EDITORIAL
CATATAN A.F.YASSIN
BIODATA
AFYASSIN
KERJAYA
PENULISAN
BUKU
ENGLISH VERSION
SKILLS
CONTACT THIS AUTHOR
MEMOIR
NOSTALGIA
RUANG WAKTU
RAKAN
STATISTIK
View Statistik
|
|
|
MEMOIR
| SEKILAS TENTANG A.F.YASSIN | Category talk:Malay Malaysians
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
A.F. YASSIN (Ahmad Fadzil bin Haji Yassin, Fuad Hashim, Pena Kembara, B. Afizan, AFY) LAHIR : 25 Disember 1944, di Kampung Gadung, Kota, Negeri Sembilan. ALAMAT : Lot 1630, Jalan Gajah 9, Kg. Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603 60382409 (House), 019 3211599 (Mobile); Website: http://www.afyassin.com; e-mail: afyassin2009@hotmail.com af56yassin@yahoo.co.uk
| SEJENAK BERSAMA BLOGGER INI! | Category talk:Malay Malaysians
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
A.F. YASSIN (Ahmad Fadzil bin Haji Yassin, Fuad Hashim, Pena Kembara, B. Afizan, AFY) LAHIR : 25 Disember 1944, di Kampung Gadung, Kota, Negeri Sembilan. ALAMAT : Lot 1630, Jalan Gajah 9, Kg. Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603 60382409 (House), 019 3211599 (Mobile); Website: http://www.afyassin.com; e-mail: afyassin2009@hotmail.com af56yassin@yahoo.co.uk
A.F. YASSIN mula terlibat dalam bidang penulisan dan kewartawanan pada tahun 1968 semasa bekerja sebagai Penyelia Teknik di kilang tekstil, Textile Corporation (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat Jepun di Johor Bahru. Sebagai pelajar aliran sains, minatnya dalam bidang penulisan dan kewartawanan memang dianggap janggal. Minatnya ini lahir apabila melihat sikap kebanyakan pekerja Melayu di syarikat itu yang tidak dapat menerima cara kerja jurutera Jepun. Sebilangan pekerja di kilang itu berhenti kerana tidak tahan bekerja lasak atau lebih waktu.
Sikap anak-anak muda Melayu yang bekerja di kilang itu dijadikannya bahan penulisan menerusi "Forum Pembaca", Berita Harian, 27 September 1968. Setahun kemudian, A.F. Yassin berpeluang mengikuti latihan teknikal dalam bidang pemasangan jentera berat di syarikat tekstil Unitika Limited, di Nagoya, Jepun selama enam bulan. Sekembalinya ke tanah air, A.F. Yassin mengambil kesempatan untuk menulis beberapa buah rencana tentang budaya kerja orang Jepun yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia, Utusan Zaman dan Berita Harian.
Pada masa yang sama, beliau tidak melupakan penulisan kreatif, khususnya cerpen. Pada tahun 1970, cerpennya yang pertama tersiar dalam majalah Dian, berjudul "Satu Keputusan" (1969). Ceritanya berkisar pada kisah cinta seorang teruna Melayu yang jatuh hati terhadap gadis Jepun yang kuat memegang adat dan susila bangsanya.
Pada pertengahan tahun 1970, A.F. Yassin meletakkan jawatan untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang perakaunan (Institute of Cost and Management Accountancy, ICMA). Semasa setahun di ITM, A.F. Yassin giat menulis dan sering mengirim rencana/berita kepada Berita Harian dan Utusan Malaysia. Malah pada suatu waktu, A.F. Yassin pernah dilantik menjadi pengarang surat khabar kampus, Suara Institut, kelolaan Kesatuan Pelajar Institut Teknologi MARA (KPITM).
Bersama-sama Ruhannie Ahmad (kini Ahli Parlimen Parit Sulong) dan beberapa orang penulis berbakat dari ITM, A. F. Yassin mengasaskan penubuhan Persatuan Penulis Shah Alam. Musleh Mashudi dilantik sebagai Ketua Satu.
Pada tahun 1971, A.F. Yassin mengikuti kursus kewartawanan di Southeast Asia Press Centre selama dua minggu di Jalan Ampang. Dengan pengalaman kursus tersebut, A.F. Yassin diterima bekerja di Berita Harian sebagai sub-editor. A.F. Yassin diberi tugas menterjemah berita-berita luar negera dan mengolahnya kembali untuk konsumsi tempatan. Kebanyakan berita yang diterjemahkan adalah tentang politik dan ekonomi. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada A. Samad Ismail dan A. Samad Said memberi kesempatan kepada A.F. Yassin memahami selok-belok dunia persuratkhabaran. Bagaimanapun, tiga bulan kemudian A.F. Yassin menerima tawaran jawatan sebagai pembantu sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Di DBP, A.F. Yassin bertugas di Unit Kegiatan Sastera, sebagai penyelaras di bawah pimpinan Usman Awang. Di samping itu, A.F. Yassin dikehendaki menulis untuk ruangan "Pita Sastera" dalam majalah Dewan Sastera yang melaporkan kegiatan sastera tanah air. A.F. Yassin juga bertindak sebagai "wartawan" majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat. Pada tahun 1974 A.F. Yassin dilantik sebagai Penolong Editor Dewan Masyarakat dan setahun kemudiannya sebagai Timbalan Editor di bawah pimpinan M. Noor Azam.
Dua tahun kemudian, dengan galakan Noor Azam, A.F. Yassin berangkat ke Indonesia bagi melanjutkan pendidikannya di Universitas Padjajaran, Bandung dalam bidang publisistik (komunikasi). Semasa menuntut, A.F. Yassin diberi peluang mengisi ruangan Dewan Masyarakat yang diberi judul "A.F. Yassin dari Bandung" yang memuatkan tulisannya tentang peristiwa semasa di Indonesia.
Di samping itu, A.F. Yassin terus menghasilkan cerpen dan esei sastera untuk akhbar dan majalah tanah air terutama dalam Mingguan Malaysia dan Dewan Sastera. Pada akhir kuliah setiap mahasiswa diwajibkan mengikuti Kuliah Kerja Nyata (KKN), dan latihan praktikal di media massa. Dalam KKN, ini A.F. Yassin ditugaskan dengan sekumpulan mahasiswa membuat penyelidikan tentang keberkesanan komunikasi pembangunan di kalangan penduduk di Padalarang, kira-kira 20 kilometer ke selatan Kota Bandung. Latihan praktikal di media massa pula dilakukan di akhbar harian Pikiran Rakyat di Kota Bandung selama tiga bulan. Tesis A.F. Yassin berpusat kepada etika kewartawanan di Malaysia yang kemudian diolah kembali dan diterbitkan pada tahun 1986 dengan judul Etika dan Wartawan.
Pada tahun 1980, A.F. Yassin lulus Ijazah Sarjana Sains Komunikasi dan sekembalinya ke tanah air beliau terus dilantik ke jawatan Pegawai Penyelidik dan bertanggungjawab sebagai Editor Dewan Masyarakat. Bersama-sama M. Noor Azam sebagai Ketua Editor, beberapa perubahan kepada format Dewan Masyarakat dibuat, termasuklah memperdekatkan majalah itu dengan semua golongan pemimpin masyarakat termasuk pemimpin politik, ekonomi, pendidikan dan badan-badan sukarela. Misalnya, dalam keluaran Dewan Masyarakat pada 15 Julai 1980, isi Dewan Masyarakat telah dirancang untuk meminta pandangan beberapa tokoh dan pihak tentang kebangkitan semula Islam.
Pada akhir tahun 1982, A.F. Yassin dilantik pula menjadi Editor Dewan Budaya. Menjelang Mac 1983, A.F. Yassin melepaskan tugas dan tanggungjawab di DBP kerana menerima tawaran bekerja daripada Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Penerbitan.
Bagi mendalami pengetahuan dalam penerbitan buku khususnya, A.F. Yassin mengikuti kursus intensif dua minggu di The Unwin Foundation Book House Training Centre, Oxford, dari 9 hingga 23 September 1983. Semasa mengikuti kursus ini, A.F. Yassin sempat berkenalan dengan editor-editor kanan dan pengurus penerbitan daripada penerbit-penerbit besar dari United Kingdom, termasuklah Cambridge University Press, Longman International, Macmillan, Heinemann dan Oxford University Press.
Penglibatan A.F. Yassin dalam penulisan turut terserlah menerusi kegiatannya yang berkaitan dengan bidang sastera, budaya dan penerbitan. Misalnya, pada tahun 1972, A.F. Yassin dilantik menjadi Penolong Setiausaha Persatuan Penulis Nasional (PENA). Kemudian beliau diundang menyertai program kunjungan sambil belajar (study tour) ke Tokyo dan Hiroshima oleh International Society for Educational Information yang beribu pejabat di Tokyo pada 14-27 Oktober 1985. Beliau juga pernah dilantik sebagai Panel Penasihat Kursus Diploma in Mass Communication (Publishing), di ITM, Shah Alam (1992-1995).
Kerajaan Negeri Sembilan pula melantiknya menganggotai Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penyelidikan Sastera Negeri Sembilan, selama dua tahun (1990-91). Sejak tahun 1990 juga, Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik A.F. Yassin sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Hadiah Buku Kebangsaan. Beliau juga adalah Anggota Biro Hakcipta GAPENA sejak tahun 1997, Anggota Panel Penilai Hadiah Sastera Utusan - Public Bank sejak tahun 1997 dan Anggota Panel Hakim Peraduan Cerpen Remaja, Jabatan Perpaduan Negara, sejak tahun 1998.
Sejak tahun 1994, A.F. Yassin dilantik sebagai kolumnis dalam Utusan Zaman menerusi ruangan "Sembang-sembang" yang kemudian dinamakan "Bicara" mulai tahun 1996.
A.F. Yassin pernah menjadi penulis jemputan untuk ruangan "Tamu Minggu Ini" dalam majalah Massa pada tahun 1998. Dua puluh tahun sebelum ini, majalah bulanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Pemimpin, memberi kolum khas kepada beliau, yang menulis dengan nama pena B. Afizan.
KARYA Novel Kanak-kanak - Robinson Crusoe (olahan semula). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974 - Sesat dalam Hutan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1996. (dengan nama samaran Abd. Latif Abd. Rahman).
Cerpen - Nyiur Bertuah Nyiur Celaka. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Bhd., 1981 - Suatu Subuh yang Bening (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985 - Titisan Indah Di Bumi Merkah (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985 - Angin Pulau (antologi bersama). Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985 - Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986 - Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1988 - Cerpen Malaysia Selepas Perang Dunia ke-2 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988
Esei/Sastera - Sembang Sastera, Bersama Orang Persuratan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998
Puisi - Permatang Budi (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1991
Umum - Etika dan Kewartawanan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986 - Isu Pendidikan di Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 - Insan Pejuang, Bangsa Melayu Abad Ke-20, Johor Bahru, Yayasan Warisan Johor, 2000 - Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529 - 1855), Johor Bahru, Yayasan Warisan Johor, 2002
Retrieved from "http://en.wikipedia.org/wiki/Category_talk:Malay_Malaysians"
| INTERAKTIF UTHAYA-AFYASSIN | Monday, June 01, 2009
Terima kasih, Pak A.F. Yassin
Jaringan sosial seperti Facebook.com bukan hanya bagi golongan remaja untuk bersosial (dengan konotasi positif) malah juga untuk golongan “tua” (terpulang pada interpretasi sendiri) untuk saling berhubung.
Salah seorang “rakan” terbaru saya di Facebook ialah Ahmad Fadzil Yassin yang lebih dikenali sebagai A.F. Yassin.
Beliau “menambah” saya baru-baru ini dan saya terus “menerima” dan menulis pada “dinding” beliau, betapa saya berasa seronok dan bangga menerima beliau sebagai “rakan” di ruang siber.
Saya “mengenali” Pak A.F. Yassin pada tahun 1990-an melalui Allahyarham Dr Othman Puteh yang aktif menyelenggarakan antologi cerpen dan cerita rakyat untuk terbitan Fajar Bakti (di mana Pak A.F. Yassin bertanggungjawab terhadap penerbitan karya sastera).
Sepatutnya saya yang mengucapkan terima kepada Pak A.F. Yassin tetapi beliau pula mendahului dengan mengirim mesej kepada saya menggunakan Facebook untuk mengucapkan terima kasih kerana “saya rasa terhutang budi kerana sdr sudi menyumbang karya kepada penerbit Fajar Bakti”.
Aduh! Sama seperti sikap Allahyarham Dr Othman Puteh yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan Kavyan.
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti …
Terima kasih, Pak A.F. Yassin. Dan tafakur untuk Allahyarham Pak Haji Othman Puteh.
Posted by Uthaya Sankar SB at 10:00 AM
1 comments:
FUAD HASHIM a.k.a A.F.YASSIN said...
Sdr
Kita berkecimpung dalam bidang yang sama. Tidak timbul soal siapa mendahului siapa asal ia mendatangkan kebaikan kepada sesama kita.
Saya yakin hubngan interaktif sesama rakan penulis melalui alam siber pasti direstui Arwah.
A.F.Yassin
http://www.afyassin.com
1/6/09 13:58
| DETIK CEMAS DI RUANG UDARA MENADO, INDONESIA | DETIK MENCEMASKAN DI RUANG UDARA MENADO
Kapal terbang GA 600, dari Garuda Airlines, jenis DC 10 berlegar-legar di ruang udara Menado Sulawesi Utara selama 20 minit. Ketika itu awan tebal menyelubungi ruang udara seluruh kota Menado yang sesekali kelihatan bagaikan menggamit ratusan penumpang yang ada dalam pesawat itu.
Anggota rombongan Jejak Bahasa, 12 orang semuanya termasuk pengurus Jabatan Dokumentasi, TV3, Zainal Ariffin saling berpandangan. Zainal baru sampai dari Jakarta untuk ikut serta bagi sektor Menado selama 6 hari.
Beberapa ketika sebelumnya sutradara Jejak Bahasa, Mohd Zainal Abdul Rahman dan jurukamera, Mohd Fadri begitu sibuk ke sana ke mari dalam pesawat mencari sudut terbaik untuk membuat penggambaran kota Menado dari udara. Mereka kembali ke tempat masing-masing di minta berbuat demikian oleh pramugari.
Kami hanya sedar yang pesawat tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Samratulangi setelah 2 kali kami melihat pulau gunung berapi yang sama muncul lagi di bawah sana.
”Kita seperti berlegar di ruang sahaja“ kata Zainal. “Nampaknya kapal terbang tak boleh mendarat. Ada ribut barangkali”.
“Tapi saya lihat cuaca elok. Bandar di bawah itu jelasnya”, ujar Haji Alias Yusof, jurufoto Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru bersara Disember lalu. Alias juga kelihatan sibuk mengambil gambar kota Menado dari udara sebelumnya. Mulutnya kumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu begitu juga halnya dengan beberapa anggota yang lain.
Ketua Ekspedisi, Othman Ismail yang tidak sedap badan dan batuk-batuk sejak sampai di Makasar 13 Januari lalu diam tidak bercakap. Tidak pasti apakah dia sedang tidur atau sedang bergelut melawan rasa kurang sedap badannya seperti biasa dia mengenakan topi birunya. Umumnya keadaan dalam pesawat sunyi sepi. Semua lebih kurang 100 orang penumpang seperti terpaku di tempat duduk masing-masing.
Kapal terbang cuba lagi melakukan pendaratan sebaik sahaja melintasi pulau gunung berapi bagi kali ketiganya. Ia bergoncang beberapa saat ketika melanggar awan tebal. Terdengar beberapa suara jeritan apabila kapal terbang “terhentak” sedikit membuatkan isi perut bagaikan naik ke dada. Suara tangisan seorang anak kecil bertalu-talu mengharukan.
Zainal dan saya saling berpandangan. Fadri yang berada di depan kami memeluk erat kamera tvnya. Suara pengacara Azura Abdul Karim yang biasanya memenuhi di ruang tempat kami duduk, tidak kedengaran lagi. Barangkali Azura juga sedang membaca sesuatu.
Kami lihat ke bawah lagi. Pulau gunung berapi kami lihat lagi, melintasi buat kali kelimanya. Tidak semena-mena kami merasa kapal terbang mendongak ke atas dan mempercepatkan kelajuan.
Juruterbang membuat pengumuman memberitahu kapal terbang tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk sehingga dengan demikian kapal terbang akan berpatah balik ke Makasar yang akan memakan masa satu jam.
Kami lapang dada. Lebih baik patah balik daripada cuba mendarat. Saya teringatkan berita kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Pulinesia, beberapa waktu yang laluakibat cuaca buruk, apabila juruterbang cuba melakukan pendaratan. Mujur juga juruterbang pesawat yang kami naiki tidak cuba melakukan “advancer” atau ingin menjadi hero.
Sepanjang penerbangan kembali semula ke Makasar berbagai-bagai fikiran melintas lalu, terutama yang menyangkut kegiatan yang dilakukan di Makasar. Tambahan pula sambutan luar biasa hangatnya dari pihak Universitas Hassanaldin, yang menjadi hos rombongan Jejak Bahasa. Kegiatan diserikan oleh rombongan Ketua Pengarah DBP yang anggotanya terdiri daripada Datuk Rahim Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Rahman Yusof, Pengarah DBP Cawangan Sarawak beserta dua orang pegawainya dan Mohd Kadir, Ketua Bahagian Pra-cetak DBP.
Selama menunggu di Lapangan Terbang Hassanaldin, Makasar sehingga cuaca di Menado membaik saya membelek-belek buku catatan. Cuba mengingat kembali peristiwa yang berlaku selama empat hari penggambaran di kota yang terkenal dengan sejarah raja-raja guanya.
Dr. Najmuldin Abu Safar, Pensyarah Universitas Hassanaldin yang baru sahaja meraih ijazah PHDnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi orang perantaraan kami di Makasar, ibukota Provinci Sulawesi Selatan. Pada malam kami tiba Dr. Najmuldin bersama Professor Sharifaldin Wahad, Timbalan Naib Canselor Universiti berkenaan untuk bidang pengembangan dan kerjasama berbincang .... dengan rombongan tentang unsur-unsur penggambaran yang akan diambil selama empat hari di kota Makasar yang penduduknya berjumlah dua juta orang.
Selain membuat penggambaran aulan memperkenalkan kota Makasar, rombongan akan mengadakan “mock-up” .... (.......) di fakulti kedoktoran.
Kru TV3 tidak melepaskan peluang merakamkan pertemuan rombongan Ketua Pengarah DBP dengan tokoh-tokoh akademik, sejarahwan, budayawan dan sasterawan Sulawesi Selatan, khususnya Makasar sendiri di Universiti Hassanaldin.
Fokus perbincangan meliputi kebahasaan yang di lihat dari perspektif sejarah dan kebudayaan. Dato’ Rahim dan Haji Aziz senada dalam selama perkenalannya bahawa dialog pagi itu tidak hanya sekadar “......” tetapi lebih menekankan kepada usaha mencari persamaan dari semua sudut kehidupan, terutama budaya dan persuratan, baik antara etnik Bugis, Makasar mahupun antara etnik-etnik lain dengan di Malaysia Dato’ Rahim, menyatakan, menjelaskan betapa perlunya diwujudkan kesepakatan kerjasama dalam bahasa dan sastera antara Kuala Lumpur dan Makasar.
Katanya bahasa melayu menghadapi cabaran apabila ada kalangan kaum elit, terutamanya, lebih mengutamakan bahasa inggeris, pada era globalisasi. Menurutnya Dewan Bahasa mendokong penggunaan bahasa inggeris jika bahasa itu dapat mempertingkat kemahiran berbahasa inggeris rakyat malaysia.
Dalam pada itu Haji Aziz menekankan pula bahawa “perjuangan kami ialah menjadikan bahasa melayu/indonesia sebagai salah satu bahasa dunia. Bahasa kita merupakan bahasa ke empat terbesar di dunia. Mengikut jumlah menuturnya seramai 250 juta orang”. Haji Aziz pula menjelaskan bahawa satu keazaman politik amat diperlukan sekiranya bahasa melayu ingin dijadikan bahasa komunikasi MASTERA atau Majlis Sastera Nusantara dan MABBIM atau Majlis Bahasa Melayu Brunei, Indonesia dan Malaysia merupakan wadah dan platform untuk meningkatkan kerjasama kebahasaan dan kesasteraan serantau dalam nusantara.
Haji Aziz juga berharap penerbitan karya tempatan dan serantau dari Laos, Kemboja dan Vietnam, misalnya dalam bahasa melayu akan lebih memperluaskan lagi horizon pemikiran dan rasa mesra budaya antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Kedua-dua tokoh Dewan Bahasa ini turut menekankan keinginan dan harapan yang sama ketika mengadakan pertemuan dengan tokoh bahasa dan budaya di Balai Bahasa Sulawesi Selatan dan Yayasan Kebudayaan Puncak daripada perbincangan itu ialah acara menandatangani perjanjian persefahaman secara berasingan dengan Balai Bahasa dan Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan.
Perjanjian ini merangkumi kerjasama dalam bidang penerbitan, latihan dan wisata bahasa. Sebagai permulaan, akan diusahakan penerbitan sebuah antologi puisi karya penyair dari Malaysia Sulawesi dan Kalimantan. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak akan diberi tanggungjawab menerbitkannya.
Pertemuan di Balai Bahasa sedikit sentimentel dan sesekali emosional beberapa tokoh bahasa dan sastera Makasar tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya menyambut kedatangan rombongan Dewan Bahasa dan Jejak Bahasa.
Seorang tokoh yang menyebut namanya Mutalib mahu bahasa melayu/indonesia hendaklah digunakan dalam sebarang pertemuan serantau kerana mutalib menganggap penduduk wilayah serantau majoritinya berbahasa melayu. Katanya lagi penerbitan karya orang Sulawesi masih di tahap “mengharapkan simpati” namun “bagi kami dana bukanlah segala-galanya, tetapi semangat untuk mengusahakan”.
Dengan sentimen melayu yang ..... Mutalib menekan bahawa bahasa melayu asalnya dari bahasa orang melayu yang datang ke Makasar berabad yang lalu.
Yang lebih menarik adalah tanggapan seorang peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Ishak. Dia seorang professor. Begitu bersemangat dia apabila berkata “bahasa indonesia itu adalah sebenarnya bahasa moden melayu.
Menurutnya sejak Sulawesi Selatan berubah menjadi provinci autonomi Januari lalu, “kami sudah melihat dasar-dasar autonomi itu membawa aroma melayu yang membugis terutama di Makasar. Ertinya kami kembali memelayukan dan membugisi”. Kurang jelas apa maksud Ishak.
Tambah menarik apabila Ishak berkata, “Yang kita tuturkan ini bukan bahasa Indonesia tetapi Bahasa Melayu Indonesia. Dengan ungkapan ini maka sudah timbul kebersamaan di kalangan kita dalam bahasa, iaitu adanya bahasa melayu indonesia, ada bahasa melayu malaysia, ada bahasa melayu singapura dan dan bahasa melayu brunei. Kebersamaannya adalah istilah bahasa melayu itu”. Ishak menekan jua peri pentingnya diadakan pertukaran karya sastera kerana di makin, “kita mendekati diri kita sebagai bangsa melayu”.
Seorang tokoh bahasa Makasar, Bustamin namanya, mencadangkan agar Dewan Bahasa memberi peluang kepada pegawai Balai Bahasa Sulawesi Selatan berlatih di Dewan Bahasa Kuala Lumpur. Katanya, “kita masih tertinggal dalam semua bidang pembangunan bahasa dan dengan adanya latihan seumpama itu maka pegawai bahasa kami akan meningkatkan pengurusan bahasa”. Haji Aziz menganggap positif cadangan Bustamin. Rombongan Jejak Bahasa mengadakan acara berasingan. Ketika pertemuan berlangsung rombongan makamalam di restoran masakan jawa berdekatan Pantai Esplande Menado.
Zainal arifin Pengurus Bahagian Dokumentari TV3 dan pengacara Jejak Rasul, yang menyertai rombongan di Menado melahirkan rasa puas hati dengan hasil penggambaran kru Jejak Bahasa di kota ini. Katanya banyak elemen bagus yang akan menjadi dan tarikan kepada program Jejak Bahasa. Dia sendiri memuji daya tarikan kota Menado. Saya tidak pasti daya tarikan apa yang dipuji Zainal.
Kerana dia berkata secara umum. Barangkali terlintas juga dalam hatinya tentang keindahan suasana kota, tidak tidak terkecuali wajah menawan kaum femininnya.
Saya teringat kata-kata seorang hos Jejak Bahasa di Jakarta, Tati. “Kalau nanti berada di Menado, bapak-bapak semua diharap tidak tergoda dengan kecantikan cewek-ceweknya,” kata Tati bercanda. Wajah Maria Menado dan arwah Normadiah seperti membayangi kami di kota Menado. Sungguh!
Menado, 23 Januari 2001.
(Petikan semula daripada Utusan Zaman)
28 Mei 09
| BERSAMA DINO SS KETIKA HAYATNYA | Mengenang Dino Sungai Sumun
Terima SMS daripada Wahba pagi Khamis minggu lalu. Bunyinya, “ Ahmad Razali beritahu Dino SS meninggal. Kalau nak nak pergi tumpang sama.” Spontan “Innalillah” terucapkan. Seorang lagi pergi meninggalkan kawan-kawan untuk meneruskan minat dalam bidang sastera. Usianya 59 tahun.
Tidak ramai kawan-kawan yang ditemui di rumah Allahyarham Dino atau nama penuhnya Mohd. Said Abd. Hamid. Barangkali sudah ramai yang mengunjunginya di sebelah pagi. Yang masih tercegat menunggu jenazah diusung ke surau berhampiran termasuk Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain), Datuk A.Samad Said, Datuk Johan Jaafar, S. Othman kelantan, Wahid Kasran, Ahmad Razali (Dr.) dan Othman Shariff, jiran allahyarham yang paling dekat. Ariffin Said salah orang yang paling sibuk mengurus jenazah.
Jiran terdekat lain, seperti Maaruf Saad tidak kelihatan. Barangkali Maarof telah menziarahi pada sebelah paginya. Jiran-jiran lain seperti Othman Puteh dan Rahman Shaari tidak juga kelihatan. Khabarnya Othman tidak dapat membuat kunjungan hormat terakhir kerana masih membentang kertas kertas dalam satu symposium anjuran NUTP Terengganu. Sementara Rahman begitu terkilan kerana hanya mendapat tahu pemergian DINO sehari selepas pengkebumian.
Ahmad Razali sibuk membuat catatan sambil bertanya beberapa orang. Katanya dia diminta editor Dewan Sastera menulis “balasungkawa”. Bagaimana Ahmad Razali akan menulisnya sehingga dua halaman majalah tidak dapat dipastikan kerana seperti kata Rahman “ tidak banyak diketahui tentang Dino dalam bidang sastera.”
Nama Dino SS dikaitkan dengan bidang puisi. Namun sebahagian besar usianya dia habiskan sebagai wartawan di Berita Harian, mengasuh ruangan pendidikan dan kemudian mengetuai unit sastera akhbar berkenaan. Pernah juga dipinjamkan untuk bertugas di Akademi Penulis Pena ketika itu bertempat di Lorong Lumba Kuda off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Kawan-kawan yang mengunjungi allahyarham buat kali terakhir Khamis, 17 Julai itu tidak banyak bercakap tentangnya. Barangkali tidak ada apa yang dapat dicakapkan. Ada di kalangan kawan-kawan menyifatkan Dino begitu pendiam, sedikit “memencilkan” diri terutama sejak dia terkena angin ahmar bebera tahun dahulu. Menurut seorang ahli keluarganya Dino sihat-sihat sahaja dan tidak menunjukkan tanda-tanda sesuatu akan berlaku. Dia sedang membuat kerja-kerja terjemahan apabila muntah tiba-tiba. Dia dikejarkan ke hospital Umum Kuala Lumpur sebelum menghenbuskan nafas terakhir kira-kira 2.30 pagi.
Dalam tahun 1990an Rahman Shaari dalam kertas kerjanya “Penulis Muda dan Masa Depannya” yang dibentangkan sempena Hari Sastera Nasional di Shah Alam menyifatkan Dino sebagai seorang penulis yang tidak “mengambil kesempatan.” Maksud Rahman biasanya jika ada penulis yang mengasuh sesuatu ruangan, dia akan memanfaatkan ruangan itu untuk menyiarkan karyanya. Katanya, “Ternyata Dino tidak berbuat begitu. Jarang sangat saya melihat karyanya tersiar dalam Berita Minggu sejak dia mengasuh ruangan itu.”
Rahman tak pasti apakah Dino diberikan syarat oleh majikannya untuk tidak menyiarkan karya kreatifnya atau dia “segan” berbuat demikian bimbang “apa penulis lain akan kata.” Atau Dino terikat dengan etika pengasuh ruangan yang lazimnya tidak akan memanfaatkan keadaan. Jika ini sikap Dino, sememangnya ia amat terpuji, jelas seorang kawan.
Rahman mengakui tidak begitu rapat dengan allahyarham, walaupun katanya, “Kami sama-sama menjadi anak angkat Usman Awang dalam erti mendapatkan tunjuk ajar dalam selok-belok penulisan. Kami tak geng sebenarnya.” Bukan Dino dan Rahman sahaja yang menjadi anak angkat Usman yang tidak pernah kenal secara intim sesama sendiri, tetapi juga ramai yang lain yang mengaku pernah menjadi anak angkat sasterawan negara itu. Contohnya, Maaruf Saad dan Sutong Umar RS. Maaruf sendiri pernah tinggal bersama-sama Usman untuk beberapa ketika di Petaling Jaya dan Sutong Umar RS.
Rahman tidak ingat sajak Dino yang manakah yang pernah menghambat hatinya. Secara tersirat Rahman barangkali mahu menjelaskan bahawa jarang ada karya puisi Dino yang terserlah. Puisinya tidak banyak diperkatakan. Kata Rahman, “Ada sebuah dua yang dicipta Dino semasa dia di luar negeri. Saya lupa nama sajak itu, tetapi itulah saya amat meminatinya.”
Biasanya Rahman ingat setiap sajak yang diminatinya, termasuk sajaknya sendiri. Malah dia mampu menghafal sajak-sajak itu. Sedikit aneh dia tidak mengingati judul sajak Dino yang dia minati. Apakah kerana Rahman “tidak geng” dengan Dino, maka dia tidak begitu ambil pusing dengan judul sajak Dino itu. A. Ghaffar Ibrahim akan lebih mesra dengan sajak-sajak Dino. Bukan sahaja sebagai jiran terdekat, Ghaffar dianggap kawan karib Dino dan membaca segala gerak tingkahnya dalam bidang puisi. Malah seangkatan kata seorang penyair.
Penglibatan Dino dalam Pena begitu aktif satu ketika. Pernah Dato’ Ahmad Sebi Bakar, presiden PENA meminta kerjasamanya untuk rekrut lebih ramai ahli Pena dari kalangan wartawan Berita Harian. Dikatakan hasil jerih payah Dino jugalah Ahmad Sebi berjaya dipilih menjadi presiden sehinggalah ke hari ini. Dan bukan tidak mungkin kerana kegigihan Dino dalam dua bidang, wartawan dan sasterawan, maka Ahmad Sebi menggunakan jasa baiknya untuk Dino dipinjamkan ke Akademi Penulis.
Sebelum jenazah disembahyangkan di surau berhampiran, Wahid Kasran mengingatkan kami bahawa Dino lahir di seberang sungai sebelah Perak dan “saya lahir di seberang sungai di sebelah Selangor.” Sunagi yang dimaksudkan Wahid ialah Sungai Bernam yang memisahkan dua negeri. Kata Wahid, “Tempat lahir saya Sabak Bernam. Tempat lahir Dino Bagan Datoh.” Lebih tepat tempat lahir Dino di Kampung Sungai Sumun. Dan dua huruf “SS” di hujung nama Dino itu ialah “S” untuk Sungai dan satu “S” lagi untuk Sumun. Samad Said datang menyampuk, “Bukan Syok Sendiri.”-ends.
Dipetik daripada Utusan Zaman
| KEMBALI KE BONDA TANAH MELAYU | From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
CATATAN A.F.YASSIN Kembali ke Bonda Tanah Melayu
Sekembalinya dari ekspedisi Jejak Bahasa di Sumatera, Jakarta dan Bandung, hari kedua puasa, terlihat satu mesej di atas meja. Mesej itu dari Saleh Daud, Bendahari Gapena. Pendek saja bunyinya: Buku dah siap. Datanglah ambil - Saleh (ejaan rumi Saleh dengan satu L). Ketika mengunjungi rumah Gapena beberapa hari kemudian, orang yang memberi mesej tidak ada. Yang ada cuma penghuni tetap, Zul. Dia menyerahkan dua naskhah. Saya minta dua naskhah kerana ada dua orang yang menyumbang karya. Saya sendiri dan isteri, Rubiyah.
Tajuk buku "Daik, Bonda Tanah Melayu" segera mengingatkan saya kepada kunjungan budaya ke Lingga, 4-8 Julai 1999 yang lalu. Seperti baru semalam rombongan Gapena berkunjung ke sana. Malah ketika saya mengikuti ekspedisi Jejak Bahasa DBP-TV3 Oktober lalu, dan menyelusuri sungai Resun dari jeti Panchor-Pakaka, saya seperti berada dalam bot pompom yang sedang mudik. Kenangan meruntun-runtun datang dan mahu rasanya saya menghubungi rakan-rakan penulis yang ikut serta dalam rombongan Kembara Budaya Gapena itu.
Bonda Tanah Melayu itulah Daik. Dan Daik Bonda Tanah Melayu adalah tajuk buku yang diselenggarakan Rejab F.I. salah seorang peserta kembara budaya 1999 itu. Kepadanya telah diserahkan tugas mencari bahan dan menyusunnya dalam bentuk buku. Bahan boleh berupa apa sahaja, asal ia jenis ciptasastera, baik kreatif mahupun bukan kreatif. Rejab memerlukan hampir 15 bulan untuk mengumpul dan menerbitkan buku "Daik Bonda Tanah Melayu" ini. Kegigihan Rejab patut dipuji, terutama dalam usahanya mendapatkan hasil karya kawan-kawan penulis yang umumnya bersikap bagaikan liat-liat daging setengah masak.
Daik, Bonda Tanah Melayu (tebalnya 346 halaman) mengandungi pelbagai genre sastera yang terdiri daripada makalah, sajak, cerpen dan pantun syair. Juga dikepilkan gambar-gambar tentang kembara budaya di pulau yang dianggap budayawan Riau, Raja Hamzah Yunus sebagai mutiara bahasa melayu dari sudut kebahasaan. Ada 21 buah makalah, lima cerpen, 45 sajak dan sebelas pantun serta syair. Seramai 44 penulis - baru dan mapan - memberikan sumbangan. Penulis seperti Affrini Adham menyumbang dalam tiga genre, makalah, sajak dan pantun. Ada yang menyumbang dalam dua kategori seperti Rejab sendiri, Sabar Bohari dan Ahmad Jamaan. Rejab dalam "prakata" memberi rasional kepada penerbitan buku ini. Menurutnya, ketika berbincang di Daik ada peserta yang menyelar Gapena yang bergiat dengan langsung "tidak menghasilkan apa-apa, maksudnya himpunan karya-karya yang perlu diterbitkan." Rejab rasa tercabar dengan selaran peserta itu yang kebetulan bukan dari anggota rombongan Gapena. Rejab pun berunding dengan pucuk pimpinan Gapena, khususnya Tan Sri Ismail Hussein, Ketua Satu, dan menyatakan kesediaannya untuk mengumpulkan bahan dan seterusnya menerbitkannya sebagai "satu amanah".
Kata Rejab, "Saya berusaha menghubungi setiap peserta Malaysia, sejumlah 77 orang yang terdiri daripada berbagai latar kehidupan dan peserta dari Riau melalui Dr. Yusmar Yusuf, Kepala Pusat Pengajian Bahasa dan Kebudayaan Melayu, universiti Riau." Rejab berhasil mendapatkan pelbagai karya dan dimuat dalam buku ini tanpa saringan dan penyuntingsn. Kata Rejab pemuatan cara begini bermaksud memberi kesempatan kepada para peserta "yang berusaha menghasilkan tulisan untuk diabadikan."
Dengan kata lain estetika karya tidak dinilai. Setiap karya yang dikirim dimuatkan. Yang penting bagi perkiraan Rejab ialah rakaman pengalaman penulis dalam bentuk apa jua pun untuk diabadikan. Malah pada sesetangah karya, diabadikan, "misalnya keajaiban bumi yang bernama Daik dengan gunungnya bercabang tiga, patah satu tinggal dua."
Penulis Evy R. Syamsir dari Riau melakar bumi Daik Lingga sebagai sebahagian daripada sejarah Melayu yang dilupakan. Katanya, Daik Lingga baginya adalah saksi sebuah kebesaran Melayu, yang kini hanyalah sebuah ibukota kecamatan Lingga, kabupaten kepulauan Riau yang jarang disebut-sebut orang. Katanya, "bahkan di sana tidak satu pun ada kemudahan umum untuk menunjangi kunjungan pendatang ke bekas kerajaan Melayu Riau Lingga itu."
Yusmar Yusuf menilai Daik Lingga dikenal sebagai sebuah negeri yang bertamadun tinggi, memiliki taji sejarah yang tajam dan panjang serta penuturan bahasa yang halus, yang merupakan benteng lidah Melayu sekaligus benteng tamadum. Namun keluhnya, "apa yang terjadi sekarang Daik ibarat amnesia sejarah kerana kita tidak pernah berniat sungguh-sungguh membangun Daik sehingga masyarakat di sana berada dalam garis kemiskinan." Apapun jua, Syamsir menilai keindahan alam Pulau Lingga, kekayaan sejarah dan budaya yang dimilikinya serta prestasinya di masa lalu "sebagai kerajaan Melayu Riau Lingga, pantaslahia disebut bonda Tanah Melayu. Siapa pun yang singgah ke Pulau Lingga akan berdecak kagum melihat indahnya panorama alam Gunung Daik (Gunung tertinggi di Riau, 1,200 meter) yang puncaknya bercabang tiga, perairan lautnya yang biru serta pemandangan laguna (danau tasik tepi laut) yang berhias rumpun bakau. Belum lagi kekhasan budaya Melayu masyarakat tempatan dan rimbunya pohon yang telah berumur ratusan tahun."
Inilah rakaman saksi mata tentang latar keindahan Lingga bersama Daiknya yang memukau. Latar keindahan itu menjadi objek mainan kata-kata sang penyair, lebih-lebih lagi dari Malaysia. Terlupa seketika akan nasib malang pulau itu di tengah-tengah kancah perekonomian bangsanya. Yang punya ilham mencipta akan mengungkaikan kata lunak yang kadang-kadang sinis menempelak yang ditujukan kepada pulau yang menyajikan keindahan semula jadi yang serba adanya.
Penyair Hashim Ismail, misalnya bermadah melalui "Daik, Bondaku". Melalui mata hatinya Hashim menulis, "Daik, bermula aku memijak tanahmu dapat kurenungkan kusut masai wajahmu/ Dapat kurasakan betapa erat peluk ciummu/ Membuatkan kita remuk redam/ Sebak dek debaran pertemuan/ Setelah sekian lama berjauhan…Kita tinggalkan dia kelemasan/Tenggelam dihanyut kegelapan zaman/Hilang haluan/hilang di perantauan.
Rahimidin Zahari, penayir muda dari Kuantan yang sedang "naik" menyumbang dua sajak berjudul "Beberapa Percakapan Di Tanjung Pinang" dan "Aku Di Kampung Masa Lampau". Dengarkan suara hati Rahimidin ketika "aku di kampung masa lampau/Mengapung jiwa di permukaan sungai/Yang jernih oleh rimbun pohon/aku menyelam ke dasar/batu-batu sejuk yang dingin/sambil bersalaman/dengan anak-anak ikan/yang jinak".
Rahimidin begitu nostalgik dan rindukan tamadun silam apabila melihat suasana kontras Daik dulu dan sekarang. Dia menghimbau "Anak-anak SD (sekolah dasar = rendah) yang manis, ibu/dan kakek yang menyapa/di sepanjang jalan -- menyalami kami/dengan suara emas bahasa dan /jalinan cermat adat yang tepu/bersukat." Lalu Rahimidin berhiba di jeti Sungai Resun sambil "kukesat mataku yang gerimis".
Yang menarik ialah suara rasa Sabar Bohari dengan nukilan tiga puisinya. "Wajahmu wajahku jua" seperti sebuah pengakuan dari dalam diri Sabar bahawa Melayu di Daik adalah "tulen/adalah sejati/mencengkam erat/tiada goyah oleh masa/tiada goyah oleh keadaan/bahasanya masih segar/masih utuh/diuji zaman/diuji gelombang." Lalu Sabar pun menyatu dalam keikhlasan cintanya terhadap Daik. Katanya, "Melayumu, Melayuku/akrab bersatu/mempamerkan keunggulan/ia akan menjadi saksi/satu bangsa/satu bahasa/Daik Lingga/wajahmu adalah wajahku jua."
Siapa pun tidak menduga bahawa pulau Lingga Daik yang jauhnya kira-kira 100 km dari Tanjung Pinang, malah lebih jauh dari Tanah Semenanjung begitu dekat dengan jiwa setiap peserta rombongan. Ada suatu daya tarikan yang menjadi pulau bersejarah itu dipuisikkan dengan "begitu syahdu". Seolah-olah ia tidak pernah lekang dan sirna dari hati para penulis Malaysia.
Malah lebih mengharukan ketika meneliti bait-bait syarir dan pantun yang dimuatkan, hasil nukilan sebelas penulis baru dan lama. Sebuah pantun berkait paling panjang mengandungi 33 rangkap bercerita tentang Pulau Daik sendiri. Pantun karya Yusof Bakar ini pantun nasihat tentang tingkah laku. Sekali baca ia seperti membawa tema "Gurindam 12" syair agung Raja Ali Haji itu. Namun terselit juga rangkap-rangkap yang bercerita tentang Daik, tentang Pulau pandan dan alam flora dan fauna sekitarnya.
Dalam satu rangkapnya Yusof seperti bertanya, "Dimasak oleh gadis Melayu/harganya mahal tiada ditanya/Daik bonda Tanah melayu/ Kemajuannya terpinggir di mana silapnya?" Manakala peserta Saleh Ali bagaikan jatuh cinta dengan tanah Daik apabila dia mencipta rangkap pantunnya, "Dua tiga kucing berlari/manakan sama si kucing belang/ dua tiga boleh kucari/ manakan sama puteri Daik seorang." Khabarnya Saleh berkunjung lagi beberapa kali ke Daik setelah Kembara Budaya Gapena. Khabarnya juga dia banyak membantu membina sebuah kelong dan sebuah sekolah agama di pulau itu.
Dalam ulasannya Ismail Hussein menganggap hasil karya dalam buku ini adalah "suara hati dan suara bicara para peserta - amat berguna untuk kajian dan penyelidikan tentang Daik dan Pulau Lingga yang suatu ketika dahulu menjadi pusat pemerintahan Melayu serumpun." Kata Ismail lagi "peserta merakamkan segala aspek yang mereka perolehi sama ada secara spontan, menemuramah penduduk Daik, penyelidikan daripada bahan-bahan sejarah atau dari hasil inspirasi mereka sendiri menghasilkan karya-karya kreatif cerpen dan puisi." Ismail dan Gapena terhutang budi dengan Malaysian Ensaiklopedia Research Centre Berhad pimpinan Haji Hassan Hamzah yang sudi menaja penerbitan antologi empat genre ini. Jarang amat kita melihat dan membaca sebuah buku berisikan pelbagai genre sastera sekaligus. Penajaan oleh sebuah pusat penyelidikan ini bagaikan menyahut cabaran seorang peserta Perkampungan Penulis Melayu Serumpun dahulu itu.
Mahunya usaha murni ini dapat diteruskan dengan kelahiran lebih banyak buku seumpama ini dan setiap kali Gapena "berkabilah" ke sesuatu lokasi Melayu. Cuma barangkali antologi seperti Daik Bonda Tanah Melayu ini sebaiknya disusun tanpa mengesampingkan nilai estetika yang diperlukan dalam sesebuah hasil karya.
A.F.Yassin 19 Disember 2000.
| SUTARDJI JAHIL TTG PENULIS MALAYSIA | Rencana ini telah disiarkan dalam dalam Ruangan "Sastera dan Budaya", Berita Harian, 2 Ogos 1999 yang lalu, dengan judul "Gapena Hanya Buang Masa: Sutardji".
RENCANA
SUTARDJI JAHIL TENTANG KEGIATAN GAPENA?
Oleh A.F.Yassin
"Seniman perlu ada semangat amok," kata Sutardji Calzoum Bachri, ketika membentangkan kertaskerjanya dalam Kolokium Penulisan Kreatif di Daik-Lingga, Riau 7 Julai lalu. Sutardji berkata demikian di hadapan kira-kira 80 orang peserta Perkampungan Penulis Melayu Serumpun dari lima negara di Daik Lingga di Balai Pertemuan Kelurahan Daik di Jalan Masjid Sultan Lingga. Maksud semangat amok ini boleh ditafsir berbagai-bagai. Hamzah Hamdani yang ikut serta menafsirkan sebagai penulis mestilah berani melahirkan karya besar yang kadang-kadang menongkah arus. Ada pula yang menilai Sutardji melepaskan geram kerana kecewa tidak dapat yang dia mahukan.
Tentang Gapena Suratdji menilai badan itu selama ini mengadakan kegiatan yang sia-sia, Tidak ada hasil yang konkrit seperti penerbitan buku setelah berlangsungnya sesuatu kegiatan. Sutardji kesal rancangan Gapena hanya "membuang masa, tenaga dan wang. "Hanya sia-sia lebih kepada kegiatan basa-basi. Kegiatan Gapena lebih kepada mencari Melayu di mana saja," ujarnya.
Para peserta yang hadir bercakap sesama sendiri, sebagai memberikan reaksi pro-dan kontra terhadap pandangan Sutardji. Di luar balai, reaksi semakin gencar. Ada yang marah dan ada pula yang kesal dengan penilaian Sutardji terhadap kegiatan Gapena. Saya melihat ada kesatuan dalam membidas sikap kurang sopan Sutardji dari peserta-peserta Malaysia. Hampir semuanya mempertahankan Gapena, terutama Tan Sri Ismail Hussein, Ketua Satunya.
"Tak patut Sutardji berkata begitu," kata Tengku Alias Taib. "Nampak sangat dia ini dengki. Perli kawan-kawan seperti Taufik Ismail dan Rendra yang mendapat layanan istimewa dari Kerajaan Malaysia. Tengku Alias menambah, "biar orang lain mengakui kita penyair besar. Tak perlulah kita angkat diri sendiri. Saya rasa dia hendak layanan seperti Taufik, terbitkan puisinya, beri layanan baik seperti yang diterinma Rendra dan Taufik dan beri anugerah RM5,000 seperti Taufik."
Akhirnya Tengku Alias menilai Sutardji terlalu membesarkan diri bila berkata puisi Taufik tidak bernilai sedangkan "puisi-puisi Taufik dalam bukunya Aku Malu Menjadi Bangsa Indonesia sungguh tinggi nilainya berbanding sesetangah puisi Sutardji."
Peserta Sabar Bohari turut tidak berkenan dengan pandangan Sutardji dan mempertahankan Gapena yang selama ini telah berbuat banyak dalam meningkatkan martabat sastera Malaysia di mata dunia. Sementara beberapa peserta Malaysia lain mempersoalkan kridibiliti Sutardji dalam menilai usaha Gapena. "Siapa Sutardji? Dia orang luar dan tidak sepatutnya memperli kegiatan Gapena. Barangkali dia kecewa kerana tidak dapat kerana Gapena dan Malaysia tidak memilihnya menerima Anugerah sastera Nusantara baru-baru ini," kata seorang peserta.
"Lihat saja aksinya di pentas. Dengan cara dia menghisap paip dan matanya meliar ke sana ke mari seperti dia tidak menunpukan perhatian kepada kolokium. Biarkan dia seperti Si Luncai terjun dengan labu-labunya," marah peserta lain. Lau disambut seorang lagi peserta, "Biarkan, biarkan."
Sutardji Luncai? Tidak. Dia bajak wangkang makan diangkat, kata seorang. Malah ada menuduhnya kurang sopan apabila berbicara. Dan dia bicara di depan peserta yang sebahagian besarnya dari Malaysia dan kebanyakannya penulis mapan dan ahli akademik yang punya nama. Ada yang menilai bahawa Sutardji terlalu geram dan kecewa dengan Malaysia kerana kononnya dia tidak dianggap setaraf dengan Rendra dan Taufik. Lalu dia menjadikan Gapena kambing hitamnya. Terdengar juga suara marah-marah dari peserta Malaysia yang menghentam Sutardji dari sudut peribadi yang kurang enak dicatatkan.
Saya tanyakan Hamzah Hamdani tentang kriteria pemberian anugerah sastera Nusantara di Johor Bahru baru-baru ini. Jawabnya ada beberapa yang perlu dilihat. Pertama karya terbaru seseorang calon penerima. Kedua usaha dan kegiatan dan penglibatannya dalam membina dan mengembangkan produk kesusasteraan kepada masyarakat khalayak dan ketiga sumbangan pemikiran calon penerima terhadap dunia kesusasteraan di negara masing-masing, khasnya.
Maka dalam hal ini memang wajar Taufik Ismail dipilih untuk menerima anugerah, terutama apabila dilihat sumbangan kegiatan dan pemikirananya dalam menjayakan Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-9 dua tahun lalu di Bukit Tinggi dan Padang di Sumatra Barat. Umumnya semua orang mengakui Sutardji seniman besar di Indonesia, malah oleh Ismail Hussein, Sutardji dianggap seniman tulen. Sutardji punya wawasan yang ideal untuk membina kesusasteraan yang biasanya dimilik semua seniman tulen. Wawasan itu kadang-kadang terlalu ideal untuk berpijak di bumi nyata. Sedangkan apa yang dilakukan Gapena ialah mencari jalan tengah untuk merealisi wawasan kesusasteraan berdasarkan realiti semasa.
"Apa yang dilakukan oleh Gapena banyak juga faedahnya. Paling-paling perkampungan di Daik ini dapat mempertemukan penulis-penulis dari kelima-lima negara di Nusantara. Malah Sutardji pun dapat datang sambil bermesra dengan para penulis, " kata Rejab F.I. Manakala peserta dari Yayasan Warisan Johor, Ahmad Ruslan bertanya "apakah dia (Sutardji) akan kecam begitu jika sekiranya dia dapat Anugerah Sasterawan Nusantara itu?" Sutardji tidak menjawab.
Saya melihat reaksi peserta Malaysia seperti menujukkan satu patriotisme dalam kesusasteraan, ketika berada di luar negeri. Kita sama-sama maklum reaksi negatif sesetengah penulis terhadap usaha Gapena di dalam negeri, tapi nyatanya reaksi seumpama itu tidak terlihat pada hari kedua di Daik, iaitu hari berlangsungnya kolokium. Semangat kebersamaan ini menarik.
Apapun jua, sebilangan penulis muda dari Riau yang hadir menilai positif pandangan Sutardji. Bagi mereka sepatutnya panitia yang bertanggungjawab mengadakan perkampungan seperti ini perlu memikirkan bagaimana satu usaha konkrit perlu dilakukan bagi menerbitkan karya-karya yang lahir daripada pertemuan seperti ini. "Penulis muda perlukan wadah penampungan karya mereka." Seorang peserta Malaysia senyum simpul mendengar cadangan penulis muda Riau ini. Katanya kepada saya, "Suruhlah pertubuhan sastera awak (negaranya) terbitkan karya, bukanya Gapena."
Demikian pagi itu, ada dua kelompok suara yang menghangatkan kolokium di Balai Pertemuan Kelurahan Daik. Apapun jua Rejab khabarnya telah mendapat restu Gapena untuk menyelenggarakan sebuah antologi cacamerba (puisi, cerpen, rencana atau apa saja coretan dari Daik) yang bakal diterbitkan Gapena sendiri. Rejab meminta jasa baik kawan-kawan yang turut sama dalam perkampungan itu untuk memberikan sumbangan. Kurang pasti apakah tindakan Rejab ini berputik daripada kecama Sutardji terhadap Gapena atau memang Rejab telah memikirkannya lama sebelum dia sampai di Daik. Apapun jua, ramai yang percaya bahawa Sutardji telah memberi satu suntikan yang sedikit mengejutkan kepada setiap yang hadir hari itu. Sesi kedua dan petangnya kembali menenangkan suasana dan pembentang dan peserta lebih bersikap rasional berdisiplin. Tidak ada lontaran pendapat dan pandangan yang kontraversi. Seperti kata seorang peserta "carik-carik bulu ayam di sidang pagi akhirnya bercantum juga di sebelah petangnya." Sementara seorang peserta lain berkata bahawa lontaran Sutardji tidak menjadi kudis kepada perkampungan."
Kolokium yang sepatutnya diadakan satu hari setengah itu dapat diselesaikan dalam masa sehari. Khabarnya ada beberapa pembentang kertas kerja tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Hujan tengahari menyebabkan tidak ramai yang hadir pada sesi petang. Daripada hasil perbincangan sehari itu satu Deklarasi Daik diisytiharkan pada malam terakhir di Daik. Deklarasi yang disusun oleh Sutardji Calzoum Bachri, Taufik Ikram Jamil, Hamzah Hamdani, Al azhar, Masran Sabran, Yusmar Yusuf dan seluruh peserta Perkampungan Penulis Melayu Serumpun adalah hasil perbincangan kolokium dan dibacakan oleh Drs Syafrial Syamsuddin selaku Ketua Pelaksana Perkampungan. Deklarasi itu berbunyi:
1. Adalah suatu kenyataan bahawa bahasa merupakan mahkota kebudayaan Melayu yang penggunaannya tersebar pada sejumlah negara di Asia Tenggara.
2. Oleh kerana sastera merupakan mahligai bahasa maka sepatutnya kegiatan sastera memperoleh perhatian yang khas dalam kegiatan kebudayaan Melayu. Perhatian khas dimaksud antara lain berupa penerbitan buku bersama atau penampilan seni sastera.
3. Mengembangkan rasa saling memiliki karya sastera tersebut melalui semua sarana.
4. Deklarasi ini dibuat setelah mengamati dan mempertimbangkan fikiran mahupun perasaan yang muncul dalam Perkampungan Penulis Melayu Serumpun tajaan Pusat Pengajian Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Universitas Riau (P2BKM UNRI) di Daik, 4 - 8 Julai 1999.
Daik Lingga
7 Julai 1999.
| DIALEK KEDAH DI JARING HALUS MEDAN | MENDENGAR DIALEK KEDAH DI JARING HALUS
Jaring Halus sebuah desa terpencil di kuala Sungai Permatang Buluh. Didepannya terbentang laut luas Selat Melaka. Kata penduduk desa ini kalau berperahu ke timur menyeberang selat ini, nescaya seseorang itu akan sampai langsung ke pantai Kedah, berhampiran Pulau Pinang. Kalau sedikit ke utara, nescaya seseorang itu akan sampai pula ke Langkawi atau Kuala Perlis. Ini cerita penduduk Jaring Halus. Walaupun tidak seorang pun penduduk desa ini pernah berperahu ke timur, tetapi cerita yang mereka sampaikan sungguh meyakinkan.
Meyakinkan kerana percakapan mereka saling tak tumpah percakapan orang Kedah atau orang Pulau Pinang. Kata-kata “hang”, “hangpa”, “depa”, “awat tak habak” dan segala macam loghat Kedah masih tebal, malah sama totoknya dengan percakapan Zailan, sutradara Jejak Bahasa yang berasal dari Kedah itu. Pagi itu, 25 Februari Zailan begitu bersemangat mahu memulakan perjalanan menuju desa Jaring Halus, walaupun perjalanan mengambil masa tiga jam setengah dari Medan. Dari Medan kami dari rombongan Jejak Bahasa berkenderaan selama dua jam ke Tanjung Ibus, pangkalan di tebing Permatang Buluh. Sebelum ke Tanjung Ibus, rombongan akan melintasi makam penyair besar Indonesia, Amir Hamzah di Tanjungpura, Langkat.
Di Tanjung Ibus ada sebuah jeti kecil yang boleh disinggahi dua buah bot atau perahu bermotor. Jika air sungai lagi surut, penumpang terpaksa turun jauh ke bawah untuk maik ke perahu. Atau penumpang harus menunggu hingga setengah jam sehingga air pasang semula. Demikianlah kami pagi itu terpaksa menunggu hingga air naik. Mujur juga ada lori yang dipenuhi durian yang turut sama menunggu untuk memunggah buah durian naik perahu. Setelah tawar-menawar harga kami berkenduri durian di tengah panas yang mencubit-cubit. Padahal baru semalam kami makan durian di Medan. Sebelumnya juga di Pekan Baru dan sebelumnya lagi di Palembang. Malah sebelum dan sebelumnya di Menado, Makasar, Jakarta, Bangka dan di Siak. Kami beruntung kerana harga durian cuma RP4,000 (RM1.60) sebiji bukan sekilo.
Ketika bot laju tiba untuk membawa rombongan kami bergopoh-gapah membasuh tangan dan mulut. Tidak mengapa kerana ada air mineral dipersiapkan sebotol seorang dalam perjalanan ke Tanjung Ibus.Tidak banyak peralatan pernggambaran dibawa hari itu memikirkan keulitan ekspedisi melalui sungai yang akan memakan masa satu jam. Kami diiringi beberapa orang anggota polis berpakaian preman sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut cerita Camat Secanggang Drs Zulkifli beberapa hari sebelumnya berlaku pergaduhan antara penduduk desa Jaring Halus dengan nelayan dari Belawan yang dikatakan menceroboh di perairan Jaring halus.
Menghilir di Sungai Permatang Buluh merupakan pengalaman menyeronokkan. Selama sejam menghilir, kami melihat pepohon menghijau yang diselang tanaman lada hitam dan pohon rumbia liar. Sesekali terlihat pondok-pondok kecil di tepian tebing dengan perahu kecil terikat menunggu tuannya. Kebanyakan pondok itu diperbuat daripada kayu hutan dan buluh dengan beratapkan nipah atau daun rumbia. Beberapa kali kami melihat penghuni rumah kecil ini mandi-manda di dalam sungai. Yang perempuan berkemban dan lelaki bercelana pendek. Yang muda dan yang tua saling bergaul.
Semakin kami mendekati kuala semakin melebar pula sungai yang kami lalui. Akhirnya laut nan luas terbentang di depan mata dan di tebing sebelah kanan terdapat deretan rumah dengan jeti kayu bersusun-susun. Layaknya ia berupa sebuah kampung air. Sebuah kapal kecil berlabuh di tengah sungai. Kata penduduk desa itu kapal itu menunggu muatan, berupa ikan tangkapan para nelayan yang pulang petang. Sekumpulan pemimpin desa menyambut kedatangan rombongan. Di atas jeti sendiri telah terbentang permaidani.
Di sinilah tempat pertemuan dan tempat penggambaran. Jeti itu berdekatan pula dengan rumah besar milik Dahalan Kulong yang telah berusia 87 tahun tetapi masih tegap dan kuat daya ingatan. Pun jeti itu miliknya sendiri. Dahalan dianggap orang terkaya di desa Jaring Halus, punya perahu pancong, punya, malah punya kolam ternak ikan. Banyak ikan tangkapan nelayan dijual kepadanya sebagai pemborong.
Zailan tidak mensesiakan peluang untuk membuat penggambaran tentang keadaan Jaring Halus. Dia begitu seronok berbual dengan ketua kampung, Aliandi dan seorang sesepuh bernama Khairi, yang menurutnya berasal dari Kedah. Khairi yang telah berusia lebih 70 tahun berhijrah ke Jaring Halus ketika Indonesia belum lahir. “kami sampai kat sini duk zaman Belanda lagi,” kata Khairi. Tidak pula ditanya tempat mana di Kedah Khairi berasal. Barangkali kerana terlalu suka dapat bertemu dan berbual dalam loghat Kedah sehingga kami terlupa bertanyakan asal-muasal Khairi di bahagian mana negeri Kedah. “Biak pilah!”
Aliandi berkata Desa Jaring Halus bukan satu-satunya penempatan orang utara Semenanjung di kuala itu. Ada lagi desa yang lain seperti Kampung Perlis dan kampung Kelantan. Yang terakhir ini penghuninya sudah pasti berasal dari Kelantan pula. Bagaimana orang pantai timur Semenanjung itu sampai ke kuala Sungai Permatang Buluh menarik juga dicari jawapannya. Menurut Aliandi sebelum menghuni Jaring Halus generasi terdahulu menempati desa Tapak Kuda di seberang sungai, tetapi desa itu akhirnya ditenggelami air dan terpaksa berpindah ke tempat yang ada sekarang.
Selama beberapa jam di desa itu, jarang sekali kami mendengar penghuninya berbahasa Indonesia. Malah anak-anak kecil begitu petah berbahasa Melayu loghat Kedah. “Kami orang Melayu,” kata seorang penduduk. “Bahasa kami bahasa Melayu. Cuma di sekolah, kami duk guna bahasa Indonesia.” Saya tanyakan perbezaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia, dia tersenyum sambil berkata, “Kami pun tak tau, tapi kami rasa janggai sikit noh duk cakap dalam bahasa Indonesiak. Surat habak pun kami kadang-kadang tak baca. Kami tak faham.”
Melihat keadaan desa itu memang tidak hairan kebanyakan penghuninya tidak petah berbahasa seperti orang Indonesia. Desa itu begitu terpencil. Jalan penghubung hanyalah melalui sungai atau laut luas. Jalan darat hampir tidak wujud. Jaring Halus terletak di Kacamatan Secanggang, Kabupaten Langkat, dengan Tanjungpura, ibukotanya. Kota kecil Tanjungpura ini terletak satu setengah jam perjalanan dengan bot mudik Sungai Permatang Buluh. Tanjungpura merupakan pekan terdekat Jaring Halus.
Jumlah penduduk desa ini ialah kira-kira 3,000 orang terdiri daripada 561 keluarga. Sejumlah 60% terdiri daripada orang Melayu asal Kedah. Yang lain terdiri daripada suku Banjar, Jawa dan Melayu langkat sendiri. Desa Jaring halus ini terdiri daripada empat dusun atau kampung dan setiap dusun mengandungi kira-kira 100 keluarga.
Rata-rata penduduk adalah nelayan yang belayar pagi pulang petang dengan menggunakan bot dan perahu. Pendapatan sekitar Rp 20,000 (RM8) sehari. Semua penduduk beragama Islam dengan sebuah masjid dibangunkan di tenagah-tengah desa. Keamanan desa sesekali diganggu oleh kaum nelayan dari Belawan. Kata seorang pemuda, “Kami sentiasa berjaga-jaga. Dan kami sentiasa bersedia. Kami nekad akan menentang orang dari Belawan ini jika kawasan kami diceroboh.”
Hari semakin tinggi ketika Zailan dan anggota TV3 lainnya membawa alat penggambaran di satu jeti yang berhadapan dengan masjid. Di tepi jeti ada dua orang penduduk yang sedang membaiki sampan mereka. Dan di sudut lain seorang nelayan sedang membersihkan jalanya. Jambatan kayu yang menganjur terus ke jati berbunyi setiap kali kami memijak papannya. Ia kelihatan telah terlalu usang dengan lubang di sana sini. “Kami sudah biasa dengan lubang begitu dan tiang jembatan kayu itu masih kukuh kerana ia dari kayu bakau,” kata seorang lelaki pemilik rumah yang berhampiran.
Orang kaya Dahlan menjadikan rumahnya tempat jamuan makan tengahari. Sekali lagi kami berasa seperti berada di kampung sendiri. Semua yang hadir duduk bersela di kiri kanan hidangan. Jamuan sungguh sederhana dengan lauknya ikan dan udang segar serta kari daging kambing.
Sambutan hangat penduduk desa ini amat sederhana tetapi cukup mengharukan. Tidak ada kerusi cuma tikar dan permaidani. Adat tertib orang melayu menguasai suasana. Beberapa orang penduduk lengkap berpakaian baju Melayu cekak musang. Kadang-kadang kami terasa seperti tersindir kerana tidak seorang pun di kalangan kami yang berpakaian Melayu hari itu. Mujur juga Camat Drs Zulkifli dan ketua desa Aliandi tidak mengenakan baju Melayu. Begitu juga halnya dengan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah yang turut mengiringi kami ke Jaring Halus.
Yang menjadikan kami terpukau ialah keramahan penduduk Jaring Halus. Tegur sapa mereka membuatkan kami seperti berada di kalangan keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi apabila ada dua tiga orang yang mempelawa kami ke rumah mereka. Zailan pula begitu “becok” berbual dengan mereka dengan loghat Kedahnya. Baik Khairi mahupun penduduk berusia lainnya, berharap mereka akan dapat mengunjungi Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat ini. Cuma yang menjadi penghalang ialah masalah kemampuan untuk berkunjung. Kedhaifan hidup, ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, hampir tidak memungkinkan penduduk Jaring Halus ini menjenguk tanah leluhur mereka di bumi Semenanjung.
“Sebenarnya Kedah tidak jauh dari sini. Hanya semalam belayar dengan bot,” kata Aliandi, sambil matanya memandang jauh ke laut luas di sebelah timur. Aliandi seperti teringat cerita orang tua-tua di desa itu yang pada suatu ketika di zaman Belanda, laut selat Melaka bukan penghalang untuk mereka pulang pergi dari Kedah ke Jaring Halus. Kini lalulintas demikian hanya tinggal kenangan kerana politik memisahkan dua kelompok Melayu yang dulunya adalah satu keluarga.
Kami berat hati untuk meninggalkan Jaring Halus sebelah petangnya. Keramahan penduduknya, kemesraan alamnya dan kesamaan dialeknya dengan orang utara Semenanjung menyentuh perasaan. Bau air sungai dan bangkai ikan dan udang bagaikan nirwastu yang selama ini kami dambakan sangat-sangat. Sungguhlah seperti kata penghubung Jejak Bahasa di Medan Prof Ahmad Samin Siregar dari Universitas Sumatera Utara bahawa rombongan Jejak Bahasa akan berada di rumah sendiri apabila menjejakkan kaki di Desa Jaring Halus.
Medan 26 Februari 2001
| MENDENGAR ORANG BERPANTUN DI MELAKA | Jejak Bahasa: Pantun dan Dondang Sayang di Melaka
Pengacara Jejak Bahasa TV3, Nizal Mohammad bertanya pada pagi 27 Mei yang lalu. “Apa engel saudara minggu ini?”
Oleh kerana pertanyaannya spontan dan tiba-tiba, saya juga menjawab spontan, “Belum terfikir lagi, mungkin pantun orang Melaka.”
Sememangnya kru Jejak Bahasa sedang dalam perjalanan ke kediaman Tan Sri Aziz Tapa, 78 tahun, di Jasin. Turut sama dalam rombongan pagi itu ialah Datuk Borhan Mohd Yamin, 74 tahun, yang dijemput khas dari kediamananya di Klebang untuk menyertai Aziz Tapa, berbincang tentang pantun dan jika perlu rumah tradisi orang Melaka.
Aziz Tapa kurang sihat sewaktu kami hubungi sebelumnya, tapi kerana pantun dan bahasa Melayu dia “menyihatkan” diri bersiap menunggu kedatangan kami. Dan kami menyelusuri jalan-jalan kenangan Tan Sri itu dalam hujan lebat, yang bagaikan cuba menghalang pertemuan. Jamal Shah, orang perantaraan kami di Melaka sedikit hairan. Katanya, “Biasanya di Melaka hujan sebelah petang. Ini pagi. Pelik juga.”
Aziz Tapa, seperti halnya Borhan Yamin, masih bersemangat membincangkan topik tradisi warisan Melayu, iaitu pantun. Kedua-duanya masih mampu mengingat pantun-pantun lama yang berkait dengan budi pekerti, perjuangan dan kasih saying. Malah sambil berbual mereka menyelitkan pantun-pantun usik-mengusik suami isteri. “Mengasyikkan!” kata seorang anggota rombongan. Di samping pantun rupa-rupanya Aziz Tapa juga seorang pelukis. Salah sebuah lukisannya kini dipamerkan di Balai Senilukis Negara dengan judul “Suatu Petang Di Pelabuhan”. Sebenarnya Aziz Tapa guru lukisan satu ketika dulu. Dan dia juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Borhan Yamin mengakui bahawa Aziz Tapa adalah guru lukisannya ketika bersekolah dahulu. Kedua-dua tokoh berada dalam lingkungan lebih dua dekad daripada usia emasnya.
Aziz Tapa bangga dengan Melaka. Bukan sahaja kerana pantunnya tapi dianggap negeri Islam pertama terkenal di dunia. Katanya semuanya bermula di Melaka. Betapa tidak, Melaka telah terkenal di seluiruh dunia pada tahun kegemilangan empayarnya pertengahan abad ke-15, terutama sewaktu Sultan Mansur Shah memerintah. Banyak pedagangan dan santeri singgah di pelabuhan Melaka. Katanya, “Jangan lupa sistem pemerintahan Melayu bermula di Melaka. Dulu kita ada sultan, bendahara, temenggung, penghulu Bendahari dan Laksamana. Hari ini kita ada sultan (Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan yang di bawah kuasanya ada Laksamana.”
Cuma satu hal yang kadang-kadang susauh diterima akal. Kata Aziz Tapa ada perbilangan orang kita, iaitu “Kalau nak makan angin pergi ke Singapura, Kalau nak makan pergi ke Pulau Pinang dan kalau nak mati pergilah ke Melaka. Sebabnya di Melaka kalau ada orang mati meriah. Ramai yang hantar jenazah ke pusara.”
Aziz Tapa cuba menghuraikan pembayang maksud dalam pantun. Menurutnya lazimnya pembayang diambil dari suasana persekitaran, alam dan kehidupan. Banyak pantun dicipta melalui pengalaman bersama alam yang melingkunginya. Misalnya pantun kasih Kalau padi katakana padi, tidak saya terrtampi-tampi; kalau sudi katakan sudi tidak saya ternanti-nanti. Pembayang kepada pantun itu ialah padi. Dan orang Melayu dekat dengan padi yang menghasilkan beras, makan utamanya. Menampi padi itu lazim untuk mengasingkan hampanya sebelum ditumbuk menjadi beras. Padi dan tampi adalah sesuai dengan rima dan ritme akhirannya.
Borhan Yamin yang kental semangat juang terutama dalam bidang bahasa dan budaya, turut merasakan keindahan dan kekentalan semangat kesetiakawanan dan kasihkan bangsa. Borhan Yamin mengeja “Alif”, “Ba” dan “Ta”. Katanya, “Alif” ialah agama, “Ba” bangsa dan “Ta” tanah air. Beliau berpantun, “Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, nyawa dan badan saya berikan (serahkan?)”. Pembayang pantun ini adalah simbol perjuangan. Menurutnya, pantun itu “hadis”nya orang Melayu. Siapa tak kenal Borhan Yamin yang satu ketika merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka yang berjuang bersama-sama A. Ghaffar Baba (sekarang Tun) dan Aziz Tapa sendiri (tiga serangkai yang menjadi pengasas kepada kemajuan UMNO dan kerajaan Melaka hari ini.
Borhan Yamin mengungkapkan rasa cintanya kepada agama, bangsa dan tanah air dengan “redha berkorban segala” sesuai dengan pribahasa yang disukainya, “Bahasa menunjukkan bangsa”. Baginya cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman. Dan semangat ini banyak terjelma dalam pantun-pantun dan perbilangan orang Melayu.
Tidak kurang menariknya ialah pantun dalam irama Dondang Sayang di negeri yang pernah terkenal dengan temasha Mandi Safar satu ketika. Malah temasya tahunan ini tidak akan lengkap tanpa nyanyian dondang sayang dengan pantun liriknya. Ini diakui kedua-dua tokoh Aziz Tapa dan Borhan Yamin. Turut akur dengan fenomena pantun dan Mandi Safar ini ialah pengerusi Persatuan Peranakan Baba dan Nyonya Melaka, Baba Kim Bok, 58 tahun, yang ditemui di rumahnya di Bukit Rambai. Baba Kim aktif mengenengahkan budaya baba dan nyonya yang tunjangnya adalah dari budaya Melayu.
Baba Kim menerajui Badan kesenian Babah dan Nyonyah, ringkasnya “Kebaya” yang kegiatannya antara lain menubuhkan kumpulan Dondang Sayang. Salah seroang anak suhan Bab Kim dalam irama dondang sayang ialah Boon Kim Geok. Pada pagi 28 Mei, kru Jejak Bahasa mengadakan penggambaran untuk lagu dondang sayang yang didendangkan oleh kumpulan Mawar Biru pimpinan Baharim Mohd Shariff, 58 tahun, dengan barisan penyanyinya Nona Othman 52 tahun, Maarof bin Abu Chik, 69 tahun, serta Boon Kim Geok sendiri (penyanyi undangan). Penggambaran diadakan di sebuah rumah di Bachang. Rumah ini menyaksikan kumpulan ini berlatih sejak 40 tahun lalu.
Nama Dondang Sayang sinonim dengan pantun usik-mengusiknya. Inilah kelebihannya, terutama dibawa berlagu oleh penyanyinya. Istimewanya irama ini ialah lirik pantun spontan penyanyinya ketika menjual dan membeli. Seperti kata Maarof, keindahan dondang sayangnya ialah lirik dihasilkan ketika sedang menyanyi. Contohnya dia menjual serangkap pantun dengan penuh irama dan pasangan diminta membeli atau menjawabnya dengan pantun yang disesuaikan dengan apa yang dijual.
Baharim yang memimpin kumpulan adalah juara Dondang Sayang Kebangsaan dalam Pertandingan Dendang Rakyat anjuran RTM pada tahun 1988. Baginya dondang sayang telah mendarah daging dengan hampir 40 tahun daripada usianya dihabiskan untuk mengasah bakatnya dalam lagu kebanggaan orang Melaka ini. Kini dia sedang mempersiapkan beberapa anak kecil untuk meneruskan tradisi dondang sayang ini. Ada dua orang yang sedang diasah bakatnya, Mohd Firdaus, 12 tahun, dan Mohd Herdi Ramli, 14 tahun. Mohd Herdi dilatih memukul rebana sementara Firdaus penyanyi.
Kegigihan Baharim dan Baba Kim Bok meneruskan tradisi Dondang Sayang ini barangkali akan tinggal “gigih” sahaja sekiranya tidak ada pihak yang secara serius mempertahankannya. Siapalah Baharim atau Kim Bok jika pihak berkuasa kebudyaan, misalnya tidak pernah menjenguk kegiatan mereka. Tidak keterlaluan jika dondang sayang pupus maka pantun yang menjadi lirik spontan nyanyian turut akan hilang. Maka satu-satunya lirik tradisi yang dicipta spontan ketika melagukan irama dondang sayang akan pupus, sepupusnya cara lirik dicipta. Barangkali nama Baharim, Maarof, Nona Othman, Kim Geok atau Kim Bok hanya tinggal dalam kumat-kumit bibir Mohd Herdi dan Firdaus yang kehilangan arah.
Itulah pantun dan lagu, antara lirik dan irama yang menyaksikan pembauran tokoh pemantun dan dondang sayang. Melaka amat terhutang budi dengan Aziz Tapa dan Borhan Yamin yang petah berpantun dan dengan baharim. Maarof, Nona Othman, Kim Geok serta Kim Bok yang “takkan senang duduk tanpa dondang sayangnya.”
Rentak irama Melayu asli dari Melaka ini masih terus bergema di awing-awang fikiran setelah dua hari berada di Melaka. Kadang-kadang terfikir pula macam manalah indahnya irama dondang sayang tanpa pantun yang dicipta spontan oleh penyanyinya, seperti halnya juga bagaimanalah indahnya pantun yang dicipta spontan tanpa irama dondang sayang yang mengiringnya? Fikiran ini terus datang dan pergi seolah-olah ia seperti ingin mencari jawapan kepada pertanyaan Nizal Mohammad tentang catatan saya minggu ini. Pertanyaan Nizal ini diselang-seli pula oleh pernyataan Kim Bok tentang keadaan Baba dan Nyonya sekarang di Melaka. Kata Kim Bok, “Kami ini macam bank OCBC. Bukan banknya tapi OCBCnya, iaitu Orang Cina Bukan Cina. Cina bukan melayu pun bukan, terutama dari sudut budayanya. Barangkali pula, ini juga yang sedang difikirkan oleh Penerbit Jejak Bahasa Musim kedua ini, Hisham Abdullah.
-Bukit Rambai, Melaka.
| TENGKU ALAUDDIN YANG SAYA KENAL | SEPI SEORANG AKTIVIS SENI
Dalam perjalanan pulang ke Kuantan, setelah menonton Konsert Menjunjung Kasih di Pekan, sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah, saya dan Datuk Tengku Alaudin Tengku Majid berbual santai. Bas yang membawa rombongan Gapena dan peserta Dialog Pantai III bergerak laju di malam gelap, bagaikan mengejar waktu kerana jam telah menunjukkan waktu hampir tengah malam. Ramai peserta telah nyenyak tidur dibuai hayunan gerak bas ke kiri ke kanan. Dalam suasana beginilah Tengku Alaudin amat senang bicara.
Beberapa tahun kebelakangan ini saya melihat dia begitu aktif dalam Gapena. Tidak pernah sekali pun saya melihat dia tidak ada dalam apa sahaja kegiatan Gapena, baik di Rumah Gapena sendiri, mahu pun di tempat-tempat lain seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban dan di kali ini di Kuantan. Kadang-kadang saya naik bingung bagaimana seorang pegawai pentadbir kanan kerajaan boleh menyesuaikan dirinya dengan kegiatan-kegiatan lasak Gapena. Bukankah lebih baik dia menghabiskan waktu bermain golf atau di kelab-kelab ekseklusif pegawai-pegawai kerajaan untuk "menjaga status"?
Tengku Alaudin adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Tahun depan dia akan mencapai usia wajib bersara, iaitu 55 tahun. Mahu ke mana Tengku Alaudin setelah itu? Apakah dia akan diminta melanjutkan kerjayanya atau langsung mendapatkan status mantannya, lalu menjadi anggota baru dalam kelab tak rasmi "Senior Citizen" yang membolehkannya mendapat kemudahan perjalanan dalam negeri dengan tiket separuh harga. Yang pasti Tengku Alaudin telah berjinak-jinak dengan kegiatan Gapena sejak sekian lama. Ketika di Kuantan semasa Dialog Pantai III berlangsung, saya melihatnya begitu aktif untuk menjayakan Dialog. Walaupun dia sedikit keciwa dengan sambutan yang sedikit dingin dari penulis, namun gerak tingkahnya sepanjang dua hari itu seperti dia mahu mengubati kekeciwaannya itu.
Dia ke sana ke mari dengan lincahnya. Pada hari kedua, ketika Perbincangan Meja Bulat lima ahli panel tentang Halatuju Gapena tahun 2000, Tengku Alaudin bekerja keras mengangkat dan mengatur kerusi. Sebabnya tempat perbincangan telah dipindahkan dari auditorium Taman Budaya kepada Bilik Latihan di seberang letak kereta berhampiran dengan kafetaria. Dia bersama Yaakob Isa, Sahmad Malaya, Rahimidin dan beberapa ahli jawatankuasa DPMP bertungkus lumus menyiapkan bilik itu.
Dia bercerita panjang dalam bas. Menurutnya dia merasa sepi selama berkhidmat dalam kerajaan. Tidak ramai yang meminati bidang yang dia minati. Disebabkan minatnya yang begitu meruntun dalam bidang seni budaya maka dia tidak punya kawan yang seiiring jalan, apatah lagi untuk diajak berunding membincangkan seni dan budaya. Barangkali akibat kesepiannya itulah maka Tengku Alaudin sering menyempatkan diri hadir di Rumah Gapena setiap kali ada kegiatan. Malah rasa sepinya ini dilahirkan ketika menutup Dialog Pantai III petang Sabtunya.
Tengku Alaudin, seorang pelukis, memberikan kebebasan kepada anak-anaknya untuk memenuhi masa lapangnya. Ternyata mereka tertarik untuk melibatkan diri dalam bidang teater. Mereka bergiat dalam bidang itu, malah mana teater yang dipersembahkan di sekitar ibukota yang mereka tidak kunjungi. Minat anak-anak Tengku Alaudin itu semacam menjadi penghibur kepadanya. "Kadang-kadang saya tidak terfikir mereka begitu matang bercakap tentang teater, pada hal mereka hanya anak muda," kata Tengku Alaudin.
Ramai yang menilai ada sesuatu dalam diri Tengku Alaudin yang menyebabkan penulis dan penggita budaya terasa mesra apabila bersamanya. Apakah kesungguhnanya dalam memupuk seni budaya bangasa melalui jawatannya di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau tutur bicaranya tentang seni budaya yang mempunyai "wave-length" yang setara dengan penulis dan penggiat seni yang bernaung di bawah badan-badan penulis baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat nasional. Seorang budayawan senior pernah menyamakan Tengku Alaudin dari segi kegiatannya dengan Tan Sri Ismail Hussein sendiri. "Lihat sahaja bidang mereka dalam seni budaya. Ismail bidangnya bahasa manakala Tengku Alaudin seni lukis. Dan lihat sahaja seorang yang mempunyai pangkat tinggi dalam kerajaan sanggup mengatur kerusi dan meja hanya semata-mata untuk menjayakan sesuatu acara," kata budayawan itu.
Ada pula yang melihat wujudnya "Ismail Hussein" dalam diri Tengku Alaudin. Maksudnya, penampilan dan kepimpinan kedua-dua tokoh ini, terutama dalam berpersatuan dan kerja-kerja sukarela. Ismail Hussein telah ditahan uji kepimpinannya dalam Gapena, malah Gapena itu sendiri sudah sinonim dengan namanya. Walaupun kepimpinannya pernah dicabar dan digugat pada satu ketika tetapi karisme dan keikhlasan Ismail menjadikan kedudukannya dalam Gapena tidak tergoyahkan. Sesetengah pemerhati berpendapat Ismail Hussein tidak dapat dipisahkan kecuali hukum Qada' dan Qadar. Dan pada yang sama Tengku Alaudin dipandang sebagai tokoh yang dapat meneruskan kepemimpinan Ismail Hussein dalam badan induk itu. Setidak-tidaknya ada seorang dua dalam jawatankuasa Pusat Gapena mahu Tengku Alaudin dipersiapkan sebagai pemimpin pelapis selepas Ismail Hussein.
Saya cuba mendapatkan reaksinya tentang kemungkinannya dipersiapkan untuk tugas berat yang dipikul Ismail sekarang, Tengku Alaudin tidak begitu responsif, tetapi saya seperti merasakan bahawa dia adalah salah seorang yang paling sesuai untuk memikul beban tugas dalam Gapena. Saya katakan kepadanya bahawa gandingannya bersama Zainal Borhan dan Hamzah Hamdani akan membawa Gapena ke suatu hala yang terarah seperti yang telah ditunjukkan Ismail Hussein dulu dan sekarang. Pengalaman mentadbir dan mengurus dalam kerajaan adalah aset yang penting seperti halnya Ismail Hussein ketika bertugas dri Universiti Malaya dahulu.
Ketokohan Tengku Alaudin dalam kerajaan tidak siapa boleh pertikaikan. Yang diperlukan ialah mengimbangi ketokohannya itu dalam dunia persuratan dan seni budaya di dalam dan luar negeri. Jejak-jejak langkah Ismail Hussein mendekatkan Melayu diaspora sehingga bangsa yang terpencar-pencar di seluruh dunia itu menganggap Kuala Lumpur sebagai ibukota budaya mereka, perlu "dihidu" Tengku Alaudin sebagai langkah awal menebarkan jala pengaruhnya di luar negara. Sebaiknya mulai sekarang Tengku Alaudin diberi kesempatan untuk bersama-sama Ismail Hussein "meredah belantara budaya Melayu di luar Malaysia" agar dia sedikit demi sedikit mendapatkan momentum yang diperlukan.
Kurang pasti apakah idea cuba mengenengahkan pemimpin pelapis dalam Gapena pada waktu ini meruapakan satu langkah positif, terutama ketika Gapena sedang merancang kegiatan untuk menyambut Ulang Tahun ke-30 penubuhannya tahun 2000 nanti? Cuma satu hal jelas bahawa Gapena sebagai badan induk kepada 23 badan gabungannya telah sepatutnya mula mencari dan mempersiapkan pemimpin pelapisnya menuju alaf baru. Adalah tidak wajar keadaan kepemimpinan dibiarkan berada dalam kekosongan sedangkan Gapena harus terus menonjol sebagai satu-satunya pertubuhan NGO yang mewakili kaum budayawan dan seniman di peringkat nasional. Dua tiga biji bintang yang mula bergemerlapan di alam cekrawala seni budaya kita hari ini sudah sepatutnya diberikan perhatian. Salah satu daripadanya ialah Tengku Alaudin Tengku Majid, yang banyak berjasa meningkatkan dan menghidupkan seni budaya kebangsaan di peringkat kementerian. Tidak siapa yang berani menolak kemungkinan Akademi Seni Kebangsaan yang semakin popular di kalangan seniman muda untuk menimba ilmu merupakan salah satu kegiatan kementerian yang Tengku Alaudin sendiri menjadi "tangan pentingnya".
Bas yang membawa kami pulang ke Kuantan dari Pekan berhenti di Hotel Vistana kurang lebih pukul 12.45 tengah malam. Saya mengucapkan selamat malam kepadanya sebelum meneruskan perjalanan menuju d' Village, hotel penginapan saya kira-kira 13 kilometer ke utara. Dalam perjalanan menuju hotel, saya membayangkan keadaan Tengku Alaudin yang tidak akan sepi lagi setalah dia berusia 55 tahun di permulaan alaf baru tahun 2000. Pada usia bersaranya dia akan mula sibuk mengatur rutin hidupnya bersama para seniman dan budayawan tanah air, jauh dari kesibukan dan kerenah pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
A.F.Yassin
5 November 1999
| BERBUAL SANTAI DENGAN TENGKU ALIAS TAIB | Perginya Seorang Lagi Penghuni Sastera
Kira-kira lapan tahun lalu, saya menulis dalam ruangan ini (ketika itu dinamakan Bicara), tentang seorang tokoh penulis yang tinggi lampai dari keluarga bangsawan. Tengku Alias Taib namanya dan orang Terengganu tetapi telah menetap di Kuala Lumpur. Bekas guru dan giat menulis sejak tahun 1964 lagi dengan genre kegemarannya puisi. Kata pengulas sastera Tengku Alias cenderung melahirkan karya puisi yang ilustratif dan pictorial sifatnya, seakan-akan karya yang dilahirkan A. latiff Mohidin.
Selasa malam, saya membaca tulisan ini semula, tetapi dalam suasana yang menyebakkan. Saya membacanya setelah menziarahi jenazahnya sebaik sahaja Wahba memberitahu yang Tengku Alias meninggal dunia pukul 7.30 malam. Wahba mendapat berita duka ini dari Pyan Habib. Saya menghubungi Rahman Shaari meminta pengesahan, tetapi Rahman masih terpinga-pinga antara percaya dengan tidak. Sebabnya, baru dua hari yang lalu, Allahyarham membuat kenduri kahwin anak keduanya.
Beberapa minit kemudian, saya menerima panggilan Jamal Tukimin, penyair Singapura meminta pengesahan pula sama ada berita sedih itu betul atau sekadar gurauan. Katanya, “Masuri SN yang beritahu saya dan Masuri dapat tahu dari bapa saudara Tengku. Mereka sama-sama belajar di SITC dulu.” Wahba kemudian mengesahkan. Katanya S.M. Zakir dan beberapa orang kawan penulis sedang dalam perjalanan menuju ke rumah Allahyarham. Wahba, Kamaluddin Lela dan saya terus bergegas ke sana dan mendapati suasana muram menyelubungi malam kelam. Ramai penulis telah pun sampai antaranya yang jarang dapat ditemui pada hari-hari biasa.
Penulis-penulis ini jugalah Ahad lalu meraikan majlis perkahwinan anak Allahyarham di Dewan Serbaguna Lembah Keramat. Di majlis itu buat kali terakhir saya menemuinya. “Terima kasihlah datang. Ada juga kawan-kawan yang ingat kita,” katanya, tangannya merangkul bahu saya seperti mahu memeluk. Allahyarham berpakaian baju Melayu warna biru, masih segak dan lampai dalam usia 60 tahun enam bulan. “Silalah. Mohd Affandi Hassan dan Zubir Ali ada di dalam.” Allahyarham mempersila kami ke dalam dewan mengiringi hingga ke meja Affandi dan Zubir.
“Saya nak ke Iowa minggu depan selama tiga bulan,” katanya.
“Dewan Bahasa yang taja?” Tanya saya.
“Tidak,” jawabnya spontan dan cepat. “Orang lain.”
“Kenapa tidak Dewan Bahasa?” Allahyarham tidak menjawab sambil memandang kami dengan tersenyum.
Sebelum meninggalkan majlis, kami bersalaman dan sekali lagi dengan muka berseri Allahyarham mengucapkan rasa terima kasih yang tak terhingga melalui genggaman erat tangannya. “Jumpa lagi,” pesannya di tangga dewan sambil menyambut pula Baha Zain dan isteri yang baru sampai.
Penulis Razali Yusoff, jiran terdekat Allahyarham, merupakan antara kawan rapat Allahyarham yang paling sedih malam itu. Menurut Razali. kira-kira pukul 4.30 petang dia menelefon Allahyarham membincankan tentang rancangan ke Ipoh esoknya untuk menghadiri Sayembara Puisi Nasional. Razali akan bersamanya ke sana dengan kenderaan, bukan bersama rombongan Gapena menaiki bas. Menurut Razali, Allahyarham sedikit hampa kerana Allahyarham telah mendaftar lebih awal untuk “naik bas” bersama rombongan.
Namun rasa hampa yang dialami Allahyarham semacam telah menjadi sebahagian daripada perasaan hari-harinya. Beberapa orang kawan rapat Allahyarham pernah bercerita tentang perasaan kecewanya apabila pada tahun lalu Allahyarham tidak terpilih sebagai penerima anugerah SEA Write Award di Bangkok. Namanya turut disenarai-pendekkan. Tahun ini namanya turut tersenarai di peringkat akhir pemilihan. Jika namanya naik dan Allahyarham menjadi penerima terbaru anugerah, Allahyarham tidak akan dapat hadir kerana awal-awal lagi Allahyarham telah membuat rancangan lain ke Iowa. Tidak pasti apa ada unsur kesengajaan dalam rancangannya ini. Dan ternyata Maha Suci Pencipta menentukan segala-galanya sedangkan Allahyarham hanya boleh merancang.
Yang mengejutkan bukan sangat kerana pemergiannya, tetapi keadaan yang membuatnya “pergi”. Allahyarham tidak sakit dan jarang sakit. Kata seorang kawan, “Petang tadi dia berada di KLCC.” Menurut sumber keluarga, Allahyarham pulang petang itu seperti biasa. Kira-kira pukul 7.30 malam Allahyarham mahu menunaikan solat maghrib di tingkat atas rumahnya. Ketika di tangga Allahyarham terasa sakit di bahagian dada dan dipapah ahli keluarga untuk berbaring di ruang tamu. Di situ jugalah tidak lama kemudian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.
Orang seperti Allahyarham memang tidak kelihatan sakit kerana hampir setiap hari Allahyarham akan melakukan kegiatan rutinnya, iaitu berjalan dari Bangunan Mara di Jalan Raja Laut ke Masjid India atau kadang-kadang ke Dewan Bahasa. Malah menurut seorang kawan lain, ada tikanya Allahyarham sengaja berjalan pulang dari Bangunan Mara. Barangkali Allahyarham menganggap kegiatan itu sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Bukan tidak mungkin di sepanjang perjalanan itu Allahyarham menghayati alam kelilingnya, hutan batu dan taman kenderaan sana-sini. Suasana itu adalah sumber inspirasi buatnya mencipta, seperti halnya Latiff Mohiddin. Maka tidak menghairankan jika Allahyarham digelar penyair ilustratif dan piktorial.
Namun dalam renungan tajamnya tentang sekitaran Allahyarham melukisnya secara retrospektif, menoleh ke belakang sehingga kadang-kadang mengadunnya dengan elemen sejarah dan sentimen. Dua tahun lalu, di sebuah restoran nasi kandar di Taman Melawati, Allahyarham menyerahkan sebuah puisi berjudul “retrospektif, 2001” kepada saya. Puisi itu mengandungi 47 baris dalam lima rangkap. Rangkap terakhir benar-benar mengusik perasaan apabila Allahyarham seperti meratapi kematian Sasterawan Negara Usman Awang.
Tulisnya: Sementara itu pada satu malam/ Langit kesusasteraan Melayu Moden/ Menangis dan meratap/ akan kehilangan sebutir suara/ Kemanusiaan yang halus/ Suara halus Melayu tulen/ Suara tulen Usman Awang/ Anak Tanjung/ Yang mengembara dengan kata-kata/ Dengan kemanusiaan tanpa sempadan.
Kecuali ahli-ahli keluarganya dan kawan-kawan terdekat, tidak tahulah siapa lagi yang akan meratapi atau merasakan kehilangannya yang mengejutkan ini. Tetapi seperti kata seorang teman penulis ketika menziarahi jenazah Selasa malam, “Tidak ada yang lebih mengejutkan jika ada di kalangan kita yang dapat menyelam rasa hatinya, terutama dalam setahun dua kebelakangan ini. Allahyarham pernah berkata siapalah saya dan saya tak reti nak bermuka-muka apatah lagi nak meminta-minta.” Tidak pasti apa maksud kata-kata teman penulis itu tetapi itulah yang terpendam dalam jiwa penyair yang namanya berpenakan T. Alias Taib. Allahyarham dianggap kawan-kawan sebagai penyair kawakan, tetapi anggapan ini nyatanya belum cukup untuk diberi pengiktirafan sedemikian oleh birokrat dan institusi kesusasteraan, terutamanya. Ends.
| BERTEMU JINS DI PERFIMA JALAN AMPANG | Senator Jins Shamsudin
Oleh A.F.Yassin
Seniman Jins Shamsuddin kini seorang Senator, setelah beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Oktober 2004 yang lalu. Bagi kebanyakan orang filem perlantikan Jins selama dua tahun itu adalah puncak perjuangan yang tidak pernah selesai sejak setengah abad yang lalu. Malah ia merupakan lambang pengiktirafan kerajaan terhadap jatuh bangunnya perusahaan filem Melayu. Orang filem tahu kegigihan Jins yang cuba memecahkan monopoli dua gergasi filem tanah air sejak tahun 1950an lagi, iaitu Shaw Brothers dan Cathay Keris. Maka perlantikan Jins sebagai senator tidak dipertikai sesiap malah dialu-alukan oleh masyarakat seni.
Jins beruntung kerana beliau satu-satunya seniman yang masih aktif dalam perjuangan ini. Dalam usia 69 tahun, Jins bergerak melalui agendanya, kadang-kadang direstui dan kadang-kadang bersendirian. Walaupun agendanya filem dan masa depan perfileman tetapi Jins menggunakan pelbagai cara dan strategi, walau kadang-kadang melimpahi ke sempadan seni yang lain, termasuk sastera-budaya. Malah Jins kini aktif juga dan (seni?) politik.
Bidang-bidang ini seperti telah menyatu dalam dirinya sehingga akhirnya beliau dilihat wajar mewakili masyarakat seni di Dewan Negara. Jins terhutang budi dengan “guru yang juga mentor”nya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah memperkenalkannya dengan dunia dan seni perfileman. Filem-filem seperti “Anakku Sazali”, “Sarjan Hassan” dan “Panca Delima” mengaitkannya dengan P. Ramlee.
Bersama P. Ramlee, H.M.Shah, Jaafar Abdullah, Jins berusaha menjayakan Perusahaan Filem Nasional (Perfima) yang mereka tubuhkan di Kuala Lumpur pada November 1972. Mereka disertai pemodal-pemodal tempatan dan beberapa orang bekas pekerja Shaw Brothers. Perfima mendapat bantuan MARA, UDA dan Bank Bumiputra. Dengan modal RM5 juta, Perfima diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan filem Melayu tahun 1950-60an, malah dalam pada itu Perfima turut diharapkan menjadi wakil tunggal mengimport dan mengedarkan filem-filem asing di negara ini.
Sayangnya H.M. Shah dan P. Ramlee meninggalkan Perfima atas sebeb-sebab peribadi dan menubuhkan Syarikat Perfileman Rumpun Melayu Sdn Bhd. Syarikat ini tidak mengeluarkan filem tetapi sekadar mengimport filem asing untuk tayangan dalam negeri. Nasib tidak menyebelahi syarikat ini kerana P. Ramlee meninggal dunia dan syarikat itu seperti hidup segan mati tak mahu. H.M. Shah begitu mengharapkan pengalaman dan kepakaran P. Ramlee untuk menjaya syarikat itu.
Dalam peretmuan eksklusif saya dengan Jins di Perfima yang berpejabat di Jalan Ampang untuk “write-up” majalah Dewan Masyarakat pada tahun 1973, Jins bercerita tentang suka-duka sebagai anak wayang. Monopoli dua gergasi filem waktu itu sungguh-sungguh “mencekikkan”. Katanya, “Perfima, sebuah studio yang bertujuan mengeluarkan filem-filem bermutu dan mengedarkan Indonesia kini sedang perlahan-lahan dicekik oleh Shaw Brothers.” Bagaimanapun ketika itu Jins yakin “lambat laun benteng monopoli ini roboh juga akhirnya.”
Jins mengemukakan berbagai-bagai cadangan untuk memecah monopoli ini, termasuk campur tangan kerajaan. Antara cadangannya membangunkan panggung sendiri, mengadakan kuota import filem asing untuk melindungi pengeluaran filem tempatan dan mempastikan filem-filem yang diimpot tidak bertentangan dengan konsep Rukunegara. Lebih penting semua filem import hendaklah bersarikatakan bahasa Melayu sahaja.
Cadangan Jins yang mengaitkan filem dengan budaya begitu ditekankan. Menurutnya, kerajaan perlu campur tangan dalam mengimport filem asing. Jins yakin banyak filem asing boleh merosakkan “peradaban bangsa. Masyarakat ditonjolkan dengan kisah seks melulu, keganasan dan sebagainya. Kesannya kian nyata bila dadah, ganja, curi, rampas, rogol dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini.”
Di Dewan Negara, Senator Othman Abdullah mengulangi kebimbangan Jins ini. Katanya, “Keluar sahaja dari bangunan Parlimen kita terus melihat anak-anak muda berasamara di sana sini di Taman Bunga.Tentu ini adalah kesan menonton filem-filem seks.” Sementara Jins mengulangi cadangannya itu dalam Seminar Ekonomi Bumiputra yang diadakan di Universiti Malaya tahun 1973.
Kini, masyarakat filem menaruh harapan kepada Jins untuk terus menyuarakan rintihan dan harapan mereka di Dewan Negara. Platform perjuangan Jins tidak lagi setakat Studio Panca Delimanya, tetapi semakin membesar dan bersigfat lebih rasmi dan nasional di Dewan Negara. Sebagai senator yang turut aktif dalam politik, Jins mempunyai peluang sepenuhnya untuk memperjuangkan bidang yang telah menjadi darah dagingnya.
Jins mampu dan boleh melakukan sesuatu. Ini anggapan orang filem. Walaupun rancangan untuk mengeluarkan filem “Pasir Salak”nya masih tertangguh dan dipersoal sesetengah pihak, namun baginya Pasir Salak telah menjadi masalah remeh dengan adanya platform yang lebih besar ini. Kata seorang peminatnya, “Minta-minta Jins dengan mencicah usia lanjut itu akan terus diberikan kekuatan, rohani dan jasmani untuk menyuarakan keluahan anak wayang. Jins perlu mendekati mereka bukan sebagai saingan tetapi sebagai sumber inspirasi untuknya berhujah dalam Dewan Negara.”
Penglibatan Jins dalam bidang sastera-budaya amat membantu. Jins banyak teman di kalangan penulis dan aktivis budaya. Ini dapat dilihat melalui kekerapannya hadir dalam majlis-majlis anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena). Jins tidak kekok bergaul mesra dengan anggota kerabat. Barangkali sudah menjadi tanggung jawabnya begitu kerana Jins ahli persatuan penulis nasional (Pena) dengan nombor urutan 191. Penglibatannya tidak sekadar memenuhi undangan atau menggenapkan jumalah ahli tetapi turut giat di lapangan.
Ketika berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara di Ujung Pandang, Makasar, Indonesia pada tahun 1986, Jins merupakan salah seorang daripada 69 anggota perwaikilan Gapena yang turut hadir. Setiap anggota perwakilan mungkin tidak dapat melupakan bagaimana sibuknya Jins macam lipas kudung menguruskan bagasi dan “check-in” di lapangan terbang Jogjakarta dan Bali. Pada 19 November, ketika penerbangan Jogjakarta-Ujung Pandang tergendala hampir satu jam, akibat karenah birokrasi terminal, Jins ke sana ke mari bersama beberapa orang pemimpin Gapena, termasuk Tan Sri Ismail Hussein menyelesaikan masalah. Sehingga ke hari ini kami anggota rombongan tidak pernah dimaklumkan secara rasmi punca penerbangan tergendala.
Usaha Jins seperti ini datangnya secara sukarela dan kerana cintanya kepada cabang yang turut menjadi profesionnya. Tidak siapa yang menyuruhnya. Sebagai seniman besar dan menjadi idola remaja, Jins boleh sahaja mendiamkan diri di satu penjuru balai berlepas. Tetapi Jins tidak berbuat demikian. Dalam pada itu pandangan yang diberikan dalam majlis-majlis dialog atau makan malam di Rumah Gapena mencerminkan gejolak rasanya dalam bidang yang beliau telah benar-benat menjadi sebahagian daripada periuk nasinya pula.
Sastera dan filem, dua genre dalam satu kesatuan yang terbaur diri manusia yang bernama Jins. Beliau bukan jin yang menjelmam dalam diri manusia. Sesekali berbual dengannya dalam majlis-majlis anjuran Gapena, saya mengingatkan kembali kepada pertemuan di pejabatnya Perfima tahun 1973 itu. Ketika saya dipersilakan masuk oleh seniman Wahid Satay yang berada di pintu pejabat, saya terlihat Jins sudah pun berada di mejanya. Di atas meja ada sebuah buku. Tidak pasti apakah dia sedang khusyuk membacanya atau sedang berlakon membaca. Melihat saya masuk Jins bingkas bangun dan menghulurkan tangannya. “Saya tengah baca novel ini untuk cuba nak buat filem,” katanya tanpa ditanya. Ends.
| ZIARAH KE RUMAH PAK AWAM DI PJ | AWAM-IL-SARKAM
MASIH MAHU MENERUSKAN KEGIATAN MENULIS
Oleh A.F.Yassin
Seorang lelaki berkopiah putih keluar dari rumahnya di Seksyen 14 dengan membawa bakul sampah. Lalu dia tuangkan isi bakul itu ke dalam tong sampah di depan rumah.
"Ini Pak Awamkan?" tegur saya sambil keluar dari kenderaan.
Lelaki itu memerhatikan seketika dan dahinya sedikit berkerut barangkali dengan tanda tanya.
"Saya Fadzil. Dulu kita sama di Dewan Bahasa."
"A.F.Yassin?" tanyanya dengan bola matanya mencari-cari sesuatu di muka saya.
"Ya!"
"Masuk, masuk. Aku tak kenal lagi engkau. Maklumlah dah lama tak jumpa.Masuk!" pelawa Pak Awam. Nama penanya Awam-il-Sarkam. Nama sebenarnya Abd. Wahab Muhammad, salah seorang anggota sidang pengarang majalah Dewan Masyarakat pada zaman Keris Mas, Usman Awang dan M. Noor Azam di Dewan Bahasa dan Pustaka.
"Awang Had (Tan Sri) kata nak datang. Tunggu juga. Semalam Asraf datang. Sahaja nak sembang-sembang. Aku baca juga dalam surat khabar kau dah terbitkan buku baru. Tapi harganya mahal sangat, sampai RM59," katanya sambil mempersilakan saya duduk.
Demikianlah, saya mengunjungi Pak Awam di rumahnya baru-baru ini setelah satu dekad tidak bertemu. Dalam pertemuan kira-kira sejam itu Pak Awam terus bercakap tanpa henti, seperti dia mahu melepas gian. Saya lebih banyak mendengar daripada bertutur. Selama sejam bersamanya itu saya melihat ada sesuatu yang hilang daripadanya. Lelucon Pak Awam ketika menjadi anggota sidang pengarang majalah di Dewan Bahasa pada tahun-tahun 1970an dahulu kini sirna.
Pak Awam banyak bersembang fasal keluarga, fasal saudara mara, kawan dan tokoh bukan sastera seperti Datuk Ismail Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara, Ismail Hamzah, bekas pensyarah UPM dan Wahab Yaakob bekas Akuntan Penerbit Fajar Bakti. Kesemuanya berasal dari Sarkam, kampung Pak Awam di Melaka.
Setelah itu Pak Awam bercerita pula tentang kerjaya masa lalunya. Katanya dia tidak boleh lupa arahan Jepun pada zaman Malaya dikuasai penjajah negara matahari terbit itu untuk membuat garam di Serkam. Ini kerja pertamanya sejak berhenti sekolah.Setelah itu "aku pelihara itik dengan makanannya ulat-ulat dari ikan yang ditanam. Kau tahu dengan memberi makan ulat ikan, itik cepat bertelur. Tapi aku bubarkan sahaja kerja pelihara itik ini kerana telur-telur itik aku banyak dikebas orang."
Cerita Pak Awam lagi, "Aku ke Singapura kerja dengan akhbar Melayu Raya. Ketua aku Cikgu Harun al-Rashid. Kemudian Asraf bawa aku masuk Utusan Melayu. Ketika aku bekerja dengan Utusan Melayu di Kuala Lumpur ada mogok. Barangkali kerana banyak berembun aku dapat semput. Baru setelah itu aku dapat tawaran kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Za'aba yang interview tapi barangkali dia kenal aku kerana melalui tulisan aku, dia langsung tak payah interview aku."
Saya benar-benar kehilangan sesuatu semasa berada bersama Pak Awam kali ini. Saya rindukan kata-katanya yang lucu, rindukan "Dol Keropok" dan "Haji Tahir"nya. Gerakan tangan kanannya sambil mengatakan "Hebat Kau Din dan Tak Boleh Cakap" kepada pengarang Shamsuddin Jaafar tidak lagi kelihatan. Bagi saya Pak Awam pada hari itu adalah seorang lelaki bernama Haji Wahab Muhammad yang telah menapak teguh di alam real. Dalam pada itu wajahnya bersih, nampak berseri dan ceria. Ada ketenangan dan kedamaian di wajah itu.
Sebentar kemudian Pak Awam masuk dan membawa keluar beberapa fail tentang penglibatan dirinya dalam dunia persuratan. Ada kertas kerja dari kolokium DBP, yang diadakan pada Oktober1998 yang lalu. Ada kertas kerja tentangnya yang ditulis oleh Mawar Shafie. "Kau kalau hendak, ambillah, tapi pulang balik. Inilah satu-satunya yang aku ada,"katanya. "Lagi pun, Karim (Abdullah) sedang mengumpulkan cerpen-cerpen aku dalam antologi Pengintipan yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa. Ada 44 buah semuanya."
Usia pak Awam 81 tahun, tapi dia masih sihat dan kuat. Daya ingatannya masih dapat bertahan. "Kerja dengan DBP 11 tahun tapi aku dah pencen 21 tahun," ujarnya. Pak Awam mula bertugas di DBP pada bulan Disember 1962 dan bersara pada 13 September 1973. Berdasarkan rekod, Pak Awam sempat menulis 34 buah puisi, 69 buah cerpen dan 172 esei dan kritikan (Jurnal Dewan Bahasa, 1976). Dua buah buku bentuk antologi cerpennya yang terkenal ialah Putih Mata (1964) dan Pucat Bukan Main (1965). Antologi cerpen Pengintipan yang bakal terbit itu barangkali akan mewakili keseluruhan hidup Pak Awam dalam dunia persuratannya yang dia ceburi sejak tahun 1948. Empat cerpen terakhirnya yang ditulis dalam tahun 1969 bertemakan agama. Cerpen-cerpen itu ialah "Menangis Hingga ke Pagi", "Ekspres ke Syurga", "Si Bebal Jadi Mangsa" dan "Malam Pengantin".
Orang kenal Pak Awam sebagai salah seorang pengasas ASAS 50 dan menjadi salah seorang anggota Jawatankuasanya. Tiga belas buah cerpennya yang diantologikan dalam Putih Mata dan 16 dalam Pucat Bukan Main mewakili keyakinannya terhadap fahaman "seni untuk masyarakat" yang didukung dalam ASAS 50. Seni, bagi pak Awam adalah satu alat pengucapan fikiran dan perasaan yang mesti digunakan untuk melahirkan kesedaran dan keinsafan manusia terhadap masalah hidup manusia itu sendiri. Dalam kata lain, seni berfungsi sebagai alat sosial dan memperjuangkan untung nasib manusia. Keseluruhan ada lima persoalan yang diungkap Pak Awam melalui cerpen-cerpennya. Pertama persoalan keinsafan manusia, persoalan jurang kaya miskin, persoalan kesucian di kalangan si miskin, persoalan kebuasan di kalangan si kaya dan persoalan rasa persatuan di kalangan kaum pekerja. Pak Awam bagaikan sudah komited dengan semua persoalan ini. Di sinilah letak kekuatan Pak Awam sebagai penulis cerpen. Keyakinannya terhadap seni untuki memperjuangkan kehidupan masyarakat sehaluan dengan rakan-rakan seangkatannya dalam ASAS 50 seperti Keris Mas, Usman Awang atau Asraf.
"Tak teruskan menulis?"
"Ingin itu ada, nak tulis cerpen saja. Nak tulis novel, panjang sangat. Mungkin cerpen pertama setelah berhenti pada tahun 1969 akan bertemakan agama," jawabnya. "Dah tua-tua begini, apa lagi yang aku nak cerita."
Tua Pak Awam tua orang lama. Masih bertenaga. Ini diakuinya apabila dia berkata "aku masih kuat dan masih memandu kereta dengan laju seperti anak muda. Calang-calang orang tua tak boleh lawan aku." Kata-katanya serius, bukan jenaka. Dan sepanjang perbualan, tidak sedikit pun Pak Awam mahu berjenaka.
Kurang pasti angin kedua dari mana yang diperoleh Pak Awam kerana cita-citanya ingin terus menulis. Apakah dia didorong oleh keaktifan SN Abdullah Hussein yang seangkatan dalam usia dan kegiatan persuratan atau pak Awam "tengah sarat mengandungkan buah fikir keratifnya" untuk dilahirkan "ke dunia sastera". Dan tentunya Pak Awam teringatkan tulisan-tulisan lamanya, terutama cebisan daripada eseinya yang termuat dalam Esei Sastera ASAS '50 seperti yang dikutip Mawar Shafie: "Corak-corak penderitaan yang dilahirkan sebanyak-banyaknya sebagai satu yang relaistik dalam masyarakat kita, adalah sebagai satu alat untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan rakyat harus bangun menguasai dirinya mencari kebenaran serta mengisi sikap berani dalam jiwanya, berikhtiar untuk membaiki segala rupa kerosakan hidup baik dalam segi perseorangan mahupun dalam segi masyarakat…"
Walaupun penderitaan sesetengah golongan masyarakat hari ini berbeza dengan penderitaan pada zaman muda Pak Awam, namun kebersamaan dari segi kemanusiaan tetap wujud. Kebersamaan dari aspek kemanusiaan inilah yang menjadi asas bagi Pak Awam meneruskan kegiatan persuratannya, dengan agama menjadi sandaran kekuatannya. Yang dipohon hanya kesihatannya tidak terganggu dan baginya tidak ada yang lebih menyihatkan selain berzikir sepanjang masa mengingatiNya.
"Terima kasihlah datang. Ada juga orang nak tengok aku. Maklumlah dah tua-tua ini…" kata Pak Awam sambil mengiringi saya ke muka pintu. Fail kolokium DBP masih dikepitnya, bagaikan satu iysrat darinya bahawa dia telah siap untuk memulakan semula penciptaan karya kreatifnya. Sama-samalah kita tunggu kelahiran cerpen pertrama daripada kebangkitan baru pengarang veteran Awam-il-Sarkam, juga penerbitan antologi cerpennya yang berjudul Pengintipan kelolaan A. Karim Abdullah!
A.F.Yassin
25 Februari 1999.
| JAMAL SHAH YANG SAYA KENAL | JAMAL SHAH: AKTIVIS NGO YANG JUGA PENULIS
Terakhir saya berbual dan melawak dengannya ketika di Pekan Baru, Riau menghadiri Festival Kebudayaan Melayu anjuran pemerintah daerah Riau. Itu kira-kira tiga tahun yang lalu. Ketika bersama Jamal Shah, kita tidak akan mengantuk atau rasa bosan. Ada sahaja cerita yang dibawanya. Seronok malah mengasyikkan. Kawan-kawan yang rapat dan yang jarang jumpa cukup senang berada bersamanya. Jika diajak berbual, dia seperti tidak punya nokhtah.
Banyak perkara yang dibualkan dan tentunya yang lebih diutamakan kisah dunia persuratan, termasuk dunia kewartawanan. Beberapa bulan lalu saya menghubunginya di Melaka dan kami bercerita lagi. Daripada perbualan kami itu ternyata Jamal masih juga tidak luntur minat untuk terus menulis. Malah menurutnya, kini dia menjadi penulis bebas untuk majalah dan akhbar, terutama di Indonesia.
Dia bercerita tentang nasib karyanya yang kekurangan dana untuk penerbitan. Katanya, buku Jejak-Jejak Ke Tanah Haram diterbitkannya dengan dana terhad sehingga dengan demikian "edarannya juga terhad". Begitu juga dengan bukunya "UMNO Melaka Kumpulan 11". Barangkali dia menerbitkan buku-bukunya sendiri melalui tajaan orang perorangan. Barangkali juga dia memikirkan bahawa untuk menerbitkan buku-bukunya oleh penerbit-penerbit bona-fide tentu memakan tempoh lama. Dia tidak sanggup menunggu lama ketimbang isu yang dikemukakan adalah bersifat semasa.
Yang mengkagumkan saya tentang Jamal ini ialah kegiatannya dalam pelbagai bidang penulisan - cetak dan elektronik. Dia menulis untuk media cetak dan juga media elektronik. Dia menulis rencana sebagai penulis bebas untuk akhbar tempatan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Utusan Melayu, kebanyakannya dalam bentuk kisah berita dan berita rencana. Dan di media elektronik dia pernah satu ketika dahulu menjadi penulis ruangan "Sinar Desa" terbitan Radio Malaysia, kelolaan Majid Kayat. Jamal mula menulis ketika masih bersekolah dalam tahun 1962. Tulisan pertamanya ialah "Melaka Dahulu Kala". Sejak tulisan pertamanya itu dia tidak lagi menoleh ke belakang sehingga hari ini dengan usianya menjangkau 53 tahun 16 Oktober depan.
Jamal masuk dunia persuratan, khususnya persuratkhabaran melalui satu peristiwa menarik yang baginya tidak akan mudah dilupakan. Peristiwa itu menyangkut namanya "Jamal Shah". Nama ini bukan nama sebenarnya kerana namanya, kalau mengikut kad pengenalan rasmi ialah Mat Jamal bin Abu Sah. Dia bercerita "nama Jamal Shah bukanlah saya cipta sendiri tetapi ia adalah hasil tulisan pertama saya yang disiarkan dalam Berita Minggu." Menurutnya tulisannya berjudul "Menanti Di Ambang Syurga", iaitu sebuah rencana tentang drama yang dipentaskan oleh Persatuan Belia Angkatan Seni Remaja Ujung Pasir. Ketika itu pengarang Berita Minggu ialah A. Samad Ismaiil (kini Tan Sri). "Samad Ismaillah yang mencipta nama Jamal Shah," katanya.
Ciptaan A. Samad Ismail ini melekat sampai hari ini. Malah, nama Jamal Shah semacam sudah sebati dengan jiwa dan orangnya. Orang tidak akan kenal siapa Mat Jamal Abu Sah, kecuali barangkali keluarga dan kawan-kawan sekampung terdekat. Dalam dunia persuratan siapa tak kenal Jamal Shah, penulis rencana berita yang gigih, satu ketika dulu, yang punya "dateline" Melaka.
Untuk mengetahui selok-belok penulisan kisah berita dan rencana berita Jamal mengikuti kursus kewartawanan di South East Asia Press Center di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Dan dalam penulisan dia menggunakan beberapa nama samaran seperti A.S. Jaha, Yukri Ananda, Awang Cik Tunggal dan Jamal Shah sendiri. Namun nama terakhir itulah yang masih melekap di dada surat khabar dan majalah.
Jamal sebenarnya merupakan seorang aktivis dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), khususnya pertubuhan belia. Dia anggota aktif dalam Angkatan Seri Remaja Ujong Pasir dan Pergerakan Belia 4B Malaysia. Disebabkan kegiatannya itu dia pernah dihantar ke Jerman untuk mengikuti kursus lanjutan belia anjuran Friedrich Ebert Stiftung dan ke Singapura anjuran People's Association. Keterlibatan aktifnya dalam bidang belia ini turut membawanya berkunjung ke London, Kanada, Kuwait dan Indonesia.
Kurang jelas apakah Jamal masih terus aktif dalam bidang ini kerana melihat usianya yang sudah melewati setengah abad, ada kemungkinan kegiatan itu telah banyak dikurangi. Biasanya orang masih aktif dalam persatuan belia jika usianya di bawah 40 tahun. Namun mana tahu pengalaman Jamal masih diperlukan mengingat pengalaman luas dan kematangannya dalam mengurus persatuan belia dan kumpulan anak-anak muda yang lain.
Berani saya katakan bahwa Jamal Shah tidak pernah bertugas luar dari Melaka. Bukan itu sahaja malah alam persekolahannya sejak kecil masih di bawah langit bumi Hang Tuah itu. Misalnya, tahun 1953 dia belajar di Sekolah Melayu Merlimau. Setelah itu dia pindah belajar di Sekolah Melayu Ujong Pasir dan akahirnya dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Anglo-Chinese, Melaka. Pada tahun-tahun 1970an dia menulis dari Melaka, tahun 1980an di menulis juga dari Melaka dan kini tahhun 1990an, dia tetap mengirimkan karyanya dalam bentuk rencana berita dari Melaka.
Ramai penulis lebih daripada faham akan negeri Melaka mempunyai banyak persatuan penulis. Malah ada yang kurang mengerti pula mengapa Melaka, salah sebuah sebuah negeri yang terkecil di Malaysia mempunyai begitu banyak persatuan penulis. Negeri jirannya Johor, cuma ada satu atau dua persatuan penulis iaitu Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Lembaga Bahasa Melayu Muar, sementara Negeri Sembilan juga dua, iaitu Persatuan penulis Negeri Sembilan (PEN) dan Persatuan Penulis Sastera Negeri Sembilan (PESAN). Berbanding jumlah penduduk atau jumlah penulis dan peminat sastera yang lain, kedua-dua negeri jiran Melaka ini jauh lebih banyak.
Masih saya ingat tentang jemputan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia, Cawangan Daerah Melaka Tengah pada Januari 1982. Saya dan Maarof Saad telah diundang untuk mengambil bahagian dalam Bengkel Penulisan Karyawarta MAYC Melaka Tengah sebagai ahli panel satu forum yang bertajuk "Ke arah pembentukan sebuah badan penulis yang tunggal di Negeri Melaka." Kami juga diminta memberikan ceramah atas tajuk "penulisan rencana termasuk rencana sastera." Surat jemputan ditandatangani oleh pengerusi bengkel Ahmad Hj. Taib.
Saya percaya Jamal Shah memainkan peranan juga dalam perjalanan bengkel ini kerana ketika dua hari di Tapian Gelanggang, Air Keroh, Jamal tetap ada bersama. Bidang belia dan persuratan yang dia ceburi menambah kepercayaan saya itu. Saya tidak beberapa ingat apa yang saya perkatakan di forum malam itu. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan Maarof. Tetapi satu yang jelas ialah pertanyaan peserta "Mengapa Melaka yang kecil dan tidak ramai penduduk, khususnya penulis, mempunyai begitu banyak persatuan penulis, iaitu empat buah?"
Jamal bercerita kepada saya beberapa bulan yang lalu. Katanya, dia, Ajikik (Ismail Ahmad), Salim kassim, Noor S.M., Kou Yok Liong dan beberapa teman penulis yang lain berusaha menubuhkan sebuah persatuan penulis negeri Melaka. Persatuan itu kini dikenali dengan nama Persatuan Penulis Melaka (PANAMA). Penubuhannya dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Hj Talib Karim di Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober 1969. Jamal sendiri pernah dua kali menjadi setiausaha PANAMA.
Di samping PANAMA ada pula persatuan penulis Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM) dan Tun Sri Lanang. Pada tahun 1980an, Jamal dikatakan kurang persefahaman dengan ahli jawatankuasa PANAMA, lalu meninggalkan persatuan untuk menganggotai Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM) dan menduduki kursi ahli jawatankuasanya. Melaui LBM ini Jamal semakin mendekatkan dirinya dengan kegiatan Gapena dan melalui LBM juga Jamal dihantar mengikuti pelbagai kursus, seminar dan simposium terutama di Kuala Lumpur.
Ada yang berkata Jamal punya potensi menjadi salah seorang pemimpin persatuan penulis. Pengalaman luas dalam gerakan belia dan badan NGO lainnya merupakan aset yang boleh dimanfaatkan. Potensinya untuk kemungkinan mencantumkan semua badan penulis di Melaka itu amat besar. Sebabnya Jamal juga mempunyai pengalaman mencurahkan khidmat dalam dua persatuan, iaitu PANAMA dan kini LBM. Saya kira Jamal mesra dengan pemimpin empat persatuan penulis ini dan merupakan orang penghubung terbaik untuk melihart kemungkinan mengurangi jumlah persatuan penulis ini. PANAMA kini diketuai Othman Muhamad, LBM oleh Prof. Madya Dato' Dr. Abd. Latif Bakar, IPM oleh Hj Mokhtar Yassin sementara Tun Sri Lanang kurang mahfum siapa ketuanya atau apakah ianya masih wujud.
Saya kira Jamal masih mesra dengan ketiga-tiga ketua I ini. Bagi Jamal mereka pejuang-pejuang kesusasteraan yang telah tahan diiuji zaman seperti halnya Jamal sendiri. Jamal tak berat mulut dan sebarang inisiatif darinya ke arah penyatuan keempat-empat persatuan itu ada baiknya diberikan pertimbangan. Jika hal ini dapat dimulakan dan Jamal menjadi orang penghubung, mana tahu suatu waktu terdekat ini Gapena akan dipaksa menimbangkan semula keahlian tiga persatuan penulis Melaka untuk digabungkan menjadi satu. Dan saya yakin, walaupun bunyinya mudah, tetapi sebarang kejayaan menyatukan penulis Melaka akan mengurangkan kata-kata perli penulis-penulis luar Melaka yang sering kita dengar suatu waktu dahulu dan juga sekarang: " Di Melaka lebih banyak persatuan penulis daripada penulisnya sendiri."
Andainya usaha menyatukan penulis Melaka ini di bawah satu bumbung persatuan, maka Jamal Shah yang menjadi penggerak dan penghubung akan menjadi aktivis NGO yang paling berjaya di Melaka. Dan jangan lupa Jamal masih terus aktif menulis, terutama dalam bidang rencana berita. Katanya, "Saya sekarang sedang menyiapkan Gugurnya Sebutir Bintang." Bunyinya semacam karya fiksyen, tetapi mana tahu ia sebuah karya biografi!
A.F.Yassin
24 September 1999.
| MENGUNJUNGI GUNUNG DAIK DI PULAU LINGGA | Rencana ini telah disiarkan dalam majalah berita mingguan MASSA, 17 Julai 1999 yang lalu
KEMBARA BUDAYA KE SEJARAH SILAM
Oleh A.F.Yassin
Ada sesuatu yang mengusik jiwa ketika saya menjejakkan kaki di Pulau Daik Lingga 5 Julai lalu. Bulu roma tegak berdiri apabila lebih 70 orang anggota rombongan Perkampungan Penulis Melayu Serumpun dari Malaysia, Singapura, Negeri Thai, Filipina dan tuan rumah Kepulauan Riau ditaburi beras kunyit melalui sambutan penuh adat Melayu oleh masyarakat Daik. Kemesraan datang spontan dalam dialek dan adat resam yang sama. Para pembesar Kecamatan Lingga dan Kelurahan Daik menyambut kami lengkap berpakaian baju Melayu. Sesampainya rombongan di dataran Kota Daik, yang dahulunya pasar, ribuan masyarakat Daik telahpun menunggu dengan pakaian cantik berwarna warni.
Bekas Imam Mesjid Sultan Daik Lingga, Haji Abdul Ghani menjelaskan bahawa ramai warga Daik yang bekerja di pulau-pulau berdekatan seperti Dabosingkep, Batam, Bintan serta pulau-pulau yang lain pulang, semata-mata ingin ikut serta dalam perayaan tiga hari sempena Perkampungan penulis Melayu Serumpun ini.
Gunung Daik masih dilindungi awan ketika kami sampai, walaupun cuaca cukup panas. Sehingga dengan demikian kami tidak berpeluang melihat gunung yang masyhur dengan cabang tiganya itu. Namun keramahan masyarakat Daik mengurangi kekecewaan itu Menurut penduduk tempatan cabang gunung itu telah "patah satu tinggalah dua". Sepatah kata Datuk Prof Zainal Keling, "Disitulah letaknya misteri Gunung Daik. Ia begitu ilusif."
Umumnya sambutan yang diterima rombongan boleh disimpulkan daripada pandangan Ketua I Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Hj Ismail Hussein, "Saya begitu terharu dengan sambutan. Rasa keterikatan begitu mencengkam, seolah-olah orang Daik ini saudara rapat yang dipertemukan semula setelah sekian lama hilang."
Perasmian perkampungan selama tiga hari ini dilakukan Gabnor Riau, Hj. Saleh Jasit, SH. Sebelum melafaz rasmi perkampungan Hj. Saleh berpantun:
Gunung Daik bercabang tiga
Nampak tersenyum dari Selat Melaka
Adat resam dan nilai budaya
Pusaka yang harus kita bina bersama.
Sememangnya budaya dan adat resam di Daik Lingga khasnya tidak dapat dipisahkan, walaupun oleh eniti politik yang berbeza. Implikasi daripada dasar pecah dan perintah penjajah Belanda dan Inggeris abad lampau tidak sedikitpun menjejaskan kebersatuan budaya dan adat resam bangsa Melayu di Nusantara. Di Daik sendiri penduduknya mengamalkan adat dan budaya yang sama seperti di Malaysia, khususnya Johor, Riau, Brunei dan Singapura. Tutur kata sehari-hari, pemakanan dan cara berpakaian orang Daik saling tak tumpah seperti orang Melayu di daerah lain Nusantara dan alam Melayu. Semua anggota rombongan ke perkampungan ini seperti berada di tengah-tengah keluarga sendiri apatah lagi mereka mendapat "berkeluarga angkat" semasa tinggal di Daik.
Memang benarlah Daik Lingga adalah bunda tanah Melayu. Raja Hamzah Raja Yunus, generasi keenam daripada waris keturunan Raja Haji Fisabilillah, Yamtuan Muda Riau ke-4 mengungkapkannya demikian. Raja Hamzah, Ketua Pusat Maklumat Kebudayaan Melayu Riau berkata, "Daik itu pernah menjadi pusat Kerajaan Lingga-Riau selama kurang lebih 120 tahun. Sebagai pusat kerajaan tentu di sana juga sebagai pusat pengembangan budaya, adat istiadat, serta agama. Dengan demikian pada suatu ketika memang pantas Daik-Lingga dikatakan sebagai bunda tanah Melayu.
Sebagai saksi sejarah kepada keagungan silam kerajaan Daik, terdapat empat makam sultan Melayu, iaitu Makam Sultan Mahmud Riayat Shah, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Muhammad dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II. Ada pula makam Yang Dipertuan Muda Riau ke-10, Raja Muhammad Yusuf. Kemudian terdapat pula bekas lima buah istana, iaitu Istana Pengkalan Kenanga, Istana Keraton, Istana Damnah, Istana Robat dan Istana 44 bilik. Istana terakhir ini tidak sempat siap kerana sultannya telah dipecat Belanda.
Untuk melihat keagungan kerajaan Riau-Lingga di tanah Daik tidak sukar seperti diakui Raja Hamzah. Sebabnya, semasa Daik menjadi pusat kerajaan, ia pernah mengembangkan budaya fikir yang dituangkan dalam bentuk tulisan. Katanya, "Masih banyak naskhah lama tentang kerajaan Daik Lingga atau yang berkaitan dengan masalah budaya serta agama yang ditulis oleh pengarang tanah Lingga. Naskhah itu sekarang masih banyak dan masih dapat dibaca. Jadi tidak begitu sulit kalau ada orang yang mahu menelaah tentang kebesaran kerajaan Riau-Lingga di Daik."
Salah seorang penduduk Daik yang masih banyak menyimpan naskhah lama ialah Tengku Husein Saleh, generasi keenam daripada keturunan Sultan Muhammad Muazzam Shah yang memerintah Riau Lingga dari tahun 1830 hingga 1841. Dalam pertemuan singkat kami (Datuk Prof. Zainal Keling, Prof. Amat Johari Moain, Prof. Madya Zainal Borhan dan Raja Hamzah) satu petang dengan beliau, Tengku Husein bukan sahaja memperagakan naskhah-naskhah lama yang ditulis tangan, tetapi juga membentangkan carta salsilah keturunannya. Tengku Husein menyelusuri salsilah keturunannya seawal Sang Nila Utama yang digelar Sri Tri Buana dan berayahkan Sang Saperba dari Bukit Siguntang, Palembang. Sang Nila Utamalah yang menemui Tumasik (Singapura) dan menjadi raja pertama Singapura pada tahun 1160.
Menurut salsilah itu, Singapura diperintah oleh lima orang raja, iaitu Sri Tri Buana sendiri, Sri Pekermawira (1203), Sri Ratna Wikarma (1223), Sri Maharaja (1236), Sri Iskandar (1249). Sewaktu pemerintahan Sri Maharaja, Singpaura telah dilanggar todak dan sewaktu pemerintahan Sri Maharaja (Parameswara?) Majapahit datang melanggar Singapura dan Sri Maharaja terpaksa berundur ke Melaka dan berbuat negeri di sana pada tahun 1254. Saya tanyakan Tengku Husein dan Raja Hamzah tentang perbezaan hampir 200 tahun antara tarikh ini dengan tarikh yang diberikan orintalis Barat yang Malaka dibuka Parameswara pada tahun 1403.
"Mungkin ada motif tertentu pihak Barat untuk menidakkan tamadun Melayu sebelum Melaka. Pada hal Singpaura sudah pun melahirkan tamadun besar di bawah pemerintahan raja-raja Melayu yang belum masuk Islam," jawab Raja Hamzah. Tengku Husein sependapat dengan Raja Hamzah.
"Kita kena luruskan sejarah. Dan rasanya mestilah ada orang yang sanggup membuat penelitian. Dan selagi belum ada penemuan dan hasil penelitian yang menyangkal fakta Barat ini maka kita terpaksalah menganggap yang ada sekarang adalah benar," celah Zainal Keling.
Salsilah yang dibentangkan Tengku Husein ini berupa dokumen penting untuk dikaji sebagai langkah awal untuk meluruskan sejarah keagungan tamadun Melayu. Daik telah membuka pintunya untuk memberi peluang kepada ahli sejarah bangsa Melayu sendiri, paling-paling untuk menyangkal segala bentuk tulisan Barat selama ini. Ikut serta dalam rombongan beberapa orang ahli akademik dari jurusan sejarah. Tengku Husein dan Raja Hamzah' masing-masing daripada keturunan Yang Dipertuan Besar atau Sultan Riau-Lingga dan Yamtuan Muda Riau malah dengan segala senang hati mahu memberikan kerjasama. Keramahan dan kemesraan masyarakat Daik, yang menurut Raja Hamzah, sebahagian besarnya daripada keturunan pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah yang berpindah dari Hulu Riau membuka negeri di Daik Lingga, turut menambah ringankan beban peneliti untuk mencari kebenaran sejarah.
Cuma amat disayangkan seperti kata Datuk Zainal, tapak bekas kerajaan Melayu di Riau Lingga ini, seperti halnya di negeri-negeri Melayu lainnya, tidak dapat bertahan lama. Tidak seperti halnya dengan tinggalan sejarah purba di Itali, misalnya yang masih tersergam walaupun usianya sudah hampir seribu tahun. "Tapi, kita tidak pula dapat menafikan bahawa kebanyakan istana sultan zaman dulu diperbuat daripada kayu. Ia tak tahan," katanya.
Namun ia tidak bererti usaha meluruskan sejarah terhenti di situ. Raja Hamzah berkata sejarah boleh digali dan akan menjadi sah faktanya jika peneliti mengikuti empat syarat penting. Syarat-syarat itu ialah ada cerita, ada salsilah, ada keududukan awal dan ada siarah, iaitu kaitan kekeluargaan dengan keluarga dalam istana berdasarkan semenda. Di Daik hingga ke Hulu Riau kesemua syarat ini dapat dipenuhi. Terserah kepada sungguh tidak sungguhnya para peneliti yang berminat dalam hal ini.
"Contohnya, di Riau Lingga pernah ada seorang wanita menjadi raja. Baginda ialah Engku Fatimah, Sultanah yang memerintah negeri. Silakan cari sejarahnya," kata Raja Hamzah.
Selama tiga hari di Kota Daik, runtunan hati untuk kembali mengenang zaman silam semakin menggugah jiwa apabila setiap malam pelbagai persembahan budaya dipentaskan masyarakat Daik. Pada malam pertama pesta joget tempo dulu-dulu yang popular di tahun-tahun 1950an di "Happy World" Singapura dipersembahkan. Yang menjadi penarinya wanita-wanita yang sudah berumur dan isteri orang. Pada malam kedua dipentaskan pula Bangsawan Melayu bertjudul "Hulubalang Daik" sementara pada malam terakhir diadakan pula tarian-tarian tradisional dan tarian orang laut. Pelakon-pelakon bangsawan terdiri kebanyakan daripada suri rumah. Sejarah mencatatkan bahawa kerajaan dahulu memang kaya seni. Malah ada yang mendakwa bahawa muzik Ghazal berasal dari Daik, lalu berkembang di Johor dan kawasan-kawan lain di Tanah Melayu.
Demikianlah, kembara budaya rombongan dari mancanegara di Nusantara ini telah mewujudkan semacam untaian rasa dan kenangan yang tidak begitu mudah dilupakan. Gunung Daik yang pada hari pertama masih menyembunyikan tiga cabangnya, mula bermurah hati pada hari kedua. Setelah hujan lebat mencurah turun pada paginya, kami disajikan pemandangan yang mengasyikkan. Tiga cabang gunung itu menampakkan diri, yang oleh masyarakat Daik diungkapkan "Gunung Daik bercabang tiga, patah satu tinggallah dua." Sebabnnya, cabang kiri gunung telah di tengah-tengah.
A.F.Yassin
12 Julai 1999.
| BUAL SANTAI DENGAN ARIS TAHIR MUAR | ARIS TAHIR: ORANG MUAR BERGIAT DI JAYBEE.
Setiap kali ada kegiatan seni budaya di Johor Bahru yang saya hadiri, saya tidak dapat mengelakkan diri daripada tidak bertemu dengan seorang penulis lama dari Muar. Dia, Aris Tahir, seorang guru pesara tetapi terlibat aktif dalam persatuan penulis dengan pelbagai kegiatannya. Saya tak pasti entah ke berapa kali saya bertemu dan berbual dengannya. Malah terakhir sewaktu berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara X dan Pertemuan Sasterawan Malaysia 1 (PSN X/PSM 1) di Johor Bahru April lalu, saya melihat dia salah seorang yang begitu sibuk melayan para tamu, terutama dalam acara mendaftarkan peserta dari negara-negara senusantara. Aris merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pendaftaran peserta yang dipimpin Shapiai Mohd Ramly.
Pernah dalam satu pertemuan saya tanyakan tempat tinggalnya. Di Muar atau di Johor Bahru? Jawabnya, "Muar.Tetapi kalau ada sebarang kegiatan sastera atau seni budaya lain, saya pasti ke JB. Perjalanan dari Muat ke JB tak menjadi masalah. Sudah biasa." Suaranya garau-garau lembut dan sedap didengar. Tidak membosankan. Barangkali ini ada kaitannya dengan pengalamannya sebagai guru. Semasa menghadiri Festival Kebudayaan Melayu di Pekan Baru dua tahun yang lalu, dia jarang sekali menyendiri. Satu ketika, semasa mengunjungi pameran kebudayaan di dalam sebuah dewan besar dia begitu mesra dengan beberapa teman penulis dari Malaysia dan Riau. Dia sering kelihatan bersama Kalam Hamidi, Alang Ahmad Teh dari DPMP, Abdul Aziz Long dan Nazel Hashim Mohd.
Anehnya, ketika berbual aris sering sahaja merendah diri, mengeluarkan kata-kata seperti, "siapalah kita kalau dibandingkan dengan mereka" atau "munkgin sahaja orang sekaran tak ingat kita lagi. Maklum orang pencen." Barangkali ada alasan Aris berkata begitu. Jika tak silap dalam Seminar Warisan Johor 1-4 Ogos 1996 yang lalu ada sebuah kertaskerja yang menghuraikan perjuangan dan kesinambungan organisasi penulis Johor, sejak 108 tahun yang lalu. Ketika kertas kerja itu "membincangkan" penubuhan Perkumpulan Penulis dan Peminat-Peminat Bahasa Muar (PPPBM) nama Aris Tahir terkeluar daripada senarai pengasas perkumpulan itu. Pengasas-pengasas yang disebut ialah Mohd Salleh Kasmin (Maskam), Mahadi Abdul dan Abdul Manaf Semo. Sedangkan Aris merupakan salah seorang pengasas perkumpulan itu. Kelompok penulis Muar ini menubuhkan PPPBM kerana tidak setuju dengan hasrat Persatuan Penulis Johor (PPJ) untuk menyatukan semua penulis Johor ke dalam persatuan yang tunggal. Maka apabila pendaftaran PPJ diluluskan pada 10 Mei 1967, penulis-penulis dari Muar ini pun membentuk PPPBM. Tujuan pembentukannya ialah antara lain "mencari jalan memupuk dan membimbing bakat-bakat penulis dan peminat-peminat bahasa di daerah Muar.
Kemudian, dalam perbincangan tentang puisi moden Johor serta cerpen dan cerpenis Johor dalam seminar yang sama, nama Aris tidak disebut langsung, pada hal dia boleh dianggap di antara deretan nama besar penulis Johor kerana karyanya telah mula mendapat tempat apabila sajaknya pertama kali disiarkan dalam "Utusan Kanak-Kanak" pada tahun 1953 dengan judul "Budi Bahasa". Ketika itu usianya baru 16 tahun dan media "Utusan Kanak-Kanak" merupakan salah satu penampungan penulisan kreatif yang cukup popular waktu itu.
Saya tak berani kata bahawa faktor-faktor ini menyebabkan Aris "terkilan" sehingga dia begitu merendah diri, tetapi mengingat perjuangannya dalam dunia kesusasteraan bermula sejak empat dekad yang lalu dan masih terus aktif hari ini maka faktor "keterciciran" namanya sedikit menyayatkan. Ada yang berkata kerana Aris menjadi salah seorang pengasas PPPBM maka dia dianggap sebagai "menongkah arus" dalam memperjuangkan perpaduan penulis-penulis Johor dan oleh itu harus disisihkan.
Dalam pada itu Aris begitu prihatin pula tentang masalah kawan-kawan. Pernah satu ketika setelah sampai di jeti Melaka dengan feri dari Dumai dalam perjalanan pulang dari menghadiri Festival Kebudayaan Melayu di Pekan Baru, dia bertanya kepada saya apakah ada orang datang menjemput saya pulang dan adakah saya punya kenderaan ke Kuala Lumpur. Pada hal dia sendiri akan menghala ke selatan. Dan di jeti itu dia terus sibuk persis seperti dia sedang mengatur ahli-ahli rombongan pulang ke rumah masing-masing.
Dan semasa makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Johor pada malam ketiga PSN X/PSM 1, dia datang dan pergi ke beberapa buah meja membawa hidangan. Dia bagaikan melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumahnya sendiri. Pernah seorang penulis luar Johor berkata, "Cikgu Aris ini kalau jadi PRO cukup bagus. Ada sentuhan kemanusiaan dalam dirinya. Saya jarang melihat atau mendengar dia meninggikan suara bila bercakap. Tak tahulah kalau dia bertukar garang apabila di rumah bersama keluarganya."
Saya kira ramai yang kurang mahfum tentang kegiatannya dalam bidang kesusasteraan, apatah lagi kebudayaan. Penulis generasi muda, kecuali yang di Johor, barangkali tidak pernah kenal dan tahu siapa Aris Tahir, bekas guru dan anak Kampung Tengah, Sungai Terap, Muar adalah seorang penulis lama dari Johor yang kini berusia 62 tahun. Rahman Shaari, misalnya, pun mungkin kenal begitu-begitu sahaja penulis yang bernama Aris Tahir ini kerana dalam kertaskerja "Puisi Moden Johor" di Seminar Warisan Persuratan Johor pertama, Rahman membariskan beberapa nama penulis Johor yang telah memberikan sumbangan besar dalam persajakan tanah air.
Antara penulis-penulis yang disebutnya ialah Anis Sabirin, Alis Murni, Jaafar HS, Zam Ismail, Gunawan Mahmood, Shapiai Ramly, Inzura Kosnin dan beberapa lagi. Siapa penulis yang termasuk dalam "beberapa lagi" itu tidak dinyatakan. Barangkali juga nama Aris Tahir adalah di antara "beberapa lagi" nama yang tersangkut dalam kepala Rahman tetapi dia tidak sampai menyebut nama itu.
Begitu juga halnya dengan Anis (Amida @ Hamidah Abdul Hamid), melalui kertas kerjanya "Cerpen dan Cerpenis Johor, Riak Citra Darul Takzim" hanya menyenaraikan sebilangan nama penulis Johor " yang pernah dan/atau sedang turut mewarnai prasarana dunia pencerpenan Johor. Antara nama-nama yang disebut Anis ialah Tongkat Warant (Dato' Dr Usman Awang), Nora (Ali Hj Ahmad), Anis Sabirin, Rokiah Abu Bakar, Adibah Amin, A. Shukor Haron, Zaharah Nawawi, Salmah Mohsein, Khadijah Hashim, Zawiyah Mohd Noh, Anis (Amida @ Hamidah Abdul Hamid), Sarah Rahim, Habsah Hassan, Rogayah A. Hamid, Siti Aishah Murad, Halilah Hj. Khalid, Gunawan Mahmood, Hasidah Disan, Saadiah Hj Ibrahim, Siti Muhawa Rahmat, Azmi Taib dan Amiruddin Ali dalam bidang cerpen. Nama Aris Tahir tertinggal juga. Barangkali pula Anis tidak melihat satu pun cerpen Aris yang tersiar di mana-mana surat khabar atau majalah.
Namun jika ada yang sudi menyorot kembali sumbangan Aris untuk Johor dalam bidang kesusasteraan, maka tidak dapat tidak kita akan "terjumpa" dengan karya-karyanya, terutama dalam genre puisi. Malah empat buah buku antologi puisinya telah diterbitkan, iaitu "Suara Selatan Semenanjung" (1960), "Bicara Hari Ini" (1985), "Jejak-Jejak" (1995) dan "Catatan Sepanjang Sungai Muar" (1995), manakala sebuah antologi puisi berjudul "Salam Keakraban" diterbitkan oleh Kementerian Perpaduan Negara pada tahun yang sama. Kurang jelas mengapa puisi-puisi Aris jarang diperkatakan dan nama Aris sendiri (yang juga punya nama samaran seperti Said Tahir, Said Johor dan Sitarama) jarang diperkenalkan sebagai seorang penulis, tetapi adalah diyakini hal ini disebabkan kebanyakan karya puisi Aris lebih bersifat "localised", berlegar di suasana tempatan atau tumpuan utama pengkaryaannya adalah dalam bentuk rencana berita atau esei umum.
Barangkali pula Aris lebih dikenali sebagai pemberita sambilan atau stringer untuk akhbar harian. Aris pernah bertugas seperti demikian selama lima tahun dengan akhbar "Berita Harian" (1979 - 1984). Setelah itu menjadi pemberita sambilan dengan akhbar "Watan" dari 1985 hingga 1990. Bagaimanapun, sumbangan besarnya kepada negeri Johor ialah ialah usaha penyelidikan dan penulisan dalam bidang sejarah tempatan dan pendidikan. Aris terlibat dalam penyelidikan ini di bawah projek "Pewaris" tajaan Yayasan Warisan Johor. Dalam pada itu di Muar sendiri Aris menyelenggarakan penerbitan risalah "An Nuur" . Risalah ini diterbitkan oleh Lujnah Ta'mir, Muar. Pengalamannya dalam bidang penerbitan ini berpunca dari kegiatannya sebagai salah seorang anggota sidang pengarang majalah "Kebudayaan yang diterbitkan oleh Persatuan Guru-Guru (1956-1965).
Aris masih terus menulis puisi, namun kesibukan dengan kegiatan semasa dalam persatuan dan kerjasamanya dengan Yayasan Warisan Johor menyebabkan karyanya jarang ditemui di dada-dada akhbar atau majalah. Malah sekarang ini Aris adalah pengerusi Persatuan penulis Johor, Kegiatan Daerah Muar di samping menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa PPJ sendiri. Kurang jelas sejak bila dia merujuk semula ke PPJ setelah dia dan kawan-kawan mengasaskan PPPBM di Muar beberapa dekad yang lalu. Dalam PPJ, Aris juga pernah dilantik sebagai pengerusi Biro Penerbitan dengan tanggungjawab menerbitkan "Dupa".
Dalam usianya sekarang dan dengan kegiatan rancak dalam persuratan dan kebudayaan di negeri Johor, saya percaya Aris lebih daripada mencari eskapisme dalam dunia ciptasastera, lebih-lebih lagi ketika dia masih merasa "dipinggirkan" dari arus perdana kesusasteraan. Dan bukan tidak mungkin sudah ada orang yang menganggapnya sebagai orang marjinal dalam bidang yang dia masih mempunyai kecenderungan untuk terus memperlihatkan kemampuan kreativitinya. Kecenderungannya ini dapat dilihat dan dirasakan ketika dia berbual santai bersama Azizi Hj. Abdullah, Mansor Abdullah, Rahim Abdullah dan Ahmad Sarju di meja makan semasa makan malam di Saujana, Kediaman Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor sempena PSN X/PSM 1.
A.F.Yassin
11 Jun 1999
| BERKENALAN DENGAN WARIS YAMTUAN MUDA RIAU | Perginya Ahli Waris
Yamtuan Muda Riau, Raja Hamzah Yunus.
Jumaat pertengahan Ogos lalu lalu Zam Ismail, Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), yang juga penyair memberitahu saya bahawa Raja Hamzah Yunus, seorang ahli waris Yanmtuan Muda Riau, juga budayawan dan Ketua Pusat Maklumat Kebudayaan Melayu Riau, telah meninggal dunia. Dan dengan demikian rancangan untuk menemui budayawan itu dalam beberapa waktu yang dekat ini terpaksa dibatalkan sahaja. Tersentak juga mendengar berita dari Zam. Sebabnya belumlah begitu lama kami dari rombongan Jejak Bahasa TV3-DBP menjadi tetamunya. Sementara Zam bercadang menemuinya untuk projek YWJ sementara saya untuk mendapatkan “Kata Pendahuluan” kepada buku Sejarah Adat Istiadat Kesultanan Johor Riau yang akan diterbitkan YWJ.
Zam mendapat berita itu ketika menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara di Bandar Sri Begawan, Brunei. Saya sedikit musykil kerana pertemuan itu diadakan pada 10 – 12 Ogos sedangkan menurut Raja Malik, anak Raja Hamzah, yang saya hubungi Ahad 26 Ogos lalu, Raja Hamzah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.00 pagi 18 Ogos di Rumah Sakit Angkatan Laut Republik Indonesia di Pulau Bintan. Zam barangkali tersilap haribulan. Zam mungkin di Sentubung, menghadiri Hari Sastera ketika berita sedih itu disebarkan. Hari sastera dilangsungkan 17 – 20 Ogos lalu.
Apapun jua, menurut anak Allahyarham, iaitu Raja Malik, ayahandanya menghidap penyakit kencing manis dan sering mendapatkan ubat di Johor Baharu. Katanya, “Ayah meninggal selepas seminggu pulang dari Melaka. Temu kawan di sana.” Raja Hamzah atau lebih senang dipanggil Pak Raja atau Pak Ungku baru berusia 63 tahun. Kepergiannya dalam usia yang relatif muda bagi orang budaya merupakan satu kehilangan kepada bumi Riau dan waris keturunan Raja Ali Haji, pengarang terkenal dengan bukunya Tuhfatul Nafis, Salsilah Melayu dan Bugis, Syair Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas, Syair Hukum Nikah, Sinar Gemala Mustika Alam dan lain-lain. Pak Raja adalah waris keturunan keempat daripada Raja Ali Haji.
Seperi baru semalam Pak Raja berkata kepada roombongan YWJ bulan April 1998 dahulu, “Sejak dulu kegiatan menulis dipandang sebagai pekerjaan yang sangat mulia dan kepandaian mengarang tinggi sekali darjatnya. Kemajuan Singapura dalam kegiatan perdagangan seperti dibuat seimbang oleh kerajaan Riau-Lingga dalam kegiatan kebudayaan.” Ketika itu rombongan YWJ sedang membuat kajian tentang tarian zapin di Pulau penyengat. Katanya lagi, “Tentang tarian zapin, ia sudah jarang diketemukan. Kebanyakan yang ada di sini, terutama di Pulau Bintan sudah diubah rentak dan langkahnya sehingga keasliannya telah tercemar. Ia sudah lebih merupakan tarian zapin kontemporari.”
Pak Raja seperti merindui keaslian budaya dan kesenian, seperti halnya dia merindui alam semula jadi di Pulau Penyengat yang didiami kira-kira 4,000 penduduk. Kediamannya yang betul-betul terletak di tepian jeti bagaikan rumah sentri yang menunggu kedatangan pengunjung yang tidak mungkin terlepas daripada melewatinya.
Pak Raja begitu berjasa dalam membudayakan masyarakat Pulau penyengat, khususnya dan Pulau Bintan, amnya. Di bahunya terletak tanggungjawab memperkenalkan budaya dan sejarah silam kepada generasinya dan juga generasi penerus. Beberapa minit berjalan, kita akan menemui bangunan yang menempatkan khazanah peninggalan dalam bentuk persuratan dan kitab-kitab lama. Tersimpan koleksi pelbagai dokumen yang memperkuat tanggapan tentang peranan bahasa Melayu di istan dalam abad ke-17, 18 dan ke-19. Peta penggunaan bahasa Melayu di kesultanan Johor-Riau-Pahang-Lingga dan kemudian Riau-Lingga memperlihatkan pembatasan dalam pemakaian bahasa. Keadaan bahan yang dikumpulkan masih utuh dan tersusun dengan baik. Pak Raja amat setia merawati bahan-bahan bersejarah di pusat maklumatnya itu.
Pak Raja juga berjasa besar kepada pengisian bahan budaya Yayasan Warisan Johor. Sejak tahun 1998 lagi YWJ telah meminta bantuan Pak Raja untuk mendapatkan khazanah berharga empayar Johor. YWJ tengah hebat-hebatnya berusaha menggali dan memperkenalkan umum sejarah budaya dan keasenian Johor sejak zaman kegemilangan kerajaan Johor-Riau-Pahang-Lingga setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis.
Satu yang menarik tentang Pak Raja ialah kemahirannya bercerita tentang sejarah Johor-Riau dan Riau-Lingga. Ceritanya spontan tanpa perlu merujuk kepada mana-mana sumber lagi. Dan kemahirannya itu memudahkan penyelidikan oleh anggota rombongan YWJ tentang sejarah Zapin dan penggambaran Jejak Bahasa oleh rombongan TV3-DBP. Malah Pak Raja dengan senang hati mengiringi pula rombongan Jejak Bahasa sehingga ke Pulau Lingga dan tinggal bersama mereka selama tiga hari. Bicaranya tentang sejarah dan budaya Riau tetap konsisten walau di mana dia ditanya. Misalnya, Pak Raja menerangkan sejelas-jelasnya tentang sejarah Istana Damnah di tapak yang hanya tinggal puing-puing istana sahaja.
Menurut Pak Raja sejarah boleh digali dan akan menjadi sah faktanya jika peneliti mengikuti empat syarat penting. Syarat-syarat itu ialah ada cerita, ada salsilah, ada keududukan awal dan ada siarah, iaitu kaitan kekeluargaan dengan keluarga dalam istana berdasarkan semenda. Di Daik hingga ke Hulu Riau kesemua syarat ini dapat dipenuhi. Terserah kepada sungguh tidak sungguhnya para peneliti yang berminat dalam hal ini. "Contohnya, di Riau Lingga pernah ada seorang wanita menjadi raja. Baginda ialah Engku Fatimah, Sultanah yang memerintah negeri. Silakan cari sejarahnya," katanya.
Ada kalangan budayawan berpendapat Pak Raja mempunyai pegangan tersendiri tentang sejarah tanah kelahirannya, Riau Kepulauan. Pegangannya itu dikaitkan dengan sejarah bahasa. Pak Raja kata, menurut orang Riau, Palembang adalah asal mulanya bahasa Melayu, Melaka pula adalah asas kegemilangan bahasa Melayu, Johor merupakan mahkota bahasa Melayu, Pulau Penyengat junjungan buih bahasa Melayu sementara Pulau Lingga (Daik) adalah mutiara bahasa Melayu. Pak Raja menjelaskan lebih lanjut pandangannya kepada rombongan Jejak Bahasa Jejak Bahasa Oktober 2000 yang lalu. Pertama, bahasa Melayu mula tumbuh di Palembang melalui bahasa Melayu tua (huruf palava). “Kita boleh melihatnya dalam bentuk prasasti dan batu bertulis. Kemudian ia berkembang di Melaka. Ketika itu bahasa Melayu digunakan di istana, yang bererti bermulanya era kegemilangan bahasa Melayu,”katanya.
Walaupun pegangan Pak Raja ini belum dianalisis secara terpeinci, malah belum ada kajian dibuat mengenainya, namun pegangan Pak Raja ini tetap dianggap benar selain belum ada penermuan baru tentang sejarah bahasa itu. Bacaan luas dan pengalaman dalam kegiatan budaya dan persuratan memberi ruang kepada Pak Raja merumuskan tentang pensejarahan bahasa Melayu di alam Nusantara. Manakala titisan warisan dari bangsawan istana dari keturunan Yamtuan Muda Riau meyakinkannya tentang sejarah asal usul bahasa Melayu. Pak Raja seperti mewakili pandangan seluruh masyarakat Riau tentang sejarah kebahasaan yang mereka miliki.
Siapa yang sempat bertemu dan bergaul dengannya tidak akan menduga bahawa Pak Raja cepat mesra. Malah kemesraan yang datang mendadak dan tiba-tiba itu menjadikan kita serba salah dibuatnya. Pernah satu ketika setelah menghadiri majlis pementasan zapin di panggung budaya Pulau Penyengat yang jauhnya kira-kira dua kilometer dari rumahnya, saya dan Zam Ismail mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Jeti untuk pulang ke Tanjung pinang. Kami minta Pak Raja menunggu beca sahaja untuk pulang. Tetapi Pak Raja enggan berbuat demikian kerana mahu mengiringi kami sama-sama jalan kaki ke jeti. Dan di sepanjang jalan Pak Raja masih juga mahu bercerita tentang makam dan bekas istana yang dilalui sepanjang perjalanan. Malam gelap tidak mengurangi bicaranya sehingga perjalanan sejauh dua kilometer itu seperti dilalui sekejap sahaja.
Beliau adalah warisan daripada sejarah wujudnya institusi Yamtuan Muda. Nilai sentimental dan lekapan emosinya terhadap institusi itu tidak mudah beliau lupakan. Hanya ketika kami bersamanya dalam gelap malam itu terfikir juga siapakah bakal menggantinya andainya Pak Raja tiba-tiba sirna. Siapa penggantinya yang sanggup membantu penggiat seni budaya yang ingin membuat penyelidikan sehingga ke Pulau Lingga? Apakah akan muncul tokoh semahir Pak Raja?
Semua soalan ini muncul sekali lagi sebaik sahaja berita penghijrahannya ke alam baqa dihebohkan. Malah GAPENA yang turut mendapat bantuan tidak ternilai, terutama dalam menjayakan kegiatan Pertemuan Penulis Melayu Serumpuna beberapa tahun dahulu di Daik pasti akan kehilangan seorang pakar rujuk budaya dari daerah Riau. Apatah lagi Zainal Borhan yang akan terasa sepi tanpa Pak Raja setiap kali “melabuhkan”diri di Bentan yang kini dianggapnya kampungnya setelah Melaka. Pusat kebudayaan di Pulau Penyengat sementara waktu kini tinggal sepi tanpa Pak Raja. Sewaktu saya menghubungi pusat itu Ahad lalu, anaknya Raja Malik menjawab panggilan telefon saya untuk pengesahan kepergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya! (ENTRI 4 APRIL 2009)
A.F.Yassin
| MENCARI PANIT DI SIJANGKANG | MENCRI IDENTITI BERSAMA S.PANIT
Untuk mencari S. Panit saya menghubungi Ismas Saring. Kata Saring, "Engkau ke Sijangkang, Batu Tujuh Tiga Suku, tanya orang di sana, tahulah mereka. Rumahnya tepi jalan saja." Telah lama juga tak bertemu dengannya, sejak kali terakhir pada tahun 1987 di Kementerian Pendidikan.Dan saya amat memintai karya-karya puisinya sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1964. Nama S. Panit gagah ketika itu, sederet dengan nama-nama besar yang seangkatan dengannya dan menghiasi dada kahbar dan majalah seperti Jaafar H.S, Kemala, Shamsuddin Jaafar, Maimun Rahman, Atondra, Ahmad Razali dan Yassin Salleh, sekadar menyebut beberapa nama.
Keinginan saya menemuinya berputik kerana amat jarang nama S. Panit menghiasai dada akhbar dan majalah sekarang ini, paling-paling lima tahun kebelakangan ini. Maka Jumaat lalu, saya ke Sijangkang dan bertanya kepada penduduk Batu Tujuh Tiga Suku. Mereka tak kenal S. Panit.
"Kalau Suhaini kenal? Suhaini Paniti?" Saya tanyakan seorang lelaki setengah umur.
"Tidak pernah dengar nama itu. Rasa saya tidak ada orang yang bernama itu di sini. Saya orang sini," jawabnya. Dia memanggil isterinya.
"Kalau Dr. Saihani ada. Dia tinggal di Batu Tujuh sana."
"Yalah, Dr. Saihani. Dia ini dulu bekerja di Kementerian Pendidikan?"
"Betul, Dr. Saihani kerja di situ dulu. Ini dia dah pencenkan?"
"Saya fikir begitulah."
Saihani menyambut kedatangan dengan renungan memanjang. wajahnya seperti orang yang ingin bertanya. Ia saya lihat bersih berseri.
"S. Panit bukan?"
"Ya!" jawabnya.
"Saya Fadzil, dulu bekerja di Fajar Bakti."
"Fadzil, Fadzil Fajar Bakti. Ini bukan A.F.Yassin?"
Saya mengangguk.
"La! Rupa awak lainlah. Tak macam dulu."
Saihani benar-benar terkejut. Dia terus menggenggam erat tangan saya dan menggoncangnya beberapa kali. Serta merta wajahnya berseri dengan senyumannya melebar. "Tak sangka dapat jumpa semula kawan lama. Minta maaf sangat-sangat kerana saya tak cam. Rupa awak banyak berubahlah," katanya.
Saihani di depan saya ini juga sudah banyak berubah. Dia bukan S. Panit yang saya kenali pada tahun 1987 dahulu. Kelihatan wajahnya lebih bersih dan berseri. Dan kemesraannya bagaikan saya ini adalah salah seorang ahli keluarganya. Katanya dia amat senang dikunjungi kawan-kawan. Apatah lagi, jika kedatangan seorang kawan yang dia tidak pernah duga. Kalau Ismas Saring, Ahmad Razali atau Ahmad Sarju, mereka sudah sering. Dari renungannya saya menjangka dia seperti mahu bertanya "mimpi apa saya menemuinya Jumaat itu?"
"Novel saya Jasa Guru yang Fajar Bakti terbitkan itu mungkin tak ada stok lagi ya," tanya S. Panit memecah kegugupan.
"Sudah lama sangat. Biasanya selepas dua atau tiga tahun, kita akan jual stok secara penghabisan dengan diskaun tinggi. Maklumlah penerbit jarang mahu simpan stok lebih dua tahun.Tapi buku you digunakan di sekolah beberapa ketika. Biasanya nama S. Panit lebih dikenali dalam bidang puisi kan?"
"Betul. Ada juga beberapa buah cerpen yang saya cipta. Tak banyak. Saya kira ada lebih kurang 10 buah. Kalau puisi saya tidak dapat kira jumlahnya. Mungkin dua ratus atau tiga."
Peminat puisi mungkin masih ingat sajak pertama S. Panit yang tersiar dalam Utusan Zaman, 30 Ogos 1964. Sajak berjudul "Pencarian" ini memperlihatkan keinginan S. Panit menelusuri erti kehidupan dengan segala keindahan dan keghairahannya yang selama ini hanya dapat dibayangkannya. Seperti nukilnya, Terasa nikmat hidup ini/ Jika mendakap dan merasa/ Keindhan manusia dan Nirwana/ Selama ini masih menggiur rasa/ masih merabaraba/ Bangun tumbang silih berganti/ Dalam menghambat keghairahan. S. Panit mengakhiri "Pencarian"nya dengan Sedang usia memburu mati/ Masih meregangregang sejati/ Atau hidup beragam sejoli/ Belum pasti.
Ketika itu S. Panit baru berusia 24 tahun dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Sepang. Selama bertugas sebagai guru S. panit memanfaatkan bakatnya dalam genre puisi ini dengan mencipta ratusan sajak dan disiarkan dalam pelbagai akhbar mingguan, seperti Utusan Zaman dan Berita Minggu serta majalah Dewan Sastera, Mastika dan Dewan Masyarakat. "Saya juga tak lupakan majalah Bara yang sering menyiarkan karya dan rencana saya," katanya.
S. Panit mencari dirinya ketika mencipta dan dalam pencarian itu dia berhijrah dari satu dimensi ke satu dimensi kehidupan sejajar dengan perjalanan usia yang semakin menuju kedewasaan dari sudut pemikiran dan pengalaman. Katanya, "Dari segi ini saya berasa saya belum tua kerana saya masih terus belajar dan mencari. Bagi saya jika sudah tua itu bererti kita sudah menyanggupi untuk berfungsi sebagai ketua, dan boleh memberi tunjuk ajar kepada orang yang lebih muda."
"Sebut orang yang lebih muda ini, bagaimana pandangan you tentang penulis generasi muda hari ini?"
"Inilah saya sedikit musykil. Saya tak pasti apakah kerana saya ini sudah lama tak menulis dan nama saya tidak tersiar, maka penulis muda hari ini tidak mengenal saya. Saya katakan begitu kerana pernah pada satu ketika saya menghadiri majlis yang diadakan di Klang oleh sebuah persatuan penulis di Selangor. Saya lihat ramai penulis muda ini buat tak kisah dengan penulis lama. Dan penganjur majlis pula tidak memperkanalkan penulis-penulis lama kepada mereka. Saya masih ingat masa dulu-dulu, dalam pertemuan begini, kita bergaul mesra, yang baru dan yang lama."
"Kenapa jadi begitu."
"Saya tak pasti. Dan mungkin juga saya prasangka terhadap mereka. Barangkali mereka segan. Tapi tak tahulah, susah kita nak teka."
"Karya-karya mereka bagaimana?"
"Saya melihat ada kecenderungan bagi mereka mencipta karya non-konvensional. Saya akui ini satu hal menarik, tapi kadang-kadang ada di kalangan penulis muda ini belum kenal benar dengan basics penulisan. Jadi sebaiknya yang belum menguasai basics ini, mencipta karya yang tidak melanggar konvensi terlebih dahulu. Bagaimanapun, usaha penulis muda ini perlu dipuji sebagai usaha dinamis. Jangan kita larang, tapi dalam pada itu kita kena rasional."
"Maksud you?"
"Kita lihat tema dan persoalan, baik sajak, cerpen mahupun novel. Saya akui sendiri saya tidak banyak menulis cerpen, cuma kira-kira 10 buah semnatar novel dua buah, itu pun novel kanak-kanak, tapi saya melihat, penulis terutama yang muda-muda perlu memperjuangkan persoalan yang lebih besar, yang nasional sifatnya dan yang lebih mendesak. Saya percaya para sasterawan boleh memanfaatkan isu bangsa, agama dan negara, misalnya ketika mencipta. Dan yang lebih unggul mereka perlu menjanakan minda dengan pertanyaan bagaimana nasib Melayu selepas tahun 2020. Ini sebagai contoh. Juga bagaimana, misalnya dengan status Takkan Melayu Hilang Di dunia yang disuarakan nenek moyang kita dahulu."
"Biasanya, sasterawan tidak tertarik dengan isu begini. Terlalu propaganda bunyinya?"
"Di sinilah letaknya ketrampilan seorang sasterawan. Bagaimana mencipta tanpa melihat karyanya sebagai propagandis tetapi tetap mempunyai persoalan bangsa, agama dan negara. Kita melihat unsur ini dalam Imam, karya Dato' Abdullah Hussein atau Biar Buang Anak karya Aziz Jahpin. Lebih menarik jika pengolahan dan jalan cerita sesuatu karya itu diambil dari sudut futuristik yang berusurkan jangkaan dan ramalan."
"Contohnya?"
"Katakanlah kita lihat masalah orang Melayu di Felda. Barangkali kita jangkakan ada masalah tenaga kerja kerana kebanyakan anak peneroka bekerja di bandar dan yang tinggal ibu bapa yang sudah semakin tua. Siapa nak mengeluarkan hasil sawit? Dalam hal ini para penulis boleh membuat penyelidikannya sendiri dan kemudian mencipta sesuatu. Apabila karya itu dibaca, ia dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang penyelesaian kepada masalah itu."
"Bagaimana jika you sendiri menulisnya?"
"Genre saya lebih kepada puisi. Melalui puisi, agak sukar untuk kita sampaikan mesej tentang masalah ini. Saya mencadangkan kepada para novelis dan cerpenis kita supaya memanfaatkan isu besar ini, setidak-tidak idea mereka dapat dijadikan sebagai maklum balas oleh pihak berkuasa. Maksudnya, dalam soal peneroka Felda tadi, mungkin ada sasterawan yang simpati dan menulis bagaimana jalan keluar terbaik tentang masa depan peneroka, bila anak-anak mereka berkerja di bandar. Seca futuristik kita melihat kemungkina kita dapat memanfaatkan, misalnya, penghuni pusat-pusat serenti yang terlibat dalam soal dadah sebagai tenaga kerja di rancangan Felda. Mereka dalam proses pemulihan. Apa kata kalau sasterawan menggambarkan kebaikan tenaga kerja ini di Felda dengan mengolah kehidupannya secara kreatif. Cuma sasterawan memerlukan sedikit pengetahuan tentang pengurusan ladang dan fungsi pusat serenti. Selebihnya mereka bolah gunakan usur kreativiti mereka. Dalam puisi, pengolahan tentang masalah ini mungkin sukar," ujarnya.
S. Panit mengharapkan suatu hari nanti akan wujud sasterawan yang lebih serius berkarya tentang budaya dan kehidupan bangsa. Dia ingin melihat bagaimana suatu hari nanti kawan-kawan sasterawan menghayati karya yang dipelopori Arenawati tentang kisah pelaut. Menurutnya, sejarah menunjukkan bangsa Melayu adalah juga bangsa pelaut. Barangkali akan ada di kalangan sasterawan kita memnafaatkan tema pelaut ini untuk memungkinkan bangsa Melayu kembali menjadi pelaut, tetapi berdasarkan teknolgi maritim canggih hari ini. Katanya, " Kita melihat Datuk Azhar sedang membuktikannya ketika ini apabila menggunakan kapal layar mengelilingi dunia. Apa kata kalau sasterwan meneroka bidang ini dan mengolah bagaimana nanti Malaysia mempunyai sebuah universiti maritimnya. Sasterawan boleh memanfaatkan kecanggihan fasiliti pelabuhan di Pelabuhan Kelang sebagai asas pengolahan karyanya atau melihat Pulau Carey sebagai latar cerita," katanya.
S. panit semakin seronok bercerita. Kata-kata "kalau"nya masih panjang. Dia membayangkan penilis muda hari ini akan mempelopori tema besar bangsa Melayu ini untuk mencipta karya besar pada masa depan. "Mereka punya ilmu bantu yang dapat dimanfaatkan. Ramai yang tinggal di kota besar. Barangkali mereka punya wawasan sendiri bagaimana memanfaatkan bakat mereka untuk membangun masyarakat Melayu di bandar-bandar. Bagaimana, misalnya mereka mengolah untuk akhirnya mencipta bandar-bandar bercirikan Melayu. Dan adalam bidang ekonomi bagaimana mereka nanti mengolah supaya matlamat 30 % ekonomi berada di tangan Melayu dapat dilaksanakan," katanya.
Pengalaman S. Panit sebagai guru di Sekolah Menengah Methodist Teluk Datuk (1970-1976), di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya (1965-1969), Sekolah Kebangsaan Batu laut (1956-1964) dan kemudian sebagai pegawai di Kementerian Pendidikan mematangkan mindanya untuk bercita-cita besar terhadap "survival" bangsanya, terutama orang Melayu. Kegiataannya sejak di universiti lagi seperti memberi petunjuk bahawa S. Panit, seorang penyair yang prolifik pada dekad-dekad 70an dan 80an, mempunyai pemikiran yang luas tentang "survival" bangsa, agama dan negaranya. Saya meneliti salah sebuah sajak ciptaannya tahun lalu tapi belum disiarkan. Antara lain S. Panit menulis, "Ketika itu bulan redup/ Indah dan merendah/ Dingin memayungi muqrarabin/ Membasahi kamar-kamar syahdu/ zuhud merafak kesempurnaan…Perjalanan di tanah biasa/ Terasa berbahtera di laut bergelora/ Mencari kaki langit/ Dengan bahasa berdikari/ Takbertepi." Dan akhirnya S. Panit mengungkapkan, "Bersama kejernihan air memercik/ Kembali pada pengalaman jauh dekat/ yang mengatur catatan lidah/ Kilat pengetahuan/ Terhimpun sebuah kalimah/ Kekurangan adalah kesempurnaan."
Demikianlah sejak sekian tahun S. Panit berhijrah dalam diri "meraba-raba" meraih pengalaman sehingga akhirnya dia mengerti bahawa segala yang bersifat kekurangan itu adalah sebenarnya sifat sempurna kita sebagai "makhluk Tuhan". S. Panit bagaikan sudah menemukan dirinya. Dia begitu kerdil di sisiNya dan bahawasanya dia cuma sebagai hambaNya yang serba kekurangan.
Apapun jua, dia melihat masa depan sebagai pesara dengan penuh rasa syukur. Dan dalam bidang persuratan, dia berusaha untuk terus berkarya. Salah satu rancangan terdekat ialah mengumpulkan semula semua karya puisinya untuk dibukukan. "Amat disayangkan kalau karya-karya itu dibiar bertaburan," katanya. "Saya juga tengah mencuba-cuba menulis novel umum. Kisah keluarga tetapi membawa persoalan perubatan dan penyakit."
S. Panit meraih ijazah kedoktoran dalam bidang perubatan alternatif dan hoemopati dari Sri Lanka pada tahun 1996. Jawatan terakhirnya sebelum bersara opsyenal ialah Timbalan Pegawai pendidikan Daerah Petaling dan Klang (1990-1995). Sebelum itu S. Panit bertugas sebagai Timbalan Ketua Unit Uruskhas (1987-1990) memangku Ketua Setiausaha Sulit (Kanan) Kementerian Pendidikan Malaysia (1983-1984) dan Pegawai Khas Perhubungan Awam di kementerian yang sama (1982-1987).
Sebelum berpisah, S. Panit berbisik kepada saya, "Saya harap satu hari nanti, saya akan dapat menimati karya besar hasil sasterawan kita yang mengolah persoalan pembinaan bangsa agama dan negara." (entri masuk 4 apr 2009)
A.F.Yassin
7 Jun 1999.
| WAHEEDA DALAM PELUKAN KELUARGA | Bila Waheeda Berada Dalam Pelukan Sanak Saudara
Banyak anggota keluarga besar berasa janggal menyebut nama Waheeda, artis yang sedang melonjak popularitinya setelah meletup lagu “Wassini” nya. Ini kerana nama Waheeda bukan nama panggilan sehari-hari di kalangan mereka. Baik ibu bapanya, mahupun adik-adik dan anggota keluarga besarnya. Nama panggilan hariannya ialah Wawa, nama manja yang diperkenalkan nenda lelakinya, Datuk Yusoff Rahiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Juga bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang.
Datuk Yusoff ini pula adalah adik lelaki Datuk Haji Sujak Rahiman, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-dua datuk ini pula mempunyai dua abang, iaitu Karwi dan Sulaiman. Maka Karwo, Sulaiman dan Datuk Sujak adalah bapa saudara Wawa.
Pada hari raya kedua Isnin lalu, semua anggota keluarga besar Rahiman ini bertemu di rumah Sulaiman di Kg. Melayu Majidee Johor Bahru. Hampir 50 orang hadir dalam pertemuan itu yang diadakan kira-kira jam 2.00 petang. Dalam kemeriahan suasana timbul tanda tanya bagaimana hendak memanggil Waheeda atau Wawa. Ibu Waheeda, Asri yang juga pengurusnya meminta agar Waheeda dipanggil Wawa sahaja kerana itulah panggilan manjanya di kalangan keluarga.
Namun seorang ibu saudara Waheeda bernama Rubiyah Suleiman hampir pula kekok memanggil Waheeda, Wawa. Sebabnya nama Waheeda telah begitu mesra di bibirnya, terutama setelah nama itu tersebar luar dalam media dan disebut-sebut melalui radio dan televisyen . Begitu juga halnya dengan sepupu-sepupu Waheeda yang ramai datang hari itu.
Biarpun di kalangan sanak saudara, Waheeda tetap dilihat sebagai selebriti. Beberapa ahli keluarga yang mempunyai kamera tidaik putus-putus mengambil gambarnya dari pelbagai sudut. Bapanya Wahab Datuk Yusoff buat tak kisah dan masih juga rancak berbual dengan sepupu-sepupunya. Rubiyah, ibu saudara Waheeda ditegur Faridah, seorang lagi ibu saudaranya kerana memberi memberi tumpuan kepadanya.
Kata Faridah, “Amboi dengan Wawa saja. Kita ini macam dia tak nampak. Mentang-mentang Wawa selebriti.” Rubiyah menyangkal, “Bukan begitu, Wawa jarang jumpa. Awak dah selalu datang.” Faridah berkata demikian kerana sebaik sahaja Waheeda tiba Rubiyah langsung mendakap dan memeluk mesra anak saudaranya itu sambil berkata, “Ha! Ini budaknya yang selalu masuk TV itu.”
Ibu Waheeda, Asri bercerita tentang Waheeda, anak sulungnya itu. “Dia ini lain sikit minatnya berbanding tiga orang adiknya yang lain. Wawa minat menyanyi. Sejak sekolah lagi. Dia dah minat, nak kata apa. Pernah dalam satu majlis dia hendak sangat menyanyi. Kita benarkanlah dengan syarat tidak banyak goyang badan.” Waheeda cucu sulung Datuk Yusoff. Lalu dia dipanggil manja dengan sebutan “Wawa”.
Bapa Waheeda, Wahab Yusoff, seorang jurutera yang telah sudah bersara daripada Tenaga Nasional Berhad. Sementara ibunya pernah bertugas dengan Jabatan Imigresyen, Johor. Hari ini difahamkan kedua-dua ibu bapa ini tidak pernah berenggang dengan Waheeda. Mereka telah menjadi dewa pelindung (guardian angels) kepada Waheeda. Mereka terpaksa meninggalkan kediaman selesanya di Ulu Tiram, Johor Bahru hanya untuk menjaga kepentingan Waheeda. Mereka mahu Waheeda mendapat yang terbaik demi kerjayanya sebagai artis. “Asri terpaksalah berkorban sikit,” kata Rubiyah, “Untung jugalah awak dan Wahab sudah tak bekerja. Dapat juga tumpukan kepada Wawa.”
Di Kuala Lumpur Waheeda masih mempunyai ramai bapa saudara. Antaranya yang sering dihubungi ialah Senator Dato’ Ikhwan Salim Sujak, sepupu ayahnya. Ada pula Mohd Khir Yusoff, seorang pewagai PTD yang bertugas di Kementerian Kewangan, di Putrajaya. Adik Wahab, Shukur, bapak saudara terdekat Waheeda bertugas dengan Malaysian Airlines (MAS). Nana, ibu saudara paling bongsu Waheeda menyemenda pula ke Negeri Sembilan, apabila berkahwin dengan salah seorang anak bekas Undang Rembau, Dato’ Adnan Maah.
Suasana di rumah Sulaiman semakin hingar-bingar bagaikan di sebuah pasar malam. Inilah momen yang ditunggu setiap tahun oleh keluarga besar ini. Dan bagi Waheeda tradisi mengunjungi rumah nenek saudara telah berakar sejak dia masih anak-anak lagi. Rubiyah masih ingat bagaimana bapa saudaranya Dato’ Yusoff dan Dato’ Sujak mengunjungi bapanya Sulaiman di pagi raya pertama atau kedua.
Dato’ Yusoff akan mempastikan anak-anak dan cucunya, termasuk Waheeda ikut sama. Waktu itu Waheeda lebih bersifat “tomboy” seperti yang dijelaskan Iwan Fazlee, saudara dua pupu Waheeda yang bertugas dengan Metro Nationwide Bhd di Kuala Lumpur. Iwan tidak menyangka hari ini Waheeda menjadi artis pujaan. Katanya kepada kawan-kawan sekuliahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika mula mendengar nama Waheeda, “Iwan mulanya ingat Waheeda ini entah siapa, tapi bila dapat tahu dia ada hubungan keluarga, Iwan terkejut juga.”
Ramai saudara sepupu Waheeda yang berkata begitu. Malah bukan tidak mungkin Wahab sendiri pun terkejut dengan kemampuan anak sulungnya itu. Asri tidak begitu sangat kerana melihat keazaman yang ditunjukkan Waheeda dalam bidang seni nyanyi ini. Cuma nasihat Asri kepada Waheeda, “Belajar dulu sampai selesai. Jangan asyik menyanyi. Nanti bapak engkau marah.” Waheeda tidak mensesiakan nasihat ibunya. Dia hanya mula memberikan tumpuan kepada bidang nyanyiannya setelah tamat pengajiannya di salah sebuah kolej universiti di Kuala Lumpur.
Kini, Waheeda yang mempunyai suara ala Timur Tengah dan boleh bermain beberapa alat muzik, terutama piano itu melangkah pula ke dunia lakonan. Tiga filem disempurnakan, iaitu “Jutawan Fakir”, “What Did You Do Last Raya” dan “Tujuh Perhentian”. Dua terakhir itu diarahkan Prof Madya Razak Mohaideen. Namun bagi kebanyakan peminat dan sanak keluarga Waheeda masih tetap dikaitkan dengan “Wassini”, lagu yang melonjakkan namanya sebagai selebriti. Tiba-tiba sahaja dia menjadi milik orang ramai, bukan lagi sekadar milik keluarga dan sanak saudaranya.
Tidak pasti apakah Waheeda terhutang budi dengan penyanyi Yassin yang memperkenalkannya dengan dunia seni atau Waheeda mula menyesali pemilihan kerjayanya kerana dalam sekelip mata dia berada dalam “lampu sorot” media umum yang sentiasa sahaja “mengendap dan memerhati” setiap gerak langkahnya untuk dijadikan bahan berita. Selebriti yang diraihnya datang bersama sebuah pengorbanan, dalam erti Waheeda tidak lagi dapat mengelak daripada menjadi bahan gosip dan tunduk kepada karenah seni yang lain. Pengalaman pahit Siti Norhaliza akhir-akhir ini sehingga melibatkan mahkamah dan pengadilan boleh dijadikan iktibar buat Waheeda yang begitu ayu dengan penampilan bertudungnya.
Keakraban Waheeda dengan keluarga besarnya boleh menjadi benteng. Dia begitu mesra dalam pertemuan itu, hinggap dari satu kelompok kepada kelompok kecil yang lain sambil menggunakan telefon bimbitnya sebagai kamera. Petik sana, petik sini. Katanya kepada ibu saudaranya Rubiyah, “Kalau nanti saya ada jodoh dan kahwin. Majlis akan dibuat asing-asing. Kalau keluarga dengan keluarga saja. Artis lain lagi.” Seolah-olah Waheeda mahu mengingatkan sanak saudaranya bahawa mereka masih mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. (entri 4 april 2009)
| MENGINGAT PENUBUHAN KELAB VETERAN DBP | MENJELANG PENUBUHAN KELAB VETERAN DBP
Kalau tidak ada haral melintang, sejumlah besar bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan bertemu di kediaman Haji A. Karim Abdullah di Petaling Jaya pada 10 September akan datang. Dijangka 250 orang akan hadir. Mereka terdiri daripada kakitangan yang sudah bersara atau yang telah berhenti dari DBP. Ada bekas pembantu pejabat, ada bekas ketua pengarah. Ada yang berhenti kerana merajuk, ada yang kena curi oleh pihak swasta dan ada yang bersara setelah disambung tugas setahun dua. Demikian, Karim menjelaskan tentang status mereka yang hadir.
Karim merupakan tunggak pertemuan. Atas inisiatifnyalah pertemuan ini bakal berlangsung. Karim menubuhkan satu panitia penyelenggara yang dianggotai 14 orang bekas kakitangan DBP yang beliau ketuai sendiri. Karim melantik dirinya ketua satu. Ada timbalan ketua satu, ada ketua dua dan ada timbalan ketua dua. Jelas Karim lagi, tujuan pertemuan adalah untuk memperbaharui dan menjunjung obor saliturrahim antara bekas kakitangan DBP dari tahun 1956 hingga 2000. Di samping itu pertemuan diadakan untuk memelihara dan mengekal ukhuwah Islamiah. Dan tidak kurang pentingnya ialah pertemuan mempunyai matlamat menubuhkan “Kelab Veteran Dewan Bahasa dan Pustaka”. Mesyuarat pertama panitia diadakan Ahad lalu untuk sekadar sesi sumbang saran sebagai usaha memantapkan lagi program pertemuan.
Mengapa Karim yang merancang petemuan ini dan tidak veteran yang pernah memegang peranan penting di DBP seketika dulu adalah menarik untuk dicari jawapannya. Apakah Karim didorong oleh ikatan sentimen yang dibalut nostalgia zaman lampau semasa bertugas dengan DBP? Apakah Karim masih punya sisa-sisa ketaksuban terhadap kewujudan dan perjuangan DBP dalam bidang bahasa dan sastera? Atau Karim tidak sabar lagi melihat Persatuan Bekas Kakitangan DBP yang ditubuhkan beberapa tahun yang lalu yang berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Sehingga sekarang tidak kedengaran apakah persatuan itu masih wujud atau sudah “menjadi arwah”.
Ada yang berkata Karim mahu menjayakan pertemuan kerana hubungan peribadinya yang akrab dengan sebahagian besar veteran dan bekas kaki tangan DBP. Karim tidak dapat memisahkan dirinya daripada hubungan itu kerana beliau adalah di antara yang paling veteran, bertugas di DBP, hatta sejak DBP berada di sebuah banngunan di Jalan Young lagi. Hari ini Karim tidak dapat menahan diri daripada tidak menghadiri sebarang pertemuan yang diadakan di DBP. Sebut sahaja apa acara pertemuan yang berunsur sastera dan bahasa, Karim akan hadir. Karim bagaikan telah mempunyai jalinan kejiwaan dengan institusi yang bernama Dewan Bahasa dan Pustaka. Jalinan kejiwaan inilah yang menjadikan Karim orang yang paling sesuai untuk merancang pertemuan. Baranggkali ada seorang berdua lagi veteran DBP yang mempunyai jalinan idealisme seperti Karim, tetapi Karim punya minat dan kemampuan untuk merealisasikan rancangnnya itu.
Karim ibarat pusat sumber bagi bekas kaki tangan dan veteran DBP. Malah Karim tahu persis siapa yang telah bersara dan siapa yang telah meninggalkan DBP, lengkap dengan alamatnya sekali. “Kalau tak semua, banyak jugalah,” katanya. Karim akan cuba mendapatkan tiga bekas pengarah DBP yang masih hidup untuk hadir dalam pertemuan itu. Mereka ialah Prof. Diraja Ungku Aziz, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk Haji Jumaat Mohd Nor. Bekas Timbalan Ketua Pengarah, Datuk M. Noor Azam, Datok Baharuddin Zainal dan Datok Hassan Ibrahim dijangka turut sama menyerikan majlis. Kurang pasti apakah bekas pengerusi Lembaga Pengelola DBP seperti Datok Musa Ahmad (sekarang menteri pendidikan Malaysia) akan ikut diundang, memandangkan Datok Rahim Bakar pengerusi yang ada sekarang diundang sama. Kemudian ada pula tokoh DBP yang sekarang ini aktif dalam politik, malah telah menjadi menteri. Apakah Karim harus meninggalkan tokoh seperti Datuk Dr. Siti Zahrah Sulaiman, menteri kebajikan dan pembangunan masyarakat, Datuk Dr. Sulaiman Muhamad, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Johan Jaafar, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
Dari pertemuan ini akan terukir sejarah, khasnya dalam bidang bahasa dan sastera. Tokoh-tokoh yang turut menjadi perancang terhadap halacara pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera tanah air akan bertentang mata di pekarangan kediaman Karim Abdullah. Pastinya mereka akan bernostalgia. Barangkali apakah yang akan dibincangkan dalam santai-santai petang hari di bawah khemah yang dipasang khas untuk pertemuan. Ungku Aziz, Datok Hassan Ahmad, Datuk Jumaat, Datuk Hassan Ibrahim, Datuk Noor Azam, Datuk Baha Zain tidak mungkin akan menyendiri dalam majlis nostalgia itu. Ramai ingin “mendekatkan telinga” andainya Noor Azam berbisk-bisik dengan Hassan Ibrahim. Atau Hassan Ibrahim dengan Maarof Saad. Atau Haji Jumaat dengan Haji Aziz Deraman, Ketua Pengarang yang sekarang. Atau Hassan Ahmad berbisik-bisik dengan Yahya Ismail, pengarang akhbar “Bebas”. Terlalu banyak yang ingin mereka bisikkan!
Barangkali ada baiknya panita memberikan setiap seorang daripada tokoh ini 10 minit untuk berbicara secara formal dan tidak hanya Ungku Aziz. Ada suara yang meminta Maarof Saad, Ketua Kesatuan Sekerja DBP berucap mewakili bekas kakitangan dan veteran DBP. Maarof merupakan tokoh kesatuan sekerja peringkat nasional yang telah benyak berjasa menaikkan status kakitangan DBP dari sudut tuntutan gaji. Boleh dibayangkan betapa riuh rendahnya suasana. Salleh Yusof , salah seorang anggota panita pasti mahu bertemu dengan Saleh Daud dan Awam-il-Sarkam. Adi Muara barangkali ingin berbincang dengan atau Shamsuddin Jaafar, mahupun Suhaimi Hj Muhammad tentang puisi kerana mereka tokoh puisi.
Dharmawijaya mungkin ingin membuat perhetongan dengan Kamala sipa yang lebih banyak “mengoyak dan menampal dummy”dalam sebulan ketika bertugas di bahagian majalah, DBP. Dharmawijaya bertanggungjawab mempersiap bahan untuk “Dewan Pelajar” manakala Kamala untuk “Dewan Sastera”. Datuk Abdullah Hussain barangkali mahu berdakap-dakapan dengan Usman Awang atau Wan Hamid, setiauasaha pertama Lembaga Pengelola DBP. Mana tahu Ungku Aziz ingin berbincang santai pula dengan beberapa bekas kakitangan bawahannya ketika DBP berada di Jalan Young.
Adalah dibimbangi oleh sebab mereka asyik berbisik, maka acara akan menjadi tidak teratur. Ucapan formal oleh Ungku Aziz, M. Noor Azam , Hassan Ahmad, Wan Hamid Wan Salleh dan Zaleha Ismail (Datin Paduka dan bekas menteri kabinet) akan tenggelam dalam soral sorai nostalgia dan bisik-membisik di kalangan hadirin. Maklum ada yang tidak bersua sejak sekian dekad. Suasana akan menjadi lebih tidak teratur apabila tokoh-tokoh “dunia glamor” yang juga bekas kakitangan DBP, turut hadir. Ramai akan berkerumun ingin mendapatkan cerita terkini dari Imuda, “abun” atau Sabri Yunus.
Dan andainya Mishar diundang, ramai pula ingin tahu kisahnya sebagai pengasas majalah “Gila-Gila”, terutama kisah peminggirannya daripada majalah berkenaan. Atau Mishar akan bernostalgia dengan Othman Zainudin tentang lakonan mereka berdua dalam teater “Ikan-Ikan Di Kaca” arahan Yassin Salleh dan persembahan Badan Keluarga DBP pada tahun 1974. Kemudian, andainya Shahrom Mohd Dom ada bersama, barangkali beliau setelah menjadi bekas kakitangan DBP ingin berkongsi pengalaman pula dengan Zakaria Arffin dalam bidang perfileman dan teater. Ajikik, Ainon Muhamad, Dr Sufian Husin, Fadzil Agussalim dan Sutong Umar RS bagaimana. Mereka turut mewarnai dunia DBP dengan gaya dan karenahnya masing-masing. Sekarang khabarnya Suffian berternak itik, Fadzil berternak ayam, Ainon dengn pemikiran lateralnya, Ajikik dengan kontrak terjemahan dan Sutong aktif sebagai aktivis sastera dalam media. Ada pula mantan pegawai DBP Amdun Husin, yang sekarang menjadi “orang besar” Institut Terjemahan Negara (ITNM). Ismail Dahaman bekas ketua bahagian bahasa dan perkamusan tentunya mahu bertemu dengan Drs Khalid Hussein, suami Datuk Profesor Hajah Asmah Hj Omar.
Beberapa orang bekas kakitangan berasa ragu pertemuan akan mencapai matlamat ketiganya, iaitu pembentukan kelab veteran DBP. Barangkali diperlukan satu cadangan umum pada akhir pertemuan supaya dilantik jawatankuasa penaja kelab berkenaan untuk memperincikan penubuhannya. Karim boleh dicadangkan mengetuai jawatankuasa penaja ini dengan Salleh Yusof sebagai pembantunya. Karim masih bertenaga dan jalinan kejiwaannya dengan DBP amat menentukan hidup berjaya tidaknya kelab ini ditubuhkan dan seterusnya diaktifkan. Karim punya segala prasarana dan sumber rujukan di rumahnya. Ini tentunya memudahkan lagi perjalanan kelab. Barangkali Maarof, yang banyak pengalaman dalam kesatuan dan penerbitan boleh diminta kerjasamanya untuk menggerakkan proses penubuhan awal kelab. Salleh dan Maarof memang mempunyai banyak persamaan dari segi organisasi, terutama yang melibatkan bekas pekerja DBP.
Kegiatan awal Kelab tentunya menerbitkan buletin bulanan atau dwi-bulanan. Tujuannya memperkenalkan bekas kakitangan dan veteran DBP yang dikaitkan dengan perjuangan memartabatkan bahasa dan sastera. Tanpa tokoh dan bekas kakitangan ini bahasa dan sastera tidak akan berada ditahapnya yang sekarang ini. Tokoh-tokoh bahasa dan sastera yang telah tiada menjadi fokus awal buletin. Orang ramai tentunya mahu tahu isi hati tokoh besar seperti Tun Syed Nasir, Datuk Ali Ahmad, Datuk Hj Sujak Rahiman, Keris Mas, A. Samad Ahmad, Buyong Adil, Mas’ud Rashid, Wijaya Mala dan sebagainya selama bertugas di DBP.
Dalam pada itu, Karim perlu juga memikirkan citra DBP hari ini di mata masyarakat, terutama segelintir masyarakat penulis yang tidak lagi “hormat” kepada institusi itu. Ertinya di mata mereka kredibiliti DBP tidak lagi sehebat sewaktu di zaman Tun Syed Nasir atau Ungku Aziz sendiri. Kelab veteran DBP boleh menjadi orang tengah untuk menjelaskan sistem dan peraturan DBP dalam usahanya membina dan mengembangkan sastera dan bahasa. Citra DBP sebagai katalisator kepada masyarakat penulis mesti dibangunkan semula “tanpa was-was”.
Karim punya tugas maha besar untuk menemukan bekas kakitangan dan veteran DBP. Karim telah memulakannya dan Karim juga perlu menyempurnakan cita-cita yang bersifat nostalgik ini. Karim tentunya telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang mencabar ini. –ends--
(Continue from previous page)
(PENA). Kemudian beliau diundang menyertai program kunjungan sambil belajar (study tour) ke Tokyo dan Hiroshima oleh International Society for Educational Information yang beribu pejabat di Tokyo pada 14-27 Oktober 1985. Beliau juga pernah dilantik sebagai Panel Penasihat Kursus Diploma in Mass Communication (Publishing), di ITM, Shah Alam (1992-1995). Kerajaan Negeri Sembilan pula melantiknya menganggotai Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penyelidikan Sastera Negeri Sembilan, selama dua tahun (1990-91). Sejak tahun 1990 juga, Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik A.F. Yassin sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Hadiah Buku Kebangsaan. Beliau juga adalah Anggota Biro Hakcipta GAPENA sejak tahun 1997, Anggota Panel Penilai Hadiah Sastera Utusan - Public Bank sejak tahun 1997 dan Anggota Panel Hakim Peraduan Cerpen Remaja, Jabatan Perpaduan Negara, sejak tahun 1998. Sejak tahun 1994, A.F. Yassin dilantik sebagai kolumnis dalam Utusan Zaman menerusi ruangan "Sembang-sembang" yang kemudian dinamakan "Bicara" mulai tahun 1996. A.F. Yassin pernah menjadi penulis jemputan untuk ruangan "Tamu Minggu Ini" dalam majalah Massa pada tahun 1998. Dua puluh tahun sebelum ini, majalah bulanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Pemimpin, memberi kolum khas kepada beliau, yang menulis dengan nama pena B. Afizan. KARYA Novel Kanak-kanak - Robinson Crusoe (olahan semula). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974 - Sesat dalam Hutan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1996. (dengan nama samaran Abd. Latif Abd. Rahman). Cerpen - Nyiur Bertuah Nyiur Celaka. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Bhd., 1981 - Suatu Subuh yang Bening (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985 - Titisan Indah Di Bumi Merkah (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985 - Angin Pulau (antologi bersama). Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985 - Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986 - Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1988 - Cerpen Malaysia Selepas Perang Dunia ke-2 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988 Esei/Sastera - Sembang Sastera, Bersama Orang Persuratan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998 Puisi - Permatang Budi (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1991 Umum - Etika dan Kewartawanan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986 - Isu Pendidikan di Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 Pautan - A. F. Yassin - Biodata - Best book - A. F. Yassin
http://www.afyassin.com
A.F. YASSIN A.F. YASSIN (Ahmad Fadzil bin Haji Yassin, Fuad Hashim, Pena Kembara, B. Afizan, AFY) LAHIR : 25 Disember 1944, di Kampung Gadung, Kota, Negeri Sembilan. ALAMAT : No. 26, Jalan 3/6K, Peti Surat 53, 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. A.F. YASSIN mula terlibat dalam bidang penulisan dan kewartawanan pada tahun 1968 semasa bekerja sebagai Penyelia Teknik di kilang tekstil, Textile Corporation (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat Jepun di Johor Bahru. Sebagai pelajar aliran sains, minatnya dalam bidang penulisan dan kewartawanan memang dianggap janggal. Minatnya ini lahir apabila melihat sikap kebanyakan pekerja Melayu di syarikat itu yang tidak dapat menerima cara kerja jurutera Jepun. Sebilangan pekerja di kilang itu berhenti kerana tidak tahan bekerja lasak atau lebih waktu. Sikap anak-anak muda Melayu yang bekerja di kilang itu dijadikannya bahan penulisan menerusi "Forum Pembaca", Berita Harian, 27 September 1968. Setahun kemudian, A.F. Yassin berpeluang mengikuti latihan teknikal dalam bidang pemasangan jentera berat di syarikat tekstil Unitika Limited, di Nagoya, Jepun selama enam bulan. Sekembalinya ke tanah air, A.F. Yassin mengambil kesempatan untuk menulis beberapa buah rencana tentang budaya kerja orang Jepun yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia, Utusan Zaman dan Berita Harian. Pada masa yang sama, beliau tidak melupakan penulisan kreatif, khususnya cerpen. Pada tahun 1970, cerpennya yang pertama tersiar dalam majalah Dian, berjudul "Satu Keputusan" (1969). Ceritanya berkisar pada kisah cinta seorang teruna Melayu yang jatuh hati terhadap gadis Jepun yang kuat memegang adat dan susila bangsanya. Pada pertengahan tahun 1970, A.F. Yassin meletakkan jawatan untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang perakaunan (Institute of Cost and Management Accountancy, ICMA). Semasa setahun di ITM, A.F. Yassin giat menulis dan sering mengirim rencana/berita kepada Berita Harian dan Utusan Malaysia. Malah pada suatu waktu, A.F. Yassin pernah dilantik menjadi pengarang surat khabar kampus, Suara Institut, kelolaan Kesatuan Pelajar Institut Teknologi MARA (KPITM). Bersama-sama Ruhannie Ahmad (kini Ahli Parlimen Parit Sulong) dan beberapa orang penulis berbakat dari ITM, A. F. Yassin mengasaskan penubuhan Persatuan Penulis Shah Alam. Musleh Mashudi dilantik sebagai Ketua Satu. Pada tahun 1971, A.F. Yassin mengikuti kursus kewartawanan di Southeast Asia Press Centre selama dua minggu di Jalan Ampang. Dengan pengalaman kursus tersebut, A.F. Yassin diterima bekerja di Berita Harian sebagai sub-editor. A.F. Yassin diberi tugas menterjemah berita-berita luar negera dan mengolahnya kembali untuk konsumsi tempatan. Kebanyakan berita yang diterjemahkan adalah tentang politik dan ekonomi. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada A. Samad Ismail dan A. Samad Said memberi kesempatan kepada A.F. Yassin memahami selok-belok dunia persuratkhabaran. Bagaimanapun, tiga bulan kemudian A.F. Yassin menerima tawaran jawatan sebagai pembantu sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di DBP, A.F. Yassin bertugas di Unit Kegiatan Sastera, sebagai penyelaras di bawah pimpinan Usman Awang. Di samping itu, A.F. Yassin dikehendaki menulis untuk ruangan "Pita Sastera" dalam majalah Dewan Sastera yang melaporkan kegiatan sastera tanah air. A.F. Yassin juga bertindak sebagai "wartawan" majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat. Pada tahun 1974 A.F. Yassin dilantik sebagai Penolong Editor Dewan Masyarakat dan setahun kemudiannya sebagai Timbalan Editor di bawah pimpinan M. Noor Azam. Dua tahun kemudian, dengan galakan Noor Azam, A.F. Yassin berangkat ke Indonesia bagi melanjutkan pendidikannya di Universitas Padjajaran, Bandung dalam bidang publisistik (komunikasi). Semasa menuntut, A.F. Yassin diberi peluang mengisi ruangan Dewan Masyarakat yang diberi judul "A.F. Yassin dari Bandung" yang memuatkan tulisannya tentang peristiwa semasa di Indonesia. Di samping itu, A.F. Yassin terus menghasilkan cerpen dan esei sastera untuk akhbar dan majalah tanah air terutama dalam Mingguan Malaysia dan Dewan Sastera. Pada akhir kuliah setiap mahasiswa diwajibkan mengikuti Kuliah Kerja Nyata (KKN), dan latihan praktikal di media massa. Dalam KKN, ini A.F. Yassin ditugaskan dengan sekumpulan mahasiswa membuat penyelidikan tentang keberkesanan komunikasi pembangunan di kalangan penduduk di Padalarang, kira-kira 20 kilometer ke selatan Kota Bandung. Latihan praktikal di media massa pula dilakukan di akhbar harian Pikiran Rakyat di Kota Bandung selama tiga bulan. Tesis A.F. Yassin berpusat kepada etika kewartawanan di Malaysia yang kemudian diolah kembali dan diterbitkan pada tahun 1986 dengan judul Etika dan Wartawan. Pada tahun 1980, A.F. Yassin lulus Ijazah Sarjana Sains Komunikasi dan sekembalinya ke tanah air beliau terus dilantik ke jawatan Pegawai Penyelidik dan bertanggungjawab sebagai Editor Dewan Masyarakat. Bersama-sama M. Noor Azam sebagai Ketua Editor, beberapa perubahan kepada format Dewan Masyarakat dibuat, termasuklah memperdekatkan majalah itu dengan semua golongan pemimpin masyarakat termasuk pemimpin politik, ekonomi, pendidikan dan badan-badan sukarela. Misalnya, dalam keluaran Dewan Masyarakat pada 15 Julai 1980, isi Dewan Masyarakat telah dirancang untuk meminta pandangan beberapa tokoh dan pihak tentang kebangkitan semula Islam. Pada akhir tahun 1982, A.F. Yassin dilantik pula menjadi Editor Dewan Budaya. Menjelang Mac 1983, A.F. Yassin melepaskan tugas dan tanggungjawab di DBP kerana menerima tawaran bekerja daripada Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Penerbitan. Bagi mendalami pengetahuan dalam penerbitan buku khususnya, A.F. Yassin mengikuti kursus intensif dua minggu di The Unwin Foundation Book House Training Centre, Oxford, dari 9 hingga 23 September 1983. Semasa mengikuti kursus ini, A.F. Yassin sempat berkenalan dengan editor-editor kanan dan pengurus penerbitan daripada penerbit-penerbit besar dari United Kingdom, termasuklah Cambridge University Press, Longman International, Macmillan, Heinemann dan Oxford University Press. Penglibatan A.F. Yassin dalam penulisan turut terserlah menerusi kegiatannya yang berkaitan dengan bidang sastera, budaya dan penerbitan. Misalnya, pada tahun 1972, A.F. Yassin dilantik menjadi Penolong Setiausaha Persatuan Penulis Nasional
| SEJENAK DI TANAH KELAHIRAN TONGKAT | Merisik Kenangan di Dua Tanjung
Sungai Muar dan Sungai Sedili menyaksikan seorang insan “membina” dirinya menjadi seorang tokoh besar dalam dunia persuratan. Di pinggir Sungai Muar, persisnya di Tanjung Mas, insan ini bergabung dengan pengarang Jimmy Asmara dan beberapa pencinta bahasa berbincang-bincang tentang nasib Perkumpulan Peminat Bahasa dan Sastera Muar (PPBM) yang baru sahaja direstui penubuhannya di Kelab Muar. Di pinggir Sungai Sedili pula, persisnya di Tanjung lembu (sekarang dinamakan Tanjung Sedili) insan ini dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana pasrah kampung nelayan.
Ketika meredah kedua-dua tanjung itu untuk merakamkan kenangan lama itu, saya bersama kru penggambaran Jejak Bahasa dari TV3 dan Dewan Bahasa dan Pustaka, cuba menggarap setiap detik sejarah yang berlalu. Di Tanjung Mas ada beberapa anggota PPBM yang meneruskan kegiatan yang memberi penjelasan. Antaranya Cikgu Aziz Mohd selaku Ketua, Cikgu Adam, Cikgu Manaf Mahat, Cikgu Ishak A. Rahman, Haji Abu Hassan Tulus, Hassan Meon dan Mahni Ahmad. Penjelasan pagi lebih bermakna apabila isteri Allahyarham Jimmy Asmara, Kak Esah turut hadir bersama anak bongsunya, Yazid Jaafar. Manakala di Tanjung Lembu pula, ada Halimah Ghani, 77 tahun, dan Zul Abidin Wanchik memberi penjelasan.
Kesemua mereka, baik yang di Tanjung Mas mahupun Tanjung Sedili menjelaskan tentang insan yang namanya terpahat dalam sejarah persuratan. Insan itu ialah Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warant). Usman yang namanya baru sahaja diabadikan di jalan besar Pekan Sedili adalah salah seorang sasterawan yang namanya akan melakari sebuah episod dalam Siri Jejak Bahasa 2, dijadualkan disiarkan pada bulan September akan datang. Judul episod “Perjalanan Bahasa: Sasterawan dan Proses Pengkaryaan.” Usman dan beberapa tokoh lain seperti A. Samad Said dan Abdullah Hussain dipilih sebagai fokus perbincangan.
Tanjung Mas mempunyai nasib yang lebih baik berbanding Tanjung Sedili. Lokasinya di muara Sungai Muar dan menjadi sebahagian daripada bandar Muar, yang terbesar di Johor, menjadikannya sebuah taman indah untuk dikunjungi pelancong, terutamanya. Usman barangkali akan lebih merasakan kemesraan Tanjung Mas, ketika berkunjung menyaksikan penubuhan PPBM dahulu. Di Tanjung Sedili, Usman cuma akan hanya mengenang mesra sebagai tempat lahir dan dibesarkan. Setiap kali Usman menaiki bot penambang dari Tanjung Sedili ke Kuala Sedili, dia akan menghimbau kenangan masa kecilnya. Usman menggunakan bot penambang menyeberangi Sungai untuk ke sekolah di Kuala Sedili. Kami merakamkan jalan kenangan itu dengan menaiki bot penambang dari jeti Tanjung Sedili dan berlabuh sebentar di jeti Kuala Sedili sebelum berpatah balik. Kata adik Usman, Zul Abidin, “Abang Usman selalu bawa bekal ke sekolah. Masa rehat dia makan bersama kawan-kawan di tepi sungai menghadap laut lepas. Dulu mana ada kantin.”
Di Tanjung Mas tidak ada lagi bot penambang. Jembatan Muar merubah segalanya. Tiada lagi bunyi tut-tut bot yang setiap masa membingarkan. Tanjung Mas sudah punya jembatan, tetapi Tanjung Sedili belum lagi. Barangkali penduduk-penduduk tidak mahu jembatan kerana ingin mengekalkan suasana sekitaran seperti dulu. Tanjung Sedili bukan Tanjung Mas. Kehidupan nelayan di Tanjung Sedili adalah kehidupan “tut-tut” bot penambangnya.
Sungai Muar turut dikaitkan dengan kesultanan Melayu Melaka. Sungai ini merupakan penghubung antara Melaka, Pahang dan terengganu. Diriwayatkan Sungai Muar dianggap jantung dan nadi kehidupan zaman kesultanan di Melaka. Dikatakan Hang Tuah ke Pahang mudik sungai Muar dan pulang membawa Tun Teja dengan menghilir sungai yang sama. Sehingga dengan demikian sungai Muar mendapat jolokan “Laluan Teja”. Tidak kurang pentingnya ialah Makam Sultan Alauddin Riayat Shah dan Makam Mat Berani. Kedua-dua tokoh ini dibabitkan dengan kesultanan Melaka.
Diriwayatkan juga, Sultan ini pergi berburu di sekitar Pagoh. Ada yang kata baginda meninggalkan istana untuk belajar agama. Apapun ceritanya, menurut penduduk Kampung Raja, di mana makam itu ditempatkan, Sultan itu mangkat setelah tercucuk jarum ketika sedang menjahit. Apa yang dijahitnya kurang pasti. Lalu keluar darah putih, bukan darah merah. Darah putih ini menarik, malah Othman Ismail, ketua projek Jejak Bahasa membuat andaian, “Yang keluar itu nanah tak?”
Ditanya bagaimana orang tahu sultan mangkat di tempat itu. Menurut penduduk kampung, adalah orang raja dari Melaka datang berburu sambil mencari sultan yang hilang itu. Ketika sampai di Pagoh, gajah yang ditunggangi terlanggar batu nisan, terus mati. Maka semua yang berburu yakin bahawa batu nisan itu adalah batu nisan Marhum Sultan Alauddin dan gajah yang mati itu telah terkena daulat raja. Dan sejak itu tempat itu dikatakan tempat mangkatnya Sultan Aalauddin. Telah dibina sebuah masjid dan muzium, tetapi bangunan muzium tinggal terkunci dan di dalamnya kosong tak berisi. Ketika rombongan Jejak Bahasa sampai di Makam Pagoh itu muzium tetap tidak dapat dibuka. “Kuncinya entah di mana,” jelas seorang penduduk.
Yang menarik ialah makam Mat Berani, terletak di tepi jalan di pinggir Sungai Muar. Cerita Mat Berani ini lain lagi. Konon riwayatnya, Mat Berani merupakan salah seorang panglima Sultan Mahmud yang cuba mempertahankan Melaka menjelangnya jatuhnya Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Menurut Ketua Kampung, Johari Abdul Hamid, Mat Berani sebenarnya tidak mati dalam peperangan tapi berundur ke kampung itu dan meninggal kerana sakit. Pagoh merupakan benteng orang Melayu menentang Portugis. Pagoh itu sendiri beradal daripada perkataan “menangguh” atau berkubu, Sultan dan orang-orangnya dikatakan singgah “menangguh” atau berhenti sementara sebelum berundur jauh ke pedalaman. Maka tempat sultan singgah itu akhirnya dinamakan Pagoh. Makam Pagoh turut dirakamkan oleh Jejak Bahasa untuk melihat semangat perjuangan orang Melayu menentang penjajahan.
Sebelum meneruskan perjalanan menuju Johor Bahru, rombongan singgah di rumah “penglipur lara” Ali Badron Sabur di Batu Pahat. Ali Badron petah berpantun apatah lagi yang ada kaitan dengan kata-mengata, kelucuan dan sebahagiannya “hanya sesuai untuk orang dewasa” sahaja. Ali Badron berpantun macam air lalu, lengkap dengan sejarah dan syair gurindamnya.Cuma Ali Badron bimbang tradisi pantun akan pupus kerana jarang ada anak muda yang mahu meneruskannya. Katanya, “Saya tengah usahakan supaya cucu saya, Faez Daniel, 4 tahun, mencintai pantun. Kadang-kadang saya suruh saya membuat sesuatu dengan berpantun, biasanya melalui pantun dua kerat.”
Seorang pelajar perempuan, Nirzwana Salahuddin, 17 tahun, dari Parit Raja kini sedang belajar bersyair dan bergurindam dengan Ali Badron. “Minta-minta dia akanminati warisan kita ini sampai bila-bila dan dia boleh turunkan kepada orang lain pula,” katanya. Pelajar ini bersyair Siti Zubaidah dan Selendang Delima sambil turut mempersembahkan Gurindam 12 Belas. Nirzwana punya bakat dan Ali Badron bekerja keras memanfaatkan bakat itu. Kata Othman, “Syair yang dilagukan Nirzwana itu sama dengan syarir yang dibaca kumpulan Gurindam 12 di Pulau Penyengat dulu.” Pulau Penyengat yang turut dikunjungi Jejak Bahasa akhir tahun 2000 dahulu turut mempersembahkan Syair Gurindam 12nya.
Di Johor Bahru sebelum ke Tanjung Sedili, rombongan merakamkan peranan Yayasan Warisan Johor dalam memartabatkan bahasa, sastera dan budaya di negeri Johor. Penyair Zam Ismail, yang juga Timbalan Pengarah Yayasan menghuraikan kegiatan Yayasan Yayasan adalah pusat dokumentasi budaya dan bergiat memugar khazanah sejarah termasuk makam-makan diraja dan artifek-artifek yang ditemui di negeri itu. Menurut Zam peruntukan yang mencukupi diberikan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kegiatan yang berhubung kait dengan kebudyaan dan kesenian. Selama dua malam berturut-turut, Yayasan mempersembahkan Ghazal dan Zapin untuk rakaman Jejak Bahasa. Kedua-dua persembahan diadakan di Anjung Warisan, tempat makan cara tradisi beratapkan rumbia dan berkonsepkan Melayu. Pengunjung makan bersela dan sebelum masuk ke tempat makan pengunjung mesti tanggal kasut.
Zam turut bersama rombongan ke Tanjung Sedili. Dia diperlukan untuk mendeklamasikan sajak “Ke Makam Bonda” karya Usman Awang di rumah ibu tiri Usman, kira-kira tujuh kilometer dari tempat Usman dilahirkan. Selesai penggambaran, kami dimaklumkan bahawa ayah Usman yang bernama Wanchik (Awang nama yang lebih popular) seorang nelayan berbapakah Wan Din. Dan Wan Din berasal dari Terengganu. Rumah yang didiami ibu tiri Usman itu adalah hadiah Usman sendiri kepadanya sebagai lambang kasihnya. Rumah yang siap dibina lapan tahun dahulu itu terletak di tepi jalan di tanah seluas lapan ekar. Kata Zam, “di atas tanah inilah nanti, dicadangkan pembinaan memorial Usman Awang.”
- Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
| PRESIDEN KULIT HITAM PERTAMA AMERIKA SYARIKAT 20 JANUARI 2009 | Setelah mengikuti kempen Barack Obama sebagai calon untuk Presiden Amerika Syarikat ke-44 selama setahun setengah, saya teruja untuk memuaskan hati saya bahawa minat saya terhadap kempen presiden amerika kali ini adalah yang paling tingi dan mendalam. Hal ini mungkin disebabkan cara Obama bercakap dalam rapat umum, dalam dialog antara calon melalui moderator dan yang paling terkesan caranya mematikan hujah Hillary Clinton dalam kempen pertama kempen domokrat untuk memilih calonnya menentang calon Parti Republican.
Saya yakin kisah panjang kempen presiden Amerika ke-44 ini akan sentiasa kekal dalam ingatan saya selagi hayat dikandung badan. Amerika Syarikat telah memilih presidennya dalam kalangan orang bukan kulit kali pertama dalam sejarah. Obama berayahkan orang Kenya. Bapanya berkahwin dengan orang kulit putih. Ibu Obama kemudian bekahwin dengan orang Indonesia dan tinggal beberapa tahun di Jakarta.
Nama penuh Obama ialah Barak Hussein Obama kerana nama tengah "Hussein" itu adalah nama ayahnya, seorang Islam dari Kenya. Paling menatik ialah apakah pandangan dan cara berfikir Obama kepaa dunia Islam, walaupun beliau seorang kristian dan kiblat fikirannya masih tetap memihak kepada negara Yahudi Israel.
Kemenangan Obama tidaklah begitu sukar diramal memandangkan kebencian yang meluap-luap kebanyakan rkyat Amerika kepada Gorge W. Bush Presiden ke-43 Amerika Syarikat yang akan mengakhiri zaman kepresidennya pada 19 Januari 2009 ini.
Di bawah ini dipetik kembali berita perlantikan Obama sebgai Presiden Amerika Syarikat ke-44 tiga hari sebelum peristiwa bersejarah di Washgington D.C. Petikan daripada akhbar The Star Online, 17 Januari 2009. 8.07 pagi.
Saturday January 17, 2009
All eyes on the new chief
STATE SIDE WITH FOO YEE PING
(The Star Online, 17 January 2009)
Cheers and jeers are reverberating everywhere in these twilight days of a presidency and the dawn of a new administration at the White House.
SOMEBODY is ending his career in Washington soon, and for those who see him as a symbol of what’s ailing America, Jan 20 can’t come soon enough for what they describe as the “end of an error”.
Much reviled and little revered by the US media, George W. Bush is departing on such a sour note that TV comedians are saying bye-bye to him in a most gleeful manner.
He took his final trip on Air Force One last Saturday – looking very happy, according to reporters on board – but went off without a champagne toast with the press, unlike what Ronald Reagan did during his last official flight.
Incoming president Barack Obama has also not entirely been within easy reach of most American journalists.
“He has not sat down with us for an interview (unlike Bill Clinton and Bush when they were elected),” said assistant managing editor Richard L. Berke of The New York Times.
“He has kept tough questions at a distance.”
The Obama camp, he believed, would have its own way of conveying its message through the Internet.
Others were stunned that the Obama transition team released pictures of the Obamas getting their girls ready for school. This, they said, was something that the Clintons would never do. Chelsea Clinton was strictly off limits.
But, for now, the country is transfixed with the inauguration of its 44th president, an event so big that even Nickelodeon is covering it.
Newspaper people such as Berke are looking at ways to publish a memorable page one photograph instead of the usual image of the president raising his hand at the swearing-in ceremony.
What would Obama’s message be on that day, in these tough times?
“I won’t be surprised if he tamps down expectations. He will say that Americans have to be reasonable; there will be the notion of sacrifice,” said White House correspondent Sheryl Gay Stolberg at a public talk on Obama’s first 100 days, which is part of the Arts and Leisure Weekend organised by the NYT.
Americans, even the Republicans, want their new president to succeed. Obama, on his part, wants it to be known that he inherited the problems that are weighing down the country.
“There is a lot of goodwill out there,” said Washington bureau correspondent Jeff Zeleny, “but he can’t be all things to all people. It would be interesting to see how he deals with the disappointment.”
The next commander-in-chief, to be sworn in as Barack Hussein Obama, will become a president who attempts to reach out to the Muslim world, Stolberg said.
“He would also be very supportive of Israel,” Stolberg said.
In a way, the Bush administration is seeing in Obama a vehicle to his legacy.
As Peter Baker, another White House correspondent, explained, Obama’s counter-terrorism strategies won’t be that much different from Bush’s, neither would the United States be exiting from Iraq that much faster under Obama.
He said Pakistan would be on top of the list of concerns for the Obama administration.
“Iran, too. Iraq is on a path that seems more manageable. Middle East? Every few years, you would expect it to explode,” said Baker.
These White House correspondents, who have followed US presidents over the years, said there was an art to covering their press conferences.
“The goal is to get him off his talking points,” said Baker, who co-wrote the breaking story about the Monica Lewinsky scandal.
Due to limited time, they would often collaborate among themselves to ensure that the best questions were presented to the president.
Stolberg recalled what she felt was one of the best questions ever for Bush.
“Someone asked him ‘Sir, what would you say to Americans who have to pay US$4 for a gallon (RM3.78 per litre) of gas’?” said Stolberg.
Bush, she said, was stumped.
By far, the biggest embarrassment for the Obama transition team was New Mexico governor Bill Richardson’s withdrawal for the commerce secretary job due to a federal probe on how a political donor won a business contract from his state administration.
Richardson, Zeleny said, had a tight bond with Obama, and who “went out on a limb to endorse Obama (instead of Hillary Clinton).”
Another interesting thing to watch out for: how much dissent would Obama tolerate from fellow Democrats, even during his own meetings; whether he is really as open-minded as he claimed himself to be.
And as Zeleny noted, there is no question of some conflict between Hillary and vice-president Joe Biden.
“He’s got to be thinking: what the hell is she doing here?” Berke said.
Though Obama had run a smooth campaign, Stolberg said, he would now have to preside over a Cabinet with big egos.
But for now, Obama’s the new game in town. Publications and TV shows which have never used to cover politics – such as People magazine and Entertainment Tonight – are getting into the act.
There would be plenty of material for them, as press reports have indicated, for instance, that dining out in Washington would be different now, as Obama is known to love eating out.
“This is unlike Bush whose idea of a big night out is dinner with Karl Rove,” Stolberg said.
As for the 11 million Americans who are out of jobs, their eyes and ears are fixed on Obama.
“If the economy is going to be in the exact point as it is now, he might be just a one-term president,” Zeleny said.
| YANG TERKILAN DALAM MAJLIS HADIAH SASTERA | Mencari Nilai Realis Dalam Hadiah Sastera
Oleh A.F. Yassin
Terkilan ada, akomodatif pun ada. Inilah yang dirasakan dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Utusan-Exxonmobil baru-baru ini di Hotel Shangrila di Kuala Lumpur. Amat besar kemungkinan ada di kalangan pemenang yang terkilan kerana tidak berpeluang bersalaman dengan perdana menteri, Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad dan seterusnya menerima hadiah dari tangannya sendiri sendiri. Semua maklum Dr. Mahathir akan memberi laluan kepada timbalannya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi perdana menteri Oktober depan.
Sebelum majlis bermula seorang bekas sepeaker Dewan Negara memperlihatkan wajah terkilan kerana beliau dan isteri “dijemput” duduk oleh seorang penyambut tetamu di meja khas VIP. Ternyata penyambut tetamu itu (seorang wanita muda dan cantik) tidak kenal beliau kerana masih memanggilnya “encik” dan berkeras meminta tetamu suami isteri itu duduk di tempat yang ditunjuknya. Untung sahaja Yusnita, salah seorang anggota penganjur majlis “menyelamatkan” keadaan dengan secara apolegetik menjemput mereka duduk di meja VIP.
Kemdian timbul juga pertanyaan: Apakah ketua panel hakim Hadiah Sastera Utusan-Exxonmobil, Dr. Othman Puteh terkilan ketika seorang pemenang, Dato’ A Samad Said berkata kepadanya, “Awak menangkan saya ya!”. Saya yakin Samad ikhlas apabila berkata begitu kerana ada sikap bercanda dan mengusik dari nada suaranya. Selama ini Samad dan Othman amat memahami canda dan usikan masing-masing dan Samad juga menghormati Othman, di samping sasterawan adalah juga seorang ahli akadamik yang rasional, yang memberikan pandangan yang objektif terhadap seseorang sasterawan lain dan karya-karyanya.
Malam itu, penganjur Hadiah Sastera sememangnya berusaha untuk lebih akomodatif kepada setiap tamunya agar berasa selesa dan santai. Ini majlis kemenangan, bukan majlis balasungkawa dan tentunya suasana meriah harus menguasai suasana. Misalnya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu Berhad, Tan Sri Kamarul Ariffin banyak menyelamatkan keadaan apabila satu majlis khas diadakan untuk penyampaian cenderamata dan hadiah penghargaan kepada pemenang hadiah sagu hati di Bilik Johor. Ini kerana dalam majlis rasmi nanti hanya hadiah utama yang akan disampaikan perdana menteri.
Dengan penuh kemaafan, Kamarul dalam ucapan ringkasnya menjelaskan bahawa pada mulanya beliau mahu majlis penyampaian hadiah penghargaan kepada pemenang dan ahli panel hakim diadakan pada hari yang lain. Namun setelah menimbangkan segala faktor kos dan masa maka ia diadakan pada hari yang sama. Turut hadir dalam majlis ringkas tetapi penuh bermakna ini ialah wakil penaja utama, Rob Fisher, pengerusi subisdiari Exxonmobil di Malaysia. Cuma oleh keputusan untuk mengadakan majlis ringkas ini dibuat pada saat-saat akhir maka ada pemenang hadiah penghargaan yang tidak sempat hadir, antaranya Khadijah Hashim yang menang dalam kategori puisi.
Ketika majlis rasmi berlansung, Rob Fisher sendiri, yang baru sahaja memulakan tugas di Malaysia, berusaha bertungkus lumus memerangi “slanga mat salehnya” untuk berucap sebahagian dalam bahasa Melayu. Beliau meminta pengertian majlis untuk “tidak terseksa” mendengar sebutan mat salehnya. Rob Fisher tidak segan malah bersikap begitu akomodatif. Semua perkara yang dikaitkan dengan hadiah sastera diucapkan dalam bahasa Melayu sementara hal-hal yang berkait dengan fungsi Exxonmobil dalam bahasa Inggeris. “Wajarlah begitu,” kata seorang ahli politik veteran yang hadir. “Orang Amerika kan hebat dalam perhubungan awamnya.”
Demikianlah beberapa coretan suasana yang sempat dirakamkan ketika majlis berlangsung. Kira-kira 300 orang jemputan, terdiri daripada pengarang, sasterawan, ahli-ahli politik dan ahli-ahli korporat tidak terasa tersisih mengikuti jalannya upacara. Bagaikan elemen sastera itu sendiri menjadi jambatan penjalin kemesraan. Tidak terlihat wajah-wajah bosan menguasai suasana. Tidak tahulah kalau ada yang cuba melindunginya. Maklum sajalah majlis diserikan oleh kehadiran perdana menteri.
Malam itu perdana menteri bercakap tentang sastera. Beliau menghargai jasa tokoh-tokoh bahasa dan sastera terdahulu seperti Abdul Rahim Kajai, Harum Aminurrashid, Keris Mas, Usman Awang dan Zaába. Perdana Menteri bukan mahu bernostalgia tetapi “bertujuan mengingatkan bahawa di samping mempertahankan jati diri bangsa, mereka juga pelopor modenisasi serta kemajuan umat.” Minda tokoh-tokoh ini tidak tertutup kepada realiti kehidupan moden dan mereka berfikiran dinamis. Mereka adalah pendokong dan pembawa obor nasionalisme Melayu semasa perjuangan menentang penjajahan dahulu.
Sekurang-kurangnya apa yang diucapkan perdana menteri bersesuain dengan kandungan novel 1515 yang merangkul hadiah utama kategori novel remaja. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani), pengarangnya mengolah cerita dengan pendekatan bukan konvensional dan ini dianggap satu pensebatian antara unsur tradisi dan modeniti. Tradisi (sejarah) dari sudut fakta dan modeniti ( bukan konvensional) dari sudut teknik. Ternyata judul novel turut dipengaruhi konsep modeniti ini. Kerana dari sudut sejarah tarikh 1515 tidaklah begitu penting berbanding tarikh 1511.
Barangkali Faisal memilih judul ini sebagai jalan tengah untuk bersikap lebih positif kepada nasib bangsa Melayu. Tarikh 1511 tidak perlu lagi didewa-dewakan sebagai tahun keramat bangsa kerana ia hanya mengundang rasa duka dan nostalgia mengharukan. Pada tarikh berkenaan Portugis mengoyak-ngoyak maruah bangsa apabila mengalahkan bangsa Melayu di Melaka.
Dr. Mahathir cuba berkias apabila menyatakan rasa kesalnya dengan tabiat membaca masyarakat Malaysia. Katanya purata orang Malaysia membaca dua muka surat setahun, tidak termasuk “akhbar dan surah Yasin.” Tabiat ini memberi pukulan hebat kepada penjualan buku termasuk karya sastera seperti novel. Barangkali ada yang tidak kena dengan dunia penerbitan buku hari ini. Apakah buku yang diterbitkan tidak menarik atau masyarakat Malaysia malas membaca?
Daripada analisis yang diberikan perdana menteri, dapat ditebak bahawa karya yang dihasilkan pengarang Malaysia belum mampu menarik minat pembaca berbanding yang dihasilkan pengarang Barat. Unsur ketegangan dan teknik bercerita “pengarang kita” belum mampu menyaingi pengarang Barat, walaupun sebenarnya pengarang Barat ini masih menggunakan pendekatan konvensional. Ini jugalah puncanya mengapa novel karya pengarang besar “kita” tidak laris di pasaran.
Sedikit sebanyak nilai moral ucapan perdana menteri ini membawa maksud pengarang perlu bersikap realistik apabila berkarya. Bagaimana mengubah rasa pembaca terhadap karya Melayu mesti diberikan perhatian, tidak semata-mata mementingkan teknik dan pendekatan bercerita. Satu kajiselidik pemasaran perlu dibuat, kalau boleh oleh pengarang sendiri untuk mencipta minat di kalangan pembaca. Kadang-kadang terfikir juga apakah perdana menteri ingin mengingatkan kaum penulis supaya tidak “menulis semata-mata untuk seni” tetapi menulislah “untuk masyarakat”. Dan ini jugalah yang diterapkan oleh pengarang-pengaran besar terdahulu seperti yang disebut perdana menteri
Kiasan perdana menteri ini meletakkan panel pengadil Hadiah Sastera, tidak kira Hadiah Sastera Utusan-Exxonmobil atau Hadiah Sastera Perdana dan lain-lain, di satu persimpangan. Mahu mencari pembaharuan dalam sesuatu karya atau mempastikan karya laris di pasaran dan kalau perlu diiktiraf baik untuk bacaan di sekolah-sekolah? Saya yakin ketua panel hakim Hadiah Sastera Utusan-Exxonmobil malam itu pulang dengan membawa sebungkal pesan dari perdana menteri. Apakah Othman akan bersikap akomodatif atau terkilan dengan kiasan perdana menteri itu sama-samalah kita tunggu tugas barunya untuk tahun 2003. Itupun kalau peranannya masih dikekalkan! Ends.
| HIJRAH GHAFFAR DARI ADAT PERPATIH KE TEMENGGUNG! | GHAFAR: ANTARA TEMENGGUNG DAN PERPATIH
Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba lahir dand dibesarkan sehingga berusaia 13 tahun di wilayah Adat Perpatih, Luak Ulu Muar dalam Daerah Kuala Pilah. Ibu bapanya telah dikadimkan menjadi pengikut Adat Perpatih, ketika kedua orang tuanya, Baba dan Saodah berhijrah dan berkahwin di Kuala Pilah. Walaupun pandangan umum hari ini meletakkan kedudukan Ghafar sebagai orang Melaka, berdasarkan ayahnya, Baba, berasal dari Kampung Sungai Udang, Melaka dan ibunya Saodah Salleh yang berasal dari Kampung Bemban, Jasin. Namun setelah Baba dan Saodah berhijrah ke Kampong Jawa di Kuala Pilah untuk menyertai abangnya, Cikgu Hitam dan isterinya Peah, mereka telah dikadimkan, iaitu “masuk suku” yang membawa makna menjadi ahli keluarga dijadikan anggota suku Peah.
Hitam yang bertugas sebagai guru di kampung itu telah berkahwin dengan Peah, anak tempatan dari Suku Biduanda. Kampung Peah yang bernama Kampong Jawa kemudian ditukar namanya kepada Kampong Tebat (Tobek) Kering seperti yang diceritakan Haji Jamaluddin Ali dan isterinya Hajah Khadijah Yunus yang menetap di Kampong Sawah Lebar. Haji Jamaluddin adalah rakan sekolah Ghafar sewaktu kecilnya.
Sebagai anggota suku dalam Adat Perpatih, apatah lagi Suku Biduanda, Peah mewarisi sebidang tanah dan rumah di Kampung Tebat Kering itu. Ini dinyatakan dengan panjanag lebar oleh jiran terdekat Peah yang mewarisi rumah dan tanah yang dimiliki Peah, Cikgu Othman Haji Samah. Cikgu Othman berasal dari Kampong Mayon, Chengkau Hulu, Rembau dan bersemenda dengan suku Biduanda, seperti halnya Cikgu Hitam, abang Baba.
Melalui sistem Adat Perpatih, baik di Kuala Pilah, mahpun di Alor Gajah (Naning), orang luar (orang semenda) yang berasal dari luar sistem adat ini, jika mahu berkahwin dengan anggota dari dalam sistem adat (tempat semenda) akan mengiukuti adat perkahwinan mengikut Adat Perpatih. Orang lelaki dari luar yang ingin berkahwin dengan wanita dari suku perempuan (orang adat) mestilah terlebih dahulu mengikut proses kadim supaya wujud konsep orang tempat semenda. Inilah yang terjadi kepada Hitam yang berkahwin dengan Peah. Hitam dari Sungai Udang, Melaka (orang luar Adat Perpatih) dikadimkan sebagai anggota Suku Biduanda (orang semenda), iaitu suku Peah (tempat semenda).
Haji Jamaluddin dan Cikgu Othman sekata dengan kedudukan Baba dan Saodah suami isteri ketika menetap di Kg. Tebat Kering. Baba dan isterinya telah dikadimkan atau “masuk suku” dan menjadi anggota kepada suku keluarga Peah, walaupun hal ini agak berbeza dengan apa yang ditulis Ghafar dalam memoirnya Penitianku. Dalam memoir ini Ghafar menganggap ibu bapanya adalah dari Suku Mungkal (Penitianku, 2006). Dengan demikian pengakuan itu menunjukkan bahawa Ghafar sendiri adalah dari suku Mungkal sehingga beliau pindah ke kampung bapanya di Sungai Udang. Dan ini sebenarnya tidak menjejaskan pengakuan Ghafar bahawa beliau dan ibu bapanya telah “masuk suku” dan dengan demikian mengamalkan sistem Adat Perpatih di Kuala Pilah.
Dalam pada itu ada pula yang mempertikaikan kesahihan suku ibu bapa Ghafar. Umumnya pengamal Adat Perpatih mengetahui bahawa orang lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dalam suku yang sama. Misalnya Baba bin Kassim, bapa Ghafar tidak boleh berkahwin dengan Saodah bte Salleh, ibu Ghafar. Penitianku ada menyebut bahawa kedua-dua ibu bapa Ghafar berkahwin di Kuala Pilah, mungkin di rumah abang Baba, iaitu Cikgu Hitam. Oleh kerana mereka datang dari Melaka, Baba dari Sungai Udang dan Saodah dari Kampung Bemban, maka mereka berdua mungkin telah dikahwinkan sebelum dikadimkan (masuk suku) ke suku Mungkal.
Hanya, Cikgu Hitam, abang Abdullah tidak dinyatakan sukunya atau dari mana asalnya. Mungkinkah Cikgu Hitam ini lahir di Kuala Pilah atau berhijrah dari Sungai Udang, Melaka dan kemudian memilih masuk ke Suku Mungkal sesudah dikadimkan. Setelah itu beliau berkahwin dengan Peah dari Suku Biduanda dan dengan itu Cikgu Hitam menjadi orang semenda di suku Biduanda. Tetapi ini tidak pula menjawab masalah Baba dan Saodah, kecuali jika Baba dan Saodah memilih untuk dikadimkan ke dalam suku abang Baba, Cikgu Hitam. Jika ini yang terjadi maka masalah Baba dikadimkan ke Suku abangnya Cikgu Hitam Mungkal tidak timbul lagi. Yang masih menjadi tanda tanya ialah ke suku mana Saodah dikadimkan? Sebabnya, seperti lazim, tidak ada sepasang suami isteri yang boleh dikadimkan ke dalam suku yang sama.
Budayawan Norhalim melihat kemungkinan bahawa Saodah dikadimkan ke dalam Suku lain daripada suaminya Baba. Mungkin ke Suku Biduanda atau ke suku-suku yang lain yang ada di Kuala Pilah. Biasanya terdapat sejumlah suku yang bernaung di bawah satu luak, bergantung dari mana kelompok suku itu datang. Kuala Pilah adalah termasuk dalam Luak Ulu Muar. Luak ini diperintah oleh ketua aadat Datuk Bendahara Setia Maharaja Setia Maharaja Lela Perkasa dari Suku Biduanda Waris Lantai Kulit. Jumlah suku dalam Luak ini ialah 18 termasuk 13 suku asal dan selebihnya suku tambahan.
Suku-suku adalnya ialah Anak Aceh, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda Sungai Ujong, Biduanda Waris, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak Minangkabau, Seri Lemak Pahang, Seri Melenggang, Tanah Datar, Tiga Batu dan Tiga Nenek. Suku-suku Tambahan pula terdiri daripada suku-suku yang nama asalnya diambil dari nama-nama suku asal, iatu Biduanda Jawa, Mungkal, Seri Lemak Minangkabau, Seri Lemak Pahang Baginda Raja dan Tanah Datar.
Menurut Norhalim, pengikut-pengikut suku-suku tamabahan ini tidak menganggotai mana-mana suku asal kerana mereka dianggap kelompok yanag asing dan merupakan pendatang-pendatang dari luar kawasan Ulu Muar. Mereka adalah orang adat tetapi dari suku-suku luar di luak-luak lain. Pendatang dari Suku Mungkal Luak Rembau, misalnya, akan mengaadakan komuniti adatnya sendiri di Luak Ulu Muar (Kuala Pilah) dan menamakannya Suku Mungkal Tambahan. Begitu juga dengan pendatang dari Suku Batu Hampar di Rembau akan meneroka di Ulu Muar dan menamakan adat komunitinya dengan nama Suku Batu Hampar Tambahan.
Maka dalam proses pengkadiman Baba dan Saodah di Kuala Pilah atau dalam lingkungan adat Luak Ulu Muar ini, suku setiap orang yang terlibat ini perlulah dijelaskan. Pada prinsipnya, mereka berdua tidak dibenarkan satu suku yang sama kerana seperti yang dijelaskan Norhalim tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada kekeliruan. Dalam hal ini sama ada Baba “masuk suku” Mungkal atau Saodah, jika Memoