah berpindah ke rumah baru di Kg. Semerah Darat, kira-kira 1 km dari rumah lamanya di Kg Semerah Laut. Rumah barunya ini lebih selesa, tenang dan aman berbanding rumah lamanya yang terletak di tepi jalan besar Muar-Batu Pahat. Bagi Matlob, 72 tahun, suasana ini amat diperlukannya untuk terus menghidupkan cita-citanya untuk memberi pendidikan tak formal kepada anak-anak bangsanya. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 11 februari 2010
TAHNIAH KEPADA MAHAYA: TERUSKAN TERAJUI PEN Selain Mahaya, ada Nisah Haron dalam kepimpinan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) yan turut terpilih. Nama-nama penulis yang sering menghiasi dada akhbar dan majalah tidak lagi kelihatan. Tidak pasti apakah mereka memberi laluan kepada penulis-penulis muda Negeri Sembilan atau mereka barangkali telah "begitu uzur' untuk meneruskan pentadbiran persatuan.
Biar bagaimanapun, tenaga muda dengan inspirasi baru ini diharap akan melonjakkan lagi PEN pada masa akan datan, khususnya dalam kegiatan menerbitkan lebih banyak karya ahli-ahli PEN. Adalah dirasakan tugas utama persatuan penulis ialah meningkatkan daya kreativiti untuk ahli-ahlinya di samping mempertingkat usaha menerbitkan hasil karya ahli. DI sini letaknya tanggungjawab moral Mahaya sebagai Ketua Satu PEN.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 21 januari 2010
macam nak belajar kalau kemudahan air tak ada? Cerita anak-anak sekolah yang terpaksa kerja keras nak belajar akibat tak cukup syarat kemudahan. Letak sekolah ini pula di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Kuchai Lama.
Amat menghairankan bagaimana kementerian yang bertanggungjawab (dalam hal ini kemungkinan kementerian kerja raya dan kementerian pelajaran) seperti lepas tangan sahaja. Dan yang lebih anehnya perdana menteri berpuas hati dengan pencapaian KPI dua menteri terbabit yang menerajui dua kementerian itu BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 16 januari 2010
KASIHAN ANAK MURID KENA KERJA KERAS ANGKUT AIR KERANA NAK BELAJAR Kedua-dua berita di atas dipetik daripada Utusan Malaysia,yang tersiar pda 16 Januari 2010. Cerita anak-anak sekolah yang terpaksa kerja keras nak belajar akibat tak cukup syarat kemudahan. Letak sekolah ini di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Kuchai Lama.
Amat menghairankan bagaimana kementerian yang bertanggungjawab (dalam hal ini kemungkinan kementerian kerja raya dan kementerian pelajaran) seperti lepas tangan sahaja. Dan yang lebih anehnya perdana menteri berpuas hati dengan pencapaian KPI dua menteri terbabit yang menerajui dua kementerian itu BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 16 januari 2010
UMNO CAN GO ON BUILDING NEW SLOGANS Well, what say UMNO leaders and the grassroots. Still building political castle in the air. DAP has alreaady sent its rocket to the moon with its bluish mountainous regions and is now on its way to "tenggek the dacing"!
Just hope the present formidable UMNO gurus of Mahathir-Najib-Muhyiddin has a very clear mind how they would go back to basics to get UMNO members back to its fold.
UMNO will undoubtedly be happy with more new slogans and more bickerings and suddenly in two years time your Dacing will be on the way out or taken to the moon by the its titan rocket.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 15 januari 2010
BUKTIKANLAH JANGAN ASYIK CAKAP JE UMNO! Tidak ada yang lebih betul daripada apa yang dihujahkan oleh House PK ini. Kalau UMNO mahu wujud terus, tunjukkanlah. Jangan dok aasyik bercakap aje. Cukuplah. Dengarlah lagu Tan Sri S. M. Salim: Dulu Lain Sekarang Lain.
Walk the talk-lah orang-orang UMNO dari pemimpinnya hingga ke akan umbi. Jangan asyik nak bertekak je. Buat dan buktikan. Tabik kepada House Pk dan blognya. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 14 januari 2010
YANG PERGI DAN YANG MASIH BERNAFAS Inilah resam dunia. Yang pergi ya pergi dan yang datang ya datang. Bercakap tentang yang pergi ini dalam beberapa minggu dan bulan ini berlalu telah pergi beberapa kawan penulis kita yang tidak akan kembali lagi. Terbaru perginya mantan bendahari Gapena, Cikgu Hassan Mohamad Ali yang sebelum ini didahului mantan bendahari yang lagi seorang, Allahyarham Saleh Daud. Kedua-dua tokoh Gapena ini pernah karib dan intim dan bila berjalan sering berdua-duaan. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 13 januari 2010
MENTERI KITA MASIH JUGA CAKAP "SAYA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK..." Hanya satu yang diperlukan untuk menangani situasi politik gawat sekarang: Tindakan tegas kerajaan. Amaran menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan awam "saya tidak akan teragak-agak bertindak" sudah lama berlalu. Rakyat perlukan seorang menteri yang bukan sahaja tegas tapi berani bertindak demi kepeninagan rakyat umumnya. Bukannya menteri yang asyik dengan retorik. Cukuplah itu.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 13 januari 2010
KALIMAH ALLAH: WARASKAH CARA KITA BERFIKIR? Bukankah lebih baik berfikiran rasional. Gunakan logika akal dan berfikir secara sederhana. Bukankah semua agama mengajar manusia begitu? Bukankah lebih baik kita mementingkan kesejahteraan diri kita sendiri secara per orangan dan memberi keutamaan kepada tanggungjawab sosial terhadap setiap orang daripada kita, tidak kira apa kepercayaan dan pegangan.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 9 januari 2010
TOK MAT YANG KAMI TAHU Satu rombongan yang diketuai Tok Mat pernah berkunjung ke Jakarta, Bandung dan Jogjakarta pada awal tahun 1980an mengadakan pertemuan dengan para ahli akademik beberapa buah universiti di tiga bandar besar tersebut. Kunjungan hormat ke Universitas Indonesia (UI), Universitas Gadjah Mada (Jogjakarta), IKIP Bandung dan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Jalan Sulanjana, bandung, mengingatkan kami betapa eratnya hubungan antara tokoh akademik dan mahasiswa kedua-dua Negara. Tok Mat adalah Menteri Penerangan ketika itu dan sempat menziarahi Menteri Penerangan Indonesia Pak Ali Murtopo yang lagi sakit di rumah sakit di Jakarta. Kami diiringi Pak Lokman Ali, bekas Atace Pendidikan di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 1 januari 2010
BILA AHLI KELUARGA MENJADI MANGSA POLITIK Soal keluarga dan hal peribadi ini sudah menjadi asam garam hidup. Tun Mahathir pun pernah mengalami hal-hal seperti ini. Anak-anaknya menjadi mangsa ayah yang menjadi PM. Tun Abdullah pun begitu, Anak dan menantu menjadi mangsa ayah yang menjadi PM dan ayah mertua. Menteri Besar Kelantang Dato' Nik Aziz sedang mengalami keadan begini apabila menantu menjadi mangsa politik apabila Nik Aziz menjadi Menteri Besar. kendati pula Nazri yang hanya seorang menteri dalam kabinet. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 disember 2009
SEKADAR MEMPERINGATKAN SEJARAH! PPPMM mahu agar DAP melihat sejarah Malaysia. Sebik-baiknya janganlah ungkit benda-benda yang sensitif yang boleh menegangkan hubungan kaum di negara ini. Akhirnya tidak ada siapa yang beroleh manfaat daripada masalah ungkit-mengungkit ini.
Eloklah jadikan sempada bagi perkara yang tidak baik dan jadikan tauladan kepada perkara yang baik.
Sekadar mengingatkan saja!
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 10 disember 2009
APABILA AHLI KELUARGA MENJADI MANGSA POLITIK Soal keluarga dan hal peribadi ini sudah menjadi asam garam hidup. Tun Mahathir pun pernah mengalami hal-hal seperti ini. Anak-anaknya menjadi mangsa ayah yang menjadi PM. Tun Abdullah pun begitu, Anak dan menantu menjadi mangsa ayah yang menjadi PM dan ayah mertua. Menteri Besar Kelantang Dato' Nik Aziz sedang mengalami keadan yang sama begini apabila menantu menjadi mangsa mentua apabila Nik Aziz menjadi Mnteri Besar. Kendati pula Nazri yang hanya seorang menteri kabinet sekarang ini..
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 disember 2009
BILA KELUARGA MENJADI MANGSA POLITIK Soal keluarga dan hal peribadi ini sudah menjadi asam garam hidup. Tun Mahathir pun pernah mengalami hal-hal seperti ini. Anak-anaknya menjadi mangsa ayah yang menjadi PM. Tun Abdullah pun begitu, Anak dan menantu menjadi mangsa ayah yang menjadi PM dan ayah mertua. Menteri Besar Kelantang Dato' Nik Aziz sedang mengalami keadan begini apabila menantu menjadi mangsa mentua menjadi Mnteri Besar. kendati pula Nazri yang hanya seorang menteri.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 disember 2009
BUKU BARU CATATAN PERISTIWA SASTERA Buku terbaru a.f.yassin ini adalah tentang catatannya dalam bidang persuratan sejak dua dekad yang lalu. Di kulit belakang buku ini ada dinyatakan: Pembaca akan mengetahui riak dan gelombang dunia sastera Melayu yang berlaku dalam dua dekad yang lalu.Buku ini adalah yang kedua tentang catatan sastera pengarang ini. Yang pertama berjudul Sembang Sastera: Bbersama Orang Persuratan, diterbitkan oleh Penerbitan Fajar Bakti pada tahun 1998. Kedua-dua buku ini adalah hasil tulisan beliau melalui kolumnya di Utusan Zaman dan Utusan Melayu (1993 - 2006).
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 6 disember 2009
UMNO TAK PERLU PILIH SERENTAK DI SATU TEMPAT Utusan Malaysia hari ini (12 Oktober 09) melalui satu rencananya berkata UMNO akan mengalami masalah menampung jumlah anggota perwakilan untuk memilih MT dari presiden ke jawatan-jawatan lain. Sebabnya PWTC tidak akan mampu menampung jmlah perwakilan yang akan ke PWTC jika pencalonan diadakan serentak. Mungkin diperlukan stadium Bukit Jalil untuk mengadakan sidang. Kemudian timbul pula keadaan sesak lalulintas jika jumlah perwakilan itu datang membanjiri Kuala Lumpur.
Saya rasa masalah mengundi serentak oleh para perwakilan yang datang dari seluruh negara tidak timbul. Tidak semestinya pengundian serentak dibuat di tempat yang sama sama ada di PWTC atau di stadium. Pengundian boleh dilakukan dari pelbagai tempat seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum. Pngundian boleh dilakukan di seluruh negara, tetapi yang mengundi dipastikan berada di tempat-tempat yang ditentukan. Yang penting bagaimana ia dijalankan dengan berkesan.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 12 oktober 2009
UTAMAKAN SUARA RAKYAT BUKAN SUARA PARTI ATAU CALON Dengarnya belum apa-apa UMNO Bagan Pinang dah ambil keputusan memilih hanya seorang calon untuk dikemukakan kepada UMNO Pusat. Apa sudah jadi? Alamat kecundang sekali lagikah BN (UMNO)? Orang UMNO masih juga tak mahu berubah.Bukankah lebih baik calon tunggal yang dikemukakan Bagan Pinang ini memikirkan bahawa suara rakyat lebih penting daripada suara parti. Bukankah ini juga yang diminta PM Dato' Seri Najib Tun Razak kepada parti MIC yang memilih perwakilannya hari ini. Takkanlah Najib hanya mahu nasihatkan MIC tetapi tidak pula UMNO.
UMNO MESTI DAN WAJIB memikirkan calon yang bersih dan dilihat bersih tanpa sebarang was-was.Lupakan cerita lalu. Siapapun yang dipilih, tak kiralah pengalaman atau anak watan tak penting, wlaupun orang itu veteran UMNO ke atau ketua UMNO. Kalau ada cerita yang tidak beretika tentangnya, elok ketepikan sahaja calon seperti ini. UMNO kan dah tahu apa akibatnya dengan pilihanraya kecil di Permatang Pasir, di Kuala trengganu dan di Manik Urai. Inipun kalau UMNO tak mahu jadi "pisang berbuah sembilan kali."
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 12 september 2009
BN BELUM MAMPU BERUBAH?
Kekalahan BN di Permatang Pasir bukan tidak diduga. Banyak berpunca daripada ketidakmampuan BN, terutama UMNO membebaskn diri daripada sindrom untuk berubah sikap. Belum ada tanda yang menunjukkan rakyat akar umbi mahu berjinak semula dengan parti dominan itu. Mereka masih belum nampak ahi-ahli dan pemimpinnya nya berubah sikap. Lihat sahaja calon BN Di Permatang Pasir. Walaupun dianggap bersih tetapi belum dilihat bersih oleh kebanyakan pengundi. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 5 september 2009
DHARMALA NS DIES AT 62 Demikianlah seorang demi seorang teman dalm bidang penulisan pergi menemui Sang Pencipta. Yang tinggal hanyalah warisan pesaka dalam bentuk krya dalam apa pun genrenya. Kita melihat perginya Dharmawijaya lima tahun dahulu, kemudian kita dikejutkan dengan pemergian Sahmad Malaya dari DPMP Pahang, lalu prgi pula Amil Jaya, penulis dari Sabah yang berusia 62 tahun. Usia Amil sama dengan usia Arwah Dharmala NS. Hanya Sahmad yang berusia 84 tahun ketika berpulang ke Rahmatullah. Tidak lama sebelum itu pergi dahulu Drs. Yeop Johari Yaakob, penulis Negeri Sembilan,bekas pegawai bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 5 september 2009
TERIMA KASIH KUNJUNGAN TERIMA KASIH KEPADA SDR-SDR YANG SUDI ZIARAH SAYA DI ICU KPJ MEDICL CENTRE KAJANG SEJAK 30 JULAI 09 YANG LALU. ALHAMDULILLAH SAYA DIBENARKAN PULANG 3 OGOS 09. INSYA-ALLAH SAYA AKAN TERUSKAN MENULIS DALAM BLOG INI UNTUK MENYEBARKAN INFO YANG MUNGKIN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.
TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SDR-SDR YANG MENDOAKAN SAYA SUPAYA CEPAT SEMBUH. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 5 ogos 2009
ADAT PERPATIH: HABIH MACAM MANO DATO'? Apa yang dikatakan Dato' Adat di Negeri Sembilan itu benar belaka. Masalahnya sekarang dato' ialah persepsi umum masyarakat di luar Negeri Sembilan yang masih lagi fobia hendak berkahwin dengan wanita di negeri Adat perpatih itu. Semuanya keliru dengan andaian bahawa orang Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih yang didatangkan bulat-bulat dari Minangkabau. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 15 julai 2009
PPSMI: APA SAHAJA BOLEH BERLAKU MENJELANG 2012 Harap-harap TPM yang merangkap Menteri pelajaran tidak terikut-ikut dengan rentak semasa berhubung isu PPSMI ini. Dan janganlah pula berselindung di sebalik arus politik Johor yang mahukan PPSMI dimansuhkan. Bimbang juga, dahulu waktu kempen pemilihan UMNO, Menteri Pelajaran kita yang sekarang ini sentiasa sahaja berada bersama arkitek PPSMI, tetapi apabila sudah menang, takkanlah nak pinggirkan sumbangan arkitek itu. Nampak sangat nanti dikata orang "kacang lupakan kulit." BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 15 julai 2009
SAHMAD MALAYA: PERTEMUAN 18 JANUARI 09 Catatan Dharma (Dharmala NS) melalui Blognya pada 9 Julai 2009 di atas mengingatkan saya kepada pertemuan terakhir dengan Arwah Sahmad Malaya di rumahnya di Temerloh, pada 12 November 2008, pukul 3.00 petang, dan sekali lagi pada 18 Januari 2009, pukul 11.30 pagi. Saya mengunjungi Allahyarham bersama mantan wartawan Utusan Melayu, Haji Kamaluddin Lela, yang kebetulan pula orang Pahang (Kuala Lipis).Tujuan kunjungan kami pada kali kedua pada 18 Januari 2009 adalah untuk menjemputnya bersama ke kediaman Dato Orang Kaya Indera Segara Pahang, YM Tengku Ibrahim bin Tengku Muhammad di Pekan. Oleh kerana ketika itu Sahmad Malaya atau Abah tidak beberapa sihat, maka kami tidak membawanya bersama dan kami berbual selama 45 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan dan Pekan. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 11 julai 2009
PPSMI: MANA SATU INGGERIS ATAU MELAYU? Ada juga benarnya apa yang diluahkan oleh penulis rencana ini. Tetapi dalam negara-negara yang tidak menggunakan bahasa kebangsaannya atau bahasa ibundanya dalam ssitem pendidikan , masih terdapat yang tak setuju. Seperti di Malaysia, beks PM, Tun Mahathir Mohammad tak setuju, penyokong dan pengikutnya juga tak setuju. Malah dalam kajian pendapat yang disiarkan dalam blog bekas PM itu lebih setengah setuju bahasa Inggeris digunakan dalam sistem pendidikan dalam beberapa mata pelajaran. Kita tahulah golongan mana itu.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 10 julai 2009
PPSMI: MENGAPA MESTI TUNGGU TIGA TAHUN LAGI? Agak menarik apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad menyiarkan statistik pendapat umum tentang siapa setuju dan siapa tak setuju kerajaan mengembalikan PPSMI kepada bahasa Melayu. Petunjuk awal jelas menunjukkan ramai yang menyokong PPSMI dikekalkan.Ertinya mereka sama-sama sedih dengan Tun.
Biasalah itu kalau penyokong dan peminat yang baca blog bekas PM itu semuanya menyokong. Biasanya orang yang tidak menyokong Tun takan baca blog sedemikian. Bagi mereka daripada sakit hati membaca pandangan dan pendapat yang hanya berlandaskan pandangan peribadi, yang belum tentu betul dan tepat lebih baik tak baca langsung. Hati pun tak sakit.Betul tak?
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 julai 2009
MALAYSIA-SINGAPURA: BINA TEROWONG MENYEBERANG SELAT TEBRAU Setuju 110% (seratus sepuluh peratus) idea yang dikemukakan penulis ini. Terowong antara Malaysia dan Singapura tidak panjang, malah terowong menghubungi Uk dengan Peranchis lebih panjang, jauh lebih panjang. Kita tahu kemudahan dan manfaat yang diperoleh kedua-dua bangsa - Inggeris dan Peranchis, malah oleh semua warga Eropah dan pelancong seluruh dunia. Terowong itu wujud kerana adanya kerjasama rapat antara dua negara, UK dan Peranchis, walaupun sejarah menunjukkan kedua-dua negara ini pernah bermusuhan. Akhirnya bak kata mat saleh "common sense prevails." BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 6 julai 2009
MELIHAT CITRA YANG TELAH TERCALAR Reaksi beberapa orang penulis Facebbok ini menarik untuk dihayati. Walaupun tidak dinyatakan kepada siapa sebenarnya yang ditujukan, satu hal pasti, iaitu citra sebuah politik terbesar di negara ini telah terlalu tercalar sehingga apa pun yang dikatakan pemimpinnya (baik yang bekas mahu pun yang kembali semula)tidak memberi kesan kepada masyarakat umum, terutama golongan generasi muda hari ini. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 28 jun 2009
PPSMI: UMNO BIKIN HELAH LAGI! Nampaknya tak habis-habis UMNO buat helah tentang PPSMI. Kali ini PPSMI mahu diperhalusi lagi hingga mungkin menghulur-hulur waktu sehingga selepas pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan. Mungkin UMNO nak lihat bagaimana keputusan sama ada memihak kepada UMNO atau PAS.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 25 jun 2009
ADAT PERPATIH: MASIH SERIUSKAN UNTUK MEMPERTAHANKANNYA? Masih ramaikah penduduk Melayu Negeri Sembilan serius mengamalkan sistem ini, memandangkan sejumlah besar anak-anak mudanya kurang pengetahuan asas tentang adat ini? Dua tokoh budaya Negeri Sembilan, Tan Sri Abd. Samad Idris dan Norhalim Ibrahim telah meninggal dunia. Dan tidak ramai lagi yang masih berminat meneruskan perjuangan memartabatkan adat ini di Negeri Sembilan, kecuali mungkin sejumlah kecil Lembaga dan Buapak.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 23 jun 2009
BAHASA INGGERIS ADALAH SEGALA-GALANYA DI MALAYSIA! Setuju seratus peratus dalam dunia hari ini hanya bahasa Inggeris sahaja adalah bahasa ilmu. Itulah sebabnya pemimpin kita terang-terang mahu rakyat menjadikan bahasa Inggeris bahasa ilmunya juga.
Hidup bahasa Inggeris. Kasihan bahasa Melayu! BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 21 jun 2009
PERPADUAN MELAYU: PERANAN RAJA-RAJA MELAYU PERLU Raja-raja Melayu boleh mainkan peranan, bukan setakat retorik tetapi melalui tindakan. What better place to begin than the next "Persidangan Raja-Raja Melayu."
Titah-titah beberapa Baginda Sultan di beberapa negeri, seperti Perak, Selangor, Pahang dan Kedah boleh dijadikan asas tindakan.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 18 jun 2009
KUANYEW-MAHATHIR: NO LOVE LOST?! Everybody in the right political mind must be speculating the common denominator that binds Lee Kuan Yew's republic and Lim Kit Siang's (read: Lee Guan Eng)island state of Pulau Pinang (Penang). After all DAP was originally PAP and came into existence in Malaysian Politics after Singapore was expelled from Malaysia.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 17 jun 2009
BIAR ADAT YANG MATI JANGAN ANAK? Seorang pakar penyelidik Adat Perpatih di Negeri Seremban menyifatkan isyarat kurang sopan seorang pembesar adat (Undang Luak) Mei 2005 lalu dalam satu majlis rasmi kerajaan negeri sebagai kurang beradat. Katanya, âItu baru isyarat. Ada yang telah melanggari adat yang menaikkan darjat dan martabatnya. Kadang-kadang pembesar adat ini terlupa akan sumpah perlantikannya, mahu mempertahankan adat. Saya berani katalah perbilangan âjangan mati anak jangan mati adatâ sudah tidak boleh dipakai lagi sekarang. Ada pembesar adat yang terang-terang mahu mematikan adat itu sendiri.â
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 16 jun 2009
EROPAH PERLU HAYATI NURANI BUDAYA ASIA Eropah perlu menghayati nurani budaya Asia
Hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang cuba dijalin oleh pemimpin sesebuah negara dengan mana-mana negara lain berkemungkinan besar menemui jalan buntu tanpa restu rakyat negara masing-masing. Israel adalah contoh terbaik.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG FAIZAL 15 jun 2009
UNDANG SUNGAI UJUNG YANG MANA SATU? Kedudukan penyandang Undang Luak Sungai Ujong yang sah kini menjadi persoalan, berikutan Istiadat Kerjan yang menabalkan Othman Ismail, sebagai Undang Luak Sungai Ujong yang baru di sini, semalam.
Ini kerana jawatan itu secara rasmi disandang oleh Datuk Klana Putra Mubarak Dohak, 48, yang dilantik sejak 29 Disember 1993.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 15 jun 2009
JIWA PATRIOTISME CAIR DEK JIWA "NAK HIDUP". Ahmad Fadzil Yassin at 10:08am June 15
Sdr Ainon
Dah naik loya tekak dan dah berbuih mulut kita bercakap ttg BM ini. Pembuat dasar di atas sana tetap dengan pendiriannya. Masalahnya masih terlalu ramai yang terus "melutut" mengkuti kehendak pembuat dasar ini. Dan jiwa-jiwa patriotisme telah dicairkan oleh jiwa-jiwa "nak hidup".Dan media pula semakin dikuasai "golongan" yang juga berjiwa... Read More begini.
Nak salahkan siapa Puan. Kadang-kadang teringat sembang-sembang di kantin DBP tahun pada akhir-akhir tahun 1970an bersama Ajikik dan kawan-kawan lain ttg tentang politik Melayu dan terjemahan Inggeris-Melayu.
Agaknya bagaimanalah khabarnya Ajikik kita itu? BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 15 jun 2009
PUSAT PENTADBIRAN NUSAJA DI KOTA ISKANDAR

Puteri Harbour yang melatari Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar, Nusajaya. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 jun 2009
SYABAS BUAT MENTERI PELAJARAN KITA! Demikianlah adanya. Semakin jelaslah ke mana arah tuju pemimpin "kita". Kita bakal melihat semakin lama semakin berkuranganlah pelajar Melayu yang akan mendapat sijil penuh di peringkat SPM. Syabas kepada Menteri Pelajaran kita kerana pandangan jauhnya. Semoga anak-anak Melayu tidak terus menjadi bidak dalam percaturan politik Melayu!?
Bgaimanakah reaksi Dato' Dr. Hassan Ahmad dan SN Datuk A. Samad Said dengan cadangan baru ini? Senyum dalam tangisan atau nangis dalam senyuman?
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 9 jun 2009
SEJENAK MENGINGATI ARWAH PENULIS YEOP JOHARI YAAKOB Disamping itu Cikgu Yeop sering memperjuangkan Adat Perpatih yang berlandaskan hukum syarak, sesuai dengan kata adat Adat Bersendikan Hukum, Hukum Bersendikan Kitab Allah, Syarak Mengata Adat Menurut.
Sesungguhnya PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang pejuang yang unik serta sukar untuk ditukar ganti. Semoga Allah merahmati roh beliau serta melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam yang meperjuangkan sasterawan Melayu Islam serta Adat Perpatih dari kacamata Islam di negeri yang penuh beradat ini.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 2 jun 2009
SAYA CUMA NAK TOLONG SAYA BUKAN ALONG! Kelmarin PM Dato' seri Najib Tun Razak nasihatkan orang ramai jangan meminjam dengan along kerana membahayakan keselamatan diri dan keluarga.Peminjam akan dizalimi jika tidak bayar hutang. Ini dapat dilihat daripada gambar yang disiarkan media sehari sebelumnya. Mereka dirantai sehingga hutang selesai.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 1 jun 2009
PPSMI:SEMOGA DIBERKATI TUHAN AZAWAJALLA! Arkitek PPSMI mula berbunyi kembali. Bersiap-siaplah para "pelampau dan ekstremis" bahasa seperti A. Samad Said, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Tan Sri Ismail Hussein, Datuk Abu Bakar Hamid, Shahril Mat Zain, Tan Sri Aziz Abd Rahman, Dr. Awang Saryan, Hasni Abbas dan yang sepertinya.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 30 mei 2009
PPSMI: HARAP-HARAP MENTERI PELJARAN TIDAK "BEAT AROUND THE BUSH" LAGI Harap-harap kegembiraan Gapena ini akan berpanjangan dan Kerajaan memansuhkan PPSMI. Semua anggota kerabat Gapena yang mewakili seluruh kaum penulis di negara ini sudah barang tentu menunggu dengan harapan menggunung.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 28 mei 2009
JOM, KITA BERLUMBA-LUMBA CAKAP INGGERIS DI TV! Sekarang ini yg dapat diharapkan bersungguh-sungguh bercakap tentang jati diri Melayu dalam kalangan anggota Kabinet hanya Datuk Rais Yatim. Masalahnya dia keseorangan. Sewajarnya semua anggota Kabinet dan penjawat awam (sukar diharapkan orang swasta, walaupun ada) mendukung dasar negara, termasuk dasar bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pendidikan kebangsaan dll.
Silap kita (pemimpinlah) tidak belajar daripada Indonesia, negara jiran terdekat yang merdeka lebih awal, dan tampaknya berjaya dalam hal mengindonesiakan pemimpin dan rakyatnya.
Apa pun kita mesti terus bercakap dan berjuang!
Dr. Awang Sariyan
Beijing, China
26 Mei 2009
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 27 mei 2009
BERALIH ARAH NONTON TV? Ada yang kata RTM kini "cenderung memberi tumpuan kepada PM" manakala TV3 "cenderung memberi tumpuan kepada TPM". RTM biasanya memberi keutamaan kepada berita tentang Pm sementara TV3 membuat liputan utamanya tentang TPM. Yang diutamakan RTM ialah PM, manakala yang diutamakan TV3 TPM. Orang yang membuat perbandingan ini mungkin salah. Mungkin persepsi sebenarnya tidaklah begitu. Tetapi persepsi tetap persepsi. Kalau tidak ia bukan persepsi.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 25 mei 2009
BERPOLITIK MACAM BUDAK-BUDAK. BILA NAK HABIS? Dalam politik macam-macam boleh berlaku dan main tuduh-tuduh ini telah menjadi perkara perkara biasa. Lihat sahaja gelagat dua kumpulan yang memerintah dan yang membangkang di negara hari ini.
Pihak pembangkang, misalnya kalau ada kes di mahkamah, dan ia memihak kepadanya dengan serta merta kumpulan ini akan berkata bahawa "democracy triumphs", tapi apabila kes tidak memihak kepadanya ia akan kata pihak lawannya mempengaruhi kes.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 24 mei 2009
KONSULAT SINGAPURA DI JB: PERLU KE? Bincang punya bincang di kedai kopi macam jagoan politik bersama kawan lama sebentar tadi berdekatan Pantai Lido yang sekarang lebih mesra dengan nama Danga Bay menghasilkan satu persepsi sedikit negatif berhubung penubuhan konsulat Singapura di Johor Bahru (Nusajaya?)
Very dangerous! kata teman yang mulai kenal sejak tahun 1962 lagi.
Kamu bercakap gomen. Apa hal?
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 23 mei 2009
BAHASA: BUATLAH APA YANG PATUT DAN PERLU TAN SRI! Orang ramai pun dah naik bosan dengar cerita nak martabatkan bahasa Melayu.Macam-macam nama diberikan dalam usaha hendak martabatkan bahasa. Padahal bahasa itu telah dimartabatkan sejak lebih 500 tahun dahulu. Sejak orang Melayu tahu memerintah dan bertamdun di alam Melayu ini.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 17 mei 2009
SEMANGAT BARU PAK MATLOB Kira-kira tiga minggu lalu Pak Matlob berkunjung ke rumah bekas wartawan Utusan Melayu, Haji Kamaluddin Mat Lela di rumahnya di Kubu Gajah, sungai Buloh. Oleh kerana lama tak bertemu dengan Pak Matlob maka saya pun datang mengunjunginya di rumah Kamaluddin.
Pak Matlob dan isteri kelihatan sihat. Menurut Pak Matlob, dia mendapat angin baru nak terbit akhbar atau majalah kanak-kanak, seakan-akan akhbar kanak-kanak Tunas yang pernah diterbitkan satu masa dahulu. Daripada percakapan sebentar bersamanya ketika itu, ternyaata semangat Pak Matlob nak terbit akhbar kanak-kanak itu begitu berkubar.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 16 mei 2009
DUNIA PERSURATAN SEPI? Dunia sepi? Mana mungkin. Itu di Rumah Pena masih ada kegiatan setiap Jumaat malam minggu pertama tiap bulan, peminat puisi dan penyair baca sajak. Itu di Rumah gapena di sebelah setiap minggu ada 'rapat' pengurusan mungkin. Paling-paling nak tinjau untung rugi Gapeniaganya.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 13 mei 2009
SIAPA MENTERI BESAR PERAK NI? Kalau ikut rasa akar umbilah, krisis ini mudah saja boleh selesai. Kenapa tak teruskan sidang hari itu dan usulkan undi tak percaya kepada Menteri Besar, tak kira siapalah. Ajak semua ADUN mengambil bahagian dan memilih kumpulan mana yang berhak memerintah. Jangan ada pecat-memecat.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 12 mei 2009
GLIMPSE INTO THE LIFE OF TUANKU MUHRIZ OF NEGERI SEMBILAN Tunku Muhriz was first in the order of succession before the death of Tuanku Munawir, followed by Tunku Jaafar and Tunku Abdullah. When Tuanku Munawir died, Tunku Muhriz was not chosen. Instead the council chose his half-uncle Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, a diplomat. It has been suggested that the then Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, influenced the Undangs not to choose Tunku Muhriz on account of his youth (he was then only eighteen). BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 12 mei 2009
WAKE UP, SIR, MINISTER OF EDUCATION! The teaching of science and mathematics in English does not serve to improve one's command of the language. The teaching of English does that. The understanding of its structure and rules, the immersion in its literature, the active encouragement of its use. There is no easy out. There is no shortcut. No killing of two birds with one stone. And while our students may now be fluent in the technobabble that is common to these subjects, their English language skills remain wanting.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 12 mei 2009
KAJI LAGI ISU PPSMI, KATA MENTERI PELAJARAN BARU Semacam ada "sesuatu" dalam agenda menteri pelajaran kita yang baru ini. Seperti halnya menteri terdahulu, agaknya menteri yang sekarang ini pura-pura lupa dari mana beliau berasal kerana negeri Johor selama ini mahukan PPSMI dimansuhkan dan kembali menggunakan bahasa Kebangsaan. Tapi apa yang hendak dihairanlah kerana sewaktu kempen untuk jawatan presiden UMNO baru-baru ini menteri pelajaran ini asyik sahaja bersama-sama tokoh yang menjadi arkitek PPSMI. Takkanlah beliau nak tolak keputusan arkitek PPSMI.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 6 mei 2009
MAI MAIN TARIK TALI DENGAN PPSMI! Pertemuan demi pertemuan telah diadakan. Perbincangan demi perbincangan telah diadakan. dialog demi dialog telah diadakan. Menteri datang, menteri pergi. Kini kita (Gapena) akan bersemuka pula dengan Menteri pelajaran yang baru dan Timbalannya. Kedua-duanya orang Johor. Setakat ini hanya negeri ini sahaja yang masih teguh mahukan PPSMI dimansuhkan.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 30 april 2009
UKM-UNPAD BANDUNG BINA JAMBATAN BUDAYA Termasuk tahun ini telah lapan kali simposium diadakan secara bergilir antara UKM dan UNPAD Bandung. Bagaimana hasilnya? Seorang peserta dari Bandung, Drs Solleh Soemirat, MA dari Fakultas Ilmu Komunikasi menilai simposium sebagai wadah mendekati jurang komunikasi budaya antara dua negara, terutama di kalangan para ilmuan di dua universiti UKM dan Padjadjaran. Katanya, Kerjasama erat dalam bidang kelilmuan dan multi-disiplin dapat diteruskan, malah simposium sering mengingatkan kita akan pentingnya kerjasama itu.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 29 april 2009
MEMAHAMI JIWA PENULIS BUKU POLITIK YAHAYA ISMAIL Tidak ingat, bila kali terakhir saya menemui Yahaya Ismail atau berbuah dengannya. Yahaya sibuk sakan, maklum seorang sasterawan dan kini penulis buku politik sepertinya perlu berada dalam keadaan peka dengan dunia sekelilingnya. Yahaya juga seorang tokoh besar kesusasteraan suatu ketika dulu dengan karya-karyanya sering mengundang kontraversi dan polimik. Khamis lalu, Yahaya menelfon. Suaranya masih seperti biasa dengan dialek Kedah campur Indonesia yang semakin membekas sebagai identiti dirinya. Dan seperti biasa setiap kali memulakan bicara, baik ketika bertemu mahupun ketika bercakap melalui telefon Yahaya akan bertanya, Apa ada cerita baru?
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 29 april 2009
BINA JAMBATAN BUDAYA KL-MAKASAR Safrullah melihat Johor sebagai landasan pertemuan kerana di Johor jugalah bermulanya peranaan orang Bugis. Jika dahulu orang Bugis membantu dalam usaha menyelesaikan rebutan kuasa antara putera raja Melayu, tapi kalu ini biarlah hubungan itu hanya dalam usaha meningkatkan tali persuratan dan kebudayaan. Kerana menurut Safrullah, tidak ada sebab mengapa antara kedua-dua bangsa Melayu dan Makasar, khasnya Bugis tidak dapat meneruskan silaturrahim yang hampir terputus oleh perjalanan sejarah dan zamannya.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 28 april 2009
AGAMA ANAK: BAGAIMANA DENGAN HUKUM SYARAK? Kelihatannya, Kabinet kenalah beri pertimbangan semula keputusan terbarunya berhubung kes anak dan agama ini. Nilailah impaknya jika keptusan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak. Pelbagai andaian akan dibuat, malah persepsi orang Melayu, khususnya, terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak mungkin turut berubah secara drastik. Belum lagi kes PPSMI selesai kini datang pula kes yang lebih mendasar mengenai Perlembagaan dan Syariah.
Siapa menterinya yang mengendalikan kes ini perlu berhati-hati menasihatkan PM jangan sampai rakyat Melayu "naik meluat", sekadar menyebut kata-kata seorang khatib masjid di Johor Bahru. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 25 april 2009
MENCARI ELEMEN BERKECUALI DALAM MEDIA KITA MEMIMAHAK ATAU TIDAK MEMIHAK
masalah yang ingin saya kongsi bersama ialah penghujahan yang tak seimbang dalam program bual bicara media elektronik ini. Lebih tepat, soal yang membabitkan keseimbangan dalam mengutarakan pandangan dan hujah. Atau dalam bahasa yang mudah, berhujah dari tiga sudut: menyokong, menentang dan berkecuali. Dan dalam hal ini media elektronik mestilah bersifat berkecuali..
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 22 april 2009
1 MALAYSIA OH 1 MALAYSIA! Najib mungkin berdepan dengan beberapa pilihan untuk membancuh rakyat majmuk Malaysia menjadi 1 Malaysia. Pilihan itu ada di beberapa Negara, seperti Singapura dengan didasarkan kepada Malaysian Malaysia yang diperkenalkan mantan Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia. Kini DAP mencanangkan konsep Malaysian Malaysia itu. Ada Indonesia dengan ramuannya, Satu bangsa, satu Negara dan satu bahasanya. Mantan presiden UMNO, Dato Onn Jaafar pernah mencadangkan untuk Tanah Melayu tetapi tidak mendapat sambutan. Kemudian ada pula ramuan Amerika Syarikat dengan bahasa dan budaya Inggeris sebagai alat pemersatu. Mana satu ramuan atau acuan yang diperlukan Najib? Singapura, Indonesia atau Amerika Syarikat? Atau ada acuan yang lebih molek buat Malaysia?
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 16 april 2009
MENANG TAK MENANG SEMUA BUAT KHAIRY! Khairy menang Ketua Pemuda dalam pemilihan itu tapi tidak menganggotai kabinet PM yang baru. Sedangkan Naib Ketuanya Razali Ibrahim diberi tempat sebagai timbalan menteri. Kemudian calon yang kalah dalam pertandingan Mukhriz Mahathir turut diberikan tempat sebagai timbalan menteri.Maka Khairy terpaksa berpuas hati menjadi seorang lagi "Suhaimi Hj Kamaruddin" atau "Harun Idris" yang tidak diberi tempat dalam kabinet suatu waktu dahulu. Harun sedikit bertuah kerana ketika terpilih sebagai menjadi Ketua Pemuda beliau adalah Menteri Besar Selangor.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 12 april 2009
MUHYIDDIN DI ZON BAHAYA TIGA TAHUN LAGI? Malam itu di Danga Bay kami sembang tentang politik Johor dan kaitannya dengan susunan kabinet Perdana Menteri Baru, Datoâ Seri Najib Tun Razak. Kami pun sudah saling maklum. Seperti kata biras dari Kuala Pilah, âApa lagi cara hendak habiskan malam. Ini kerja yang paling baik, daripada menyibuk cerita hal orang ya tak, Bang?â Dia mengarah kata-katanya itu kepada saya.
âNampaknya ramai juga orang Johor dalam kabinet,â kata biras dari Muar. âKuota kot!â
Kata biras dari Kuala Pilah, âYou nonton tak ulasan orang politik dalam TV. seperti Tan Sri Sanusi Joned atau Datuk Ruhanie Ahmad.â Katanya âSekarang TPM orang Johor. Menteri Pendidikan orang Johor, Menteri Pendidikan Tinggi orang Johor, Menteri Dalam Negeri orang Johor.â Sambil ketawa dia menyambung, â Yang kena rijek pun banyak juga dari Johor. Ada Shahril (letak jawatan). Ada Azalina Othman dan ada Syed Hamid. Tiga pergi, tiga masuk. Orang Negeri Sembilan apa kurangnya. Ada dua wakil dalam kabinet. Shaziman Abu Mansor dan Dr. Rais Yatim.â
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 april 2009
KEKALAHAN DI DUA BUKIT: PERLUKAH BADAN BEBAS DILANTIK UMNO Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencadangkan kepada Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak supaya melantik satu badan bebas mengkaji kekalahan dalam pilihanraya kecil dua bukit di Perak dan Kedah 7 April 09 lalu.
Menurut Muhyiddin hanya melalui hasil kajian badan bebas itu UMNO mungkin dapat melihat kelemahan atau kekuatannya.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 8 april 2009
KOMENTAR RAIS KOMITMEN NAJIB Dato' Seri Dr. Rais Yatim mengulas tentang perlunya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memberikan komitmennya tentang pentadbiran baru yang dipimpinnya sekarang. Rais sepatutnya menambah, "Bukan sahaja bersih tapi dilihat bersih." Ini penting jika Najib mahu melihat perubahan dalam sikap rakyat yang sejak kebelakangan ini telah hilang keyakinan terhadap kerajaan yang ada hari ini. Ini juga dilaungi oleh dua wartawan veteran yang pernah berkhidmat di Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jassin dan Datuk Ahmad Talib, dalam rancangan Helo! Malaysia, Bernama TV malam ini (7 April 09).
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 7 april 2009
KHAIRY JAMALUDDIN, SYED JAAFAR ALBAR DAN SINGA UMNO Dalam keadaan demikian apakah ada ruang dan peluang untuk Khairy memutar semula persepsi itu kepada suatu yang lebih memihak kepadanya. Mungkin ruang itu wujud dalam tindakan Khairy untuk tidak mengikuti tradisi UMNO selepas Suhaimi menjadi Ketua Pemuda dahulu. Suhaimi tidak masuk kabinet tetapi berada di luar untuk menjadi kumpulan pendesak kepada UMNO. Dengan berada di luar parti Khairy dan Pemuda akan lebih kreatif mengawal, mengkritik dan mendesak supaya UMNO induk tidak tergelincir daripada tradisi landasan perjuangan. Cuma amat besar kemungkinan Khairy sendiri akan sentiasai diawasi pula oleh orang nombor duanya Datuk Razali Ibrahim kerana diyakini Razali adalah orang kepercayaan bekas Ketua Pemuda, Datoâ Seri Hishamuddin Tun Hussein, yang kini naik pangkat sebagai Naib Presiden.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 30 mac 2009
KHIR, KHAIRY DAN MUKHRIZ MAHATHIR Akhbar Berita Harian pada 28 Mac 09 melaporkan Datuk Seri Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa punca beliau tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno adalah disebabkan isu yang dibangkitkan pembangkang terhadapnya yang memburukkan namanya. Menurutnya, antara isu yang dibangkitkan pembangkang adalah isu Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis), yang satu ketika diterajui isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik. Kata Khir,Isu sedemikian mungkin mempengaruhi perwakilan atas pagar tetapi saya fikir itu perkara biasa dan tidak penting.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 29 mac 2009
GEMBIRA ANAK GADONG DI PWTC Sudah semestinya penduduk Kampung Gadong bergembira kerana anak jatinya, Khairy jamaluddn, walaupun beribukan orang Kedah adalah daripada keluarga yang dihormati. Datuknya, Abu Bakar, iaitu ayah kepada Jamaluddin adalah bekas penghulu Mukim sejak zaman penjajahan lagi. Penduduk pastinya bersyukur kerana Khairy sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering sahaja berada di kawasan Parlimennya,Rembau, khususnya di Kg. Gadong. Dan sudah semestinya juga setiap kali pulang ke kampung, Khairy akan menemui sepupunya, Datuk Shaziman Abu Mansor, yang juga Ahli Parlimen Tampin, jika beliau berada di kawasannya di Tampin.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 27 mac 2009
NAJIB, HISHAMUDDIN DAN PPSMI Maka apa yag diperjuangkan GMP setakat ini kembali kepada titik kosong. Pertemuan Hishamuddin dengan pemimpin-pemimpin GMP di pejabatnya beberapa hari menjelang persidangan tahunan UMNO ternyata hanyalah satu gimik politik Hishamuddin untuk meraih sokongan bagi kempen jawatan Naib Presidennya. Dato Dr. Hassan Ahmad, Ketua GMP dan yang lain-lain seperti Dato A Samad Said, telah deperlat dan digula-gulakan. Jadi What next GMP?
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 25 mac 2009
PERKASA, MAHATHIR DAN UMNO Nyatanya Mahathir masih seperti dahulu, menjadikan politik sebagai alat mencapai sasaran. Beliau sudah masak dengan asam garam kehidupan berpolitik. Baik dahulu baik sekarang., terutama sekembalinya beliau ke pangkuan UMNO setelah dipecat pada tahun 1970-an dahulu. Lalu teringat saya sebuah buku terbitan Oxford University Press bertajuk The Paradox of Mahathirism. Buku ini didasarkan kepada sebuah tesis sarjana seorang mahasiswa dari Singapura yang mengkaji tentang pemikiran politik Tun.
Sementara itu AFP melaporkan bahawa pihak pembangkang yakin kemelut UMNO hari ini adalah disebabkan oleh keinginan parti itu membersihkan namanya. Tetpi usaha ini seperti yang dilaporkan AFP sebagai UMNOs anti-graft purge, mainly aimed at settling old scores, and that it only scratches the surface of the corruption that has dogged the party for decades. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 25 mac 2009
MELAYU - UMNO - MELAYU - HELO! Dua hari lagi bermulalah perhimpunan agung UMNO dan perebutan jawatan dalam parti itu untuk tiga tahun akan datang. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku Presiden Parti akan melapskan jawatannya kepada Timbalan Presiden Dato Seri Najib Tun Razak. Rakyat yang menamakan dirinya Melayu umumnya menunggu siapa bakal keluar sebagai barisan pemimpin UMNO yang baru. Para calon yang mempunyai aspirasi telah sampai ke penghujung jalan. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 22 mac 2009
TUN MAHATHIR BERTARAF PEMERHATI DALAM SIDANG UMNO 24 - 28 MAC?!! Satu perkembangan menarik dalam UMNO. Orang luar parti dijemput sebagai pemerhati. Sejak sekian lama ahli-ahli UMNO pun tak ramai yang dijemput sebagai pemerhati. Oleh kerana idea dan pandangannya bernas dan bermanfaat apa kata kita bagi peluang kepada Tun Mahathir ikut serta dalam perbahasan atau menjadi salah seorang yang akan bercakap dalam Perhimpunan. Rasanya, sejak dahulu belum pernah UMNO mempelawa pemimpin-pemimpin yang bukan anggota UMNO dipelawa menghadiri Sidang, walaupun sebagai tetamu di majlis Pembukaan Perhimpunan UMNO. Mungkin saya silap kot, dan tak ingat atau masih jahil tentang sejarah UMNO ini sebab usia pun dah mulai senja dan daya berfikir pun telah kurang.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 21 mac 2009
TAKTIK HULUR WAKTU & BERLEGAR DALAM CAWAN Lihat sahaja gelagat menteri berkenaan yang begitu mesra dengan para pemimpin GMP waktu pertemuan itu. Bliz TVnya hebat. Lebih seminit waktu siaran TV digunakan, mengalahkan bliz TV untuk Perdana Menteri sendiri. Penonton TV, terutama pemimpin UMNO pun lega dan puas hati dengan kemesraan yang ditunjuk calon Naib Presiden UMNO ini yang nasibnya ditentukan 26 Mac ini. Kurang jelas adakah ini untuk âpolitical mileageâ UMNO menyaingi rakyat yang berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara dahulu atau âpolitical mileageâ peribadi menteri. Pasti, menteri dan calon Naib Presiden UMNO itu tahu jawabnya.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 20 mac 2009
SAYANG SERIBU SAYANG BUAT ALI RUSTAM LANSKAP BARU POLITIK UMNO SELEPAS 17 MAC 09
Hanya tinggal seminggu lebih lagi UMNO akan memilih para pemimpin barunya. Kecuali jawatan Presiden dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, semua jawatan lain dipertandingkan. Untuk jawatan Timbalan presiden, amat malang, calon Dato Seri Ali Rustam dilarang bertanding kerana didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO yang diketua Tan Sri Tengku Rithauddeen Tengku Ismail, melanggar etika parti.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 18 mac 2009
SEMINAR DHARMAWIJAYA DALAM KENANGAN Demikianlah Dharmawijaya yang kami kenal. Hubungan kami secara peribadi bermula pada tahun 1972, persisnya pada hari Isnin, 7 Februari, ketika saya mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dharmawijaya diperkenalkan kepada saya oleh Saleh Daud (Allahyarham) yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Sastera Kanak-Kanak, merangkap editor Dewan pelajar. Dharmawijayapula berugas sebagai Penolong editor majalah berkenaan. Dharmawijaya menyapa saya, âKoba Cik Fadil kita. Donga eh kito ni warihkan?â Lalu kami bersalaman. Saya duduk bersebelahan dengan beliau. Dan di dalam bilik kerja itu ada Kemala (Datuk), Shamsuddin Jaafar, Awal il-Sarkam dan A. Karim Abdullah. Kmi berenam sebilik. Memagari kami ada Usman Awang di bilik sebelah kiri dan Abdullah Hussein dan Saleh Daud di bilik sebelh kanan. Dan gurauan dan mainan bibir kami waktu ialah sebutan âhaji tahirâ dan âDol Keropokâ. Sesekali pintu bilik dibuka dan dengan dengan ketawa kecil Wijaya Mala menegur kami semua, terutama Awam il-Sarkam yang duduk dekat pintu, â Assalamualaikum Haji Tahir!â. Sampai sekarang ini kami masih tidak tahu siapa sebenarnya Haji Tahir. Barangkali Kemala tahu tetapi sengaja menyembunyikan rahsia itu dari saya.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 15 mac 2009
PAK MENTERI CUBA INGAT PERTEMUAN 2005 ANTARA PM DGN KUMPULAN PRIHATIN TTG PPSMI Sekadar mengingatkan Pak Menteri Pelajaran yang masih muda belia akan hasil pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Perdana Menteri tentang PPSMI pada tahun 2005 seperti yang dicerita tokoh akademik dari Universiti Malaya, Prof Datuk Abu Bakar Hamid. Tokoh akademik ini adalah salah seorang yang hadir dalam pertemuan itu sebagai jurucakap pihak Kumpulan Prihatin. Pihak Gapena dan NGO lain pernah pula mengadakan seminar dan kongres tentang PPSMI ini sepanjang tempoh enam tahun yang lalu. Bimbang Pak Menteri kita ini"lupa-lupa ingat" kot tentang peristiwa-peristiwa ini kerana terlalu banyak "main politik" atau pegawai-pegawai kementerian beliau hanya mahu melaporkan "yang baik-baik" sahaja kepada Pak Menteri Pelajaran kita. Atau Pak menteri Pelajaran kita bukan memegang portfolio Kementerian Pelajaran ketika pertemuan itu!
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 mac 2009
ORANG RAMAI TTG PPSMI: PAK MENTERI DENGARLAH RAYUANKU! Baguslah. Tapi janganlah nanti UMNO menggunakan whip-nya pula untuk menentukan siapa yang patut bercakap dan siapa yang tak boleh. Lebih penting jangan manipulasi angka dan petunjuk dan juga hasil kajian. Yang lebih penting suara akar umbi perlu diambil kira dan dipertimbangkan masak-masak. Sebabnya telah banyak kedengaran suara rakyat yang semakin "menyampah" cara pemimpin UMNO, terutama menteri pelajarannya bercakap tentang PPSMI. Sikap degil dan angkuh seperti bermaharajalela dalam kepalanya.
Bayangkan apabila menteri itu bercakap dan bertanya setiap kali muncul di TV: "Kenapa baru sekarang isu PPSMI ini dipersoalkan? Kenapa tidak enam tahun dahulu?" Betulkah. Atau menteri itu sedang mimpi di siang hari.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 9 mac 2009
SELESAIKAN ISU PPSMI SEGERA, DESAK PAKLAH Maka dalam hal PPSMI ini setiap orang yang mencintai bahasa Melayu, yang menjunjungi keluhuran Perlembagaan (Fasal 152) perlulah berbuat sesuatu supaya seperti kata perdana menteri agar ia tidak terus berlanjutan. Paling mudah pelobi pejuang bahasa perlu bertindak mendekati atau memujuk para perwakilan UMNO ke persidangan tahunannya akhir Mac ini, terutama yang akan menjadi pembicara (pemidato)menghuraikan kehendak rakyat akar umbi. Bercakaplah tentang baik buruknya dasar PPSMI ini yang dianggap sesetengah persatuan mahasiswa sebagai "dasar karut." BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 8 mac 2009
FASAL 152: USMAN AWANG CIPTA PUISI DI BALAI BUDAYA Puisi ini dicipta Allahyarham Usman Awang pada 3 Mac 1967 ketika Parlimen membahaskan Rang Undang-Undang Bahasa berkaitan dengan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Pada masa itu Tun Syed Nasir ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam perhimpunan yang diadakan di Balai Budaya itu Syed Nasir hanya mampu bercakap dalam beberapa patah perkataan sahaja. Suaranya tak keluar, kerongkongnya tersekat, beberapa titis air matanya mengalir.
Katanya, "Saya menangis, bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir dari keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tak boleh buat dan bercakap apa-apa sekarang ini. Saya terikat. Bila suatu hari nanti saya tidak terikat lagi, saya akan hamburkan kepada rakyat. Sekarang ada usaha yang hendak menghancurkan saya, menghina saya..." Suara Syed Nasir tenggelam dalam tepuka dan jetitan yang menyatakan sokongan, menyatakan rakyat berdiri di belakang Syed Nasir...
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 5 mac 2009
ADA LUNCAI DAN TANGGANG DI ATAS BUKIT Orang macam datin kita dari Bukit Damansara ini bukan sedikit jumlahnya. Mungkin
beribu, malah berpuluh atau beratus ribu. Tidak ada apa yang nak dihairankan
kerana orang seumpama datin ini sememangnya bergelumang dalam budaya bukan
Melayu. Tidak mengejutkan kalau latar pendidikannya sama seperti kawan-kawan
kita yang bertaraf menteri dan timbalan menteri yang mempunyai latar pendidikan
daripada London, Canberra dan Washington.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 4 februari 2009
MODEL PERPADUAN MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK? Lihat sahaja telatah parti-parti yang bergabung dalam sama ada kelompok Barisan Nasional atau kelompok Pakatan Rakyat. Setiap parti dalam kedua-dua gabungan itu mempunyai unsur perlindungan kaum masing-masing. Semuanya bersetuju bergabung asal sahaja "kita bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam beberapa perkara penting, terutama dalam perjuangan parti masing-masing. Kurang sangat kita lihat wujudnya usaha untuk menutup atau mengurangkan jurang itu. Malah sekarang telah terdengar suara-suara supaya Malaysia mengamalkan dasar terbuka seperti di Amerika Syarikat di mana sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 27 februari 2009
HAYATILAH ROH PERLEMBAGAAN NEGERI DENGAN BETUL SAYA ingin merujuk kepada berita 'Nizar usul undi tidak percaya terhadap Zambry', Utusan Malaysia 23 Februari 2009 (Isnin). Barangkali inilah suatu budaya politik yang paling jijik sedang berlaku bagi pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Pada satu pihak Yang Dipertua Dewan (Speaker) V. Sivakumar sudah mahu menjadi 'maharajalela' yang menggantung kedudukan Menteri Besar melalui kuasa Jawatankuasa Tatatertib DUN walaupun Menteri Besar itu adalah lantikan atas kuasa 'budi bicara' Sultan Perak seperti diperuntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 24 februari 2009
KERJASAMA PENERBITAN BALAI PUSTAKA - DBP Haji Aziz Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghabiskan hampir setengah jam di Toko Buku Balai Pustaka, Jakarta yang terletak di Tingkat Bawah bangunan Balai Pustaka pada pagi Rabu, 7 Februari lalu (2001?). Aziz seperti lebah mencari manisan bunga, hinggap dari kuntum ke kuntum. Bagi Aziz, buku menjadi sebahagian daripada kehidupannya, bukan kerana beliau ketua pengarah DBP tetapi minatnya sebagai pengarang dan budayawan. Lebih jauh, Aziz tidak cuma melihat buku dari sudut tekstual, tetapi melihatnya sebagai suatu hasil pembuatan, menilainya dari sudut kualiti.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 21 februari 2009
USMAN AWANG PENGGERAK HUBUNGAN BUDAYA MALAYSIA-CHINA pada 26 Januari 1992 satu pertemuan diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dihadiri 31 orang. Dalam pertemuan itu keputusan diambil untuk menubuhkan Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Satu mesyuarat agung diadakan seminggu selepas itu bagi membentuk Jawatankuasa sementara yang dipengerusikan Dato Dr Usman Awang. Usman dibantu oleh Dato A. Aziz Deraman sebagai Timbalan Pengerusi dan tiga Naib Pengerusi yang terdiri daripada DatoAbdul Aziz Ahmad dari Pustaka Antara, Tan Sri lee Lam Thye dan Dr. M.K. Rajakumar.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 21 februari 2009
KE MANA PERGINYA PULUHAN MEMORANDUM BANTAHAN TERDAHULU? Umumnya penceramah jemputan Aziz Abd. Rahman bersetuju bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran & pembelajaran Sains dan Matemtik di Sekolah Rendah adalah bertentangan dengan bukan sahaja Fasal 152 tetapi juga semangatnya sekali. Menurutnya ada sebab mengapa pemimpin kita terdahulu berpakat menggubal Perlembagaan seperti yang ada hari ini. Katanya, Setiap Fasal dalam perlembagaan itu mempunyai sejarahnya sendiri. Walaupun penggubalannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan mudah difahami. Baru kemudian ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Yang penting, menurut Abd. Aziz, ialah semanbat dan roh Perlembagaan itu mesti dan wajib dihayati oleh setiap warganegara yang mengakui dirinya rakyat Malaysia.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 16 februari 2009
KRISIS POLITIK PERAK: ATAS NAMA RAKYAT ATAU PARTI? Kadang-kadang kita baca dan kita dengar cerita politik di Perak ini macam kita dengar dan baca cerita kartun. Atau katakanlah kita dengar dan baca cerita kartun politik. Betapa tidaknya. Di Perak, krisis politik haru-biru berterusan sejak beberapa minggu lalu, walaupun sepatutnya keadaan telah kembali tenang. Nampaknya ia tidak jadi begitu. Malah ia menjadi semakin panas. Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat saling menuding jari dan tuduh-menuduh bahawa pihaknya sajalah yang betul dan ikut perlembagaan Negeri Perak.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 14 februari 2009
AGUS SALIM PENGGERAK SASTERA YANG SETIA Dalam tulisan itu, saya katakan âAgus ini anak Muar, atau setidak-tidaknya lahir di MuarâŚ..Di Johor Bahru awal bulan November 1997, saya temuinya dan kami bersembang dengan loghat nogori. Sesekali ada juga dia menggunakan loghat Johor atau sebutan baku. Kebanyakan kali dia memang bertutur dengan loghat nogori. Saya panggil dia Agus. Kawan-kawannya pun banyak panggil dia Agus. Walhal namanya bukan Agus. Namanya Salim anak Pak Haji Taib.â
Dan buku yang saya terima ini turut menjelaskan bahawa Salim ini juga memiliki nama lain (alias), iaitu Padzali.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 11 februari 2009
OF ARROGANCE AND BODOH SOMBONG IN UMNO? So generally the UMNO leaders will still go about and bragging along as if they are still the "Dato' Penghulu" or the "Ketua Kampung" of the sultanate era of centuries past when rulers have absolute powers. Some live in villas and mansions alongside the urban poor. some go about in their expensive big cars and some even swagger about, walking like "cowboys" in Midwest America in the past centururies of the American wild, wild West.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 10 februari 2009
S. PANIT ITU DR. SUHAINI PANITI Keinginan saya menemuinya berputik kerana amat jarang nama S. Panit menghiasai dada akhbar dan majalah sekarang ini, paling-paling lima tahun kebelakangan ini. Maka Jumaat lalu, saya ke Sijangkang dan bertanya kepada penduduk Batu Tujuh Tiga Suku. Mereka tak kenal S. Panit.
"Kalau Suhaini kenal? Suhaini Paniti?" Saya tanyakan seorang lelaki setengah umur.
"Tidak pernah dengar nama itu. Rasa saya tidak ada orang yang bernama itu di sini. Saya orang sini," jawabnya. Dia memanggil isterinya.
"Kalau Dr. Saihani ada. Dia tinggal di Batu Tujuh sana."
"Yalah, Dr. Saihani. Dia ini dulu bekerja di Kementerian Pendidikan?"
"Betul, Dr. Saihani kerja di situ dulu. Ini dia dah pencenkan?"
"Saya fikir begitulah."
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 6 februari 2009
PITA POLITIK (107): EPILOG KRISIS POLITIK PERAK Sudahnya, berdasarkan perintah Paduka Seri Sultan, Perak mendapat Menteri Besar yang baru. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai Dato Seri Nizar Jamaluddin dititahkan sultan untuk meletakkan jawatan bersama-sama seluruh anggota EXCOnya.
Berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak Nizar tidak lagi mendapat sokongan majority ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Yang menarik dalam hal ini ialah persepsi beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat, terutamanya pemimpin kanan setiap parti yang mendukung pakatan berkenaan. Meraka ialah YB. Dato Seri Anwar Ibrahim, YB. Dato Seri Hadi Awang, YB. Karpal Singah, YB Lim Kit Siang, YAB Lim Eng Guan dan YAB Dato Seri Nik Aziz Nik Mat.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 6 februari 2009
LANGUAGE ISUE; OBJECTIVES NOT ACHIEVED - HASSAN AHMAD Former Dewan Bahasa dan Pustaka director-general and movement president Datuk Dr Hassan Ahmad said the policy was not achieving its objectives and was creating more problems instead.
How can you teach Maths and Science in English to pupils who dont even understand English when they first come to school, whether Chinese or Indians or Malays? he asked at the movements launch yesterday.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 1 januari 2009
ARWAH DINO SS YANG KAMI TAHU Dalam tahun 1990an Rahman Shaari dalam kertas kerjanya "Penulis Muda dan Masa Depannya" yang dibentangkan sempena Hari Sastera Nasional di Shah Alam menyifatkan Dino sebagai seorang penulis yang tidak "mengambil kesempatan." Maksud Rahman biasanya jika ada penulis yang mengasuh sesuatu ruangan, dia akan memanfaatkan ruangan itu untuk menyiarkan karyanya. Katanya, "Ternyata Dino tidak berbuat begitu. Jarang sangat saya melihat karyanya tersiar dalam Berita Minggu sejak dia mengasuh ruangan itu."
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 1 februari 2009
BAHASA: PERJUANGAN BELUM SELESAI? Teruskan perjuangan memansuhkan PPSMI agar anak cucu kita tidak dipengaruhi budaya asing (Anglo-Saxon?) melalui bahasa. Kalau boleh semua sasterawan negara turun padang, sama-sama menyatakan "cukuplah!" kepada usaha mendewa-dewakan bahasa Inggeris ini. Seperti kata Sasterawan Negara Dato' A Samad Said, kita ada opsyen lagi untuk meneruskan perjuangan. Kotak undi menanti pada tahun 2012.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 30 januari 2009
PITA POLITIK (106): UMNO MASIH NGELAMUN! Alahai UMNO, apa dah jadi? Nampaknya penyakit Parti Kongres India (ICP) telah menular ke UMNO Malaysia. Sejak putus kuasa hingga sekarang Parti yang dianggap parti terbesar di India itu belum juga pulih-pulih daaripada idea kolotnya, puas hati dengan pemikiran utopia para pemimpin kanannya. Parti itu malah tidak dapat menandingi Parti Janata yang semakin gagah. Orang UMNO kalau nak lihat UMNO hidup 1000 tahun lagi perlulah sedar dan belajarlah.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 29 januari 2009
ARENAWATI A MAKASAR MAN WHOSE WORKS LIVE ON The late Arenawati died neither rich nor poor. Yet, he was a clear pick to be named the national laureate in 1988. Respected by many Arenawati was a former editor with Pustaka Antara, when I first met him early 1970s. He was with the late Ruhi Hayat (Ahmad Boestamam) and Aziz Antara, probably discussing the development of Malay literature. Aziz Antara owned the publishing giant BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 28 januari 2009
PITA POLITIK (105): FIRDAUS ABDULLAH KINI SEORANG SENATOR Maka mantan Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr. Firdaus Abdullah pun berhijrah pula ke Bangunan Parlimen setelah menghuni bangunan baru DBP selama tiga tahun. Demikianlah adanya. Kata orang tua-tua, sesuatu benih yang baik itu kalau jatuh ke laut menjadi pulau. Beliau mungkin tersenyum sendirian memikirkan liku-liku yang dilaluinya sejak terpaksa meninggalkan DBP tanpa upacara-serah terima seperti lazimnya seorang CEO yang keluar kepada CEO yang masuk.
Agaknya bagaimanalah perasaan pegawai dan kakitangan DBP yang ditinggalkannya tanpa salam dan dakapan, tanpa ucapan dan keraian. Apatah lagi sepulangnya dari Johor Bahru menghadiri satu seminar yang ada kaitannya dengan maasalah orang Melayu, beliau secara rasminya tidak boleh menjejakkan kaki di pejabatnya di Tingkat 30, selagi tidak menerima surat tawaran lanjutan tempoh khidmat yang baru dari Kementerian Pelajaran.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 23 januari 2009
JOM JADI AHLI PRIHATIN!
style="border: 0px;"
alt="Click to join kumpulan_prihatin"/>
Click to join kumpulan_prihatin
INFORMASI 22 januari 2009
OF ARROGANCE AND INCOMPETENCY Today, President Bush will be warming his presidential chair for the last time at the Oval office of the White House as the 43rd President of the United states of America. Editorially worldwide, he will be considered as the "worst" president since the Great Depression, with opinion poll at all time low. Arrogant and insensitive to world opinion. Only Israel has complimented him as the most trusted friend the world over.
But who cares? After all the editorial uncomplimentary remarks, Bush has always been focused in his belief. Possibly, he would rather says that "I am a man of myself, nothing else matters."
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 20 januari 2009
AND NOW TAN SRI, FOR THE "WOW" ACTION! Well said, Tan Sri Muhyiddin and Dato' Shahril. What you have just said is long overdue. Almost every human being in the street is tired of the antique tactics used by UMNO leadership. Radical change is the option? Many people think otherwise. Not so much of the radical change but both Tan Sri and Dato' do not have to look far.
The need of the majority Malays is not complex, simple, unluxurious and unsnobbish. Just attend to their basic needs first before indulging in millions and billions. Give the rural Malays, for instance, their basics. Only by committing to such needs that they will be convinced of UMNO's relevancy. Then stick to the original struggle and not steering away from the Federal and Party's Constitutions, drafted by the pioneers.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 20 januari 2009
PITA POLITIK (102): MENCARI CALON TEPAT DAN SESUAI DGN KEHENDAK RAKYAT Tepat sekali kriteria utama sesebuah parti ialah calon yang sesuai, yang diterima rakyat, yang disenangi rakyat dan yang mudah ditemui. Sepanjang kempen di Kuala Terengganu baru lalu untuk pilihanraya kecil, tak ada lain cerita yang didengar hanyalah calon pilihan BN sombong dan tidak mesra. Nak senyum pun susah berbanding calon PAS.
Akhirnya kita pun tahu keputusannya. Dan cerita UMNO sahaja yang tahu bahawa "kami akan memberikan yang terbaik untuk rakyat" tidak boleh dipakai lagi. Biarlah rakyat yang menentukan pilihannya. Bukan pemimpin parti atau orang yang mengelilingi pemimpin.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 19 januari 2009
ABSOLUTE ADHERENCE TO THE CONSTITUTION Everyone agrees that the Federal Constitution reigns supereme in the land. Except that some time amendment is being made to suit the government in power has the support of the two-third majority in Parliament in the name of the "Rakyat".
Everyone fully agrees with Karpal Singh of DAP when it comes to the Constitution, not excluding the Clause on Hudud Laws. Now how about Caluse 152 on the National language? Hopefully Karpal Singh and DAP would agree absolutely, without any "buts" Not only Karpal, but the Barisan National Government too, especially the minister in-charge of Education BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 17 januari 2009
WARTAWAN VETERAN SAMANI AMIN MENINGGAL DUNIA Seorang lagi kawan wartawan meninggalkan kita. Alahyarham Samani Amin cepat mesra bergaul walaupun saya ketika itu (Disember 1971) baru berkhidmat dengan berita Harian sebagai Pemberita Kadet (Cadet Reporter) bersama dua yang lain, Shukor Rahman dan Chew. Saya diperkenalkan kepadanya oleh Ketua penyunting ketika itu, A. Samad Said (Datuk) dan Zainuddin Bendahara. A. Samad Said bos saya di Bahagian penyuntingan (subbing)sementara Allahyarham A. Samad Ismail (Tan Sri) bos besar kami sebagai Pengarang Urusan Berita Harian.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 15 januari 2009
SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA PR DAN BN Hantar juga memorandum bantahan ini kepada ketua semua parti yang bergabung dalam Barisan Nasional, terutama UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Kalau rak boleh hantar tangan hantar kirim sahaja melalui faks atau "courier". Tujuannya supaya memoranum ini serentak sampai ke tangan semua parti politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Amat disayangkan Prof. Dato' Abu Bakar Hamid, yang sepatutnya menyerahkan Memorandum ini di Kuala Terengganu nanti tidak dapat hadir bersama. Sebagai pemimpin gerakan ini alangkah baiknya jika beliau dapat bersama. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 14 januari 2009
SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA PR DAN BN Hantar juga memorandum bantahan ini kepada ketua semua parti yang bergabung dalam Barisan Nasional, terutama UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Kalau rak boleh hantar tangan hantar kirim sahaja melalui faks atau "courier". Tujuannya supaya memoranum ini serentak sampai ke tangan semua parti politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).
Amat disayangkan Prof. Dato' Abu Bakar Hamid, yang sepatutnya menyerahkan Memorandum ini di Kuala Terengganu nanti tidak dapat hadir bersama. Sebagai pemimpin gerakan ini alangkah baiknya jika beliau dapat bersama. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 14 januari 2009
UNITED AGAINST USE OF ENGLISH IN SCIENCE AND MATHEMATICS Kelantan, Selangor and Kedah governments are against the use of English in Science and Mathematics. The best news so far! Hopefully leaders from these three states are not using this issue for political gains. Remember the by-election in Kuala terengganu is just around the corner. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 13 januari 2009
MENILAI PEMIKIRAN SHAHAROM HUSSAIN Ketika Catatan ini ditulis dan disiarkan dalam Utusan Zaman pada 2004, Allahyarham Shaharom Hussain masih lagi aktif menulis. Setiap kali berkunjung ke Johor Bahru, saya akan menemuinya di kediamannya di Kempas. Beliau gembira dapat bertemu dengan kawan-kawan, terutama dari Kuala Lumpur. Dan seperti biasa beliau akan memaklumkan bahawa pada sebelah paginya beliau akan berada di pusara isterinya di Tanah Perkuburan Mahmudiah. Setahun yang lalu saya menemuinya di rumah anaknya, Dr. Hatta Shaharom di Gombak. Shaharom kelihatan begitu uzur.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 12 januari 2009
PENGARUH ADAT PERPATIH DALAM DIRI TUN GHAFAR Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba lahir dan dibesarkan sehingga berusaia 13 tahun di wilayah Adat Perpatih, Luak Ulu Muar dalam Daerah Kuala Pilah. Ibu bapanya telah dikadimkan menjadi pengikut Adat Perpatih, ketika kedua orang tuanya, Baba dan Saodah berhijrah dan berkahwin di Kuala Pilah. Walaupun pandangan umum hari ini meletakkan kedudukan Ghafar sebagai orang Melaka, berdasarkan ayahnya, Baba, berasal dari Kampung Sungai Udang, Melaka dan ibunya Saodah Salleh yang berasal dari Kampung Bemban, Jasin. Namun setelah Baba dan Saodah berhijrah ke Kampong Jawa di Kuala Pilah untuk menyertai abangnya, Cikgu Hitam dan isterinya Peah, mereka telah dikadimkan, iaitu âmasuk sukuâ yang membawa makna menjadi ahli keluarga dijadikan anggota suku Peah.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 11 januari 2009
ANTARA KEMUDAHAN DAN SEMANGAT Susah nak kata apabila ada yang mengaitkan kemudahan perkhidmatan dengan semangat. Jadi apabila salah seorang pemimpin NGO, seperti Datuk Moehamd Izat (Perdasama) mendakwa kerajaan Selangor dan Perak dikatakan "tidak mempunyai semangat untuk menyokong industri barangan buatan tempatan" maka ia kelihatan sedikit ganjil...
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG POLITIK 11 januari 2009
JANGAN PERTIKAI LANTIKAN UNDANG MUBARAK DOHAK! Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan mengiktiraf Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi.
"Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa persoalan tentang kedudukan Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Dia merupakan Undang Luak Sungai Ujong yang sudah diiktiraf oleh kerajaan negeri dari dahulu hingga sekarang," katanya kepada pemberita di sini.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 11 januari 2009
CIKGU ARIS TAHIR PENGARANG MUAR Aris Tahir, seorang guru pesara tetapi terlibat aktif dalam persatuan penulis dengan pelbagai kegiatannya. Saya tak pasti entah ke berapa kali saya bertemu dan berbual dengannya. Malah terakhir sewaktu berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara X dan Pertemuan Sasterawan Malaysia 1 (PSN X/PSM 1) di Johor Bahru April1999 lalu, saya melihat dia salah seorang yang begitu sibuk melayan para tamu, terutama dalam acara mendaftarkan peserta dari negara-negara senusantara. Aris merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pendaftaran peserta yang dipimpin Shapiai Mohd Ramly. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG SASTERA-BUDAYA 10 januari 2009
PERTINGKAT PERJUANGAN BAHASA MELAYU TERIMA KASIH KERANA MASIH BERTENAGA DAN MEMELIHARA MOOD UNTUK BERJUANG.BAGAIMANA PUN KITA TERSELAMAT DARIPADA HENTAMAN BOM DARI UDARA, MERIAM DARI LAUTAN, DAN TEMBAKAN KERETA KEBAL SERTA PELURU RIFEL DARIPADA TANGAN ZIONIS. NAMPAKNYA HANYA BAHASA POLITIK YANG MAMPU MENUNDUKKAN KEANGKUHAN PEMIMPIN KERAJAAN. JUGA BAHASA DEMONSTRAN DI ATAS JALAN. SAYA HARAP PROF BAKAR SIHAT UNTUK MENGAMBIL INISIATIF BERBINCANG SEGERA. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 10 januari 2009
MINISTER OF EDUCATION STANDARD ANSWER ON BAHASA ISSUE Well, the Rakyat has already got the answer from the Minister of Education, with regard to the use of English in Scince and Mathematics. A standard answer from a politician, who is divorced of the so-called language emotion and national sentiments. I believe what he won't be saying is something like, "I know what is best for the country in terms of education. The rakyat should understand. For the sake of our 'anak bangsa' I am well aware of the importance of English, based on my educational experience overseas."
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 9 januari 2009
ISU BAHASA: YANG TAKSUB & YANG OBSES. Yakinlah di peringkat akar umbi, telah berlaku semacam anjakan pradigma yang merata. Orang Melayu umumnya enggan terima bulat-bulat dasar pendidikan dan bahasa seperti yang ada sekarang. Mereka masih teringatkan dasar pendidikan yang dahulu yang diasaskan, terutama oleh Perdana Menteri Kedua. Ramai pemimpin UMNO hari ini yang terlalu obses dengan bahasa Inggeris sehingga tidak segan silu bercakap dalam bahasa itu di mana jua, walaupun kadang-kadang kedengaran sebutan dan nahunya pun "tunggang langgang" juga. Hairan betul, apa benda yang menyebabkan mereka sangat taksub sangat dengan bahasa itu. Oh ya! Baru ingat. Baru-baru ini ada seorang menteri memberikan jawapan,"Demi masa depan anak bangsa kita."
Jika inilah jawapannya, maka alangkah malangnya nasib anak bangsa Peranchis, Jepun, Jerman atau Korea yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka hanya pandai bahasa ibunda mereka masing-masing. Kita turut simpati dengan anak bangsa-bangsa ini. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG BAHASA 8 januari 2009
TUNTUT-MENUNTUT DI SUNGAI UJONG! Sudah dijangkakan. Lambat laun akan ada waris yang akan menuntut haknya untuk menjadi Undang Sungai Ujong. Cerita tuntut-menuntut dalam jawatan Undang ini bukan cerita baru, malah "dah bojoman" kata orang Negeri Sembilan. Dulu bila kekuatan fizik menjadi ukuran, ada yang sampai berperang dan bergaduh besar untuk menuntut hak. Tapi sekarang siapa kenal siapa menjadi ukuran.
BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 6 januari 2009
EXPLAIN HOW THE SELECTION SYSTEM WORKS! "The appointment of Tuanku Muhriz Tuanku Munawir as the new Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan was unanimously made without lobbying by any party, one of the states four territorial chieftains said.
"In an interview with Bernama at his residence here yesterday, Undang Luak Rembau Datuk Muhamad Sharip Othman denied talk that there were attempts to influence the four Undangs to decide on the appointment, including from Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan." The Star Online, 5 January 2009).
But one Adat Perpatih analyst asks, "Anyone from the Negri Sembilan Malay Adat Perpatih community buying it? There may be some but it seems doubtful if everybody would take the Chieftain's press statement at face value. Since the inception of the Adat Perpatih in Negeri Sembilan about 500 years ago, this tactical lobbying has been the order of the day any time there was a selection for any adat post, from the lowest rank of "Buapak" to the highest rank of The "Yang Dipertuan Besar." Past history has not been silent on this." BACA LEBIH LANJUT DI BLOG ADAT PERPATIH 6 januari 2009
CERPEN ROKOK SEBATANG KARYA FAIZAL FADZIL Rokok sebatang
Dengan buru-buru aku melangkah masuk ke dalam dewan. Rakan-rakan ku saling bertolakan di belakang kerana tempat duduk di bahagian ini sudah penuh.
Kami pula bernasib baik kerana dapat tempat di tengah-tengah. Duduk di barisan hadapan tentu tidak senang, takut mengantuk pula. Sebentar kemudian, para pelajar memenuhi ratusan kerusi di hadapan kami. Mereka ini terutama mat-mat surau rela duduk di barisan hadapan.
Di atas pentas di hadapan telah diatur lima buah kerusi, tiga daripadanya sudah diduduki oleh penyelaras program kami, timbalannya dan seorang yang berbaju batik tulis. Sinar sepatu orang berbaju batik itu menyilaukan. Matanya terus-terusan ..... kami. Dia mungkin saja tertarik dengan gelagat para pelajar yang tidak lama lagi akan dikirimkan ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran, Dia tersenyum yang sukar aku tebak ertinya. BACA LEBIH LANJUT DI BLOG FAIZAL 5 januari 2009
|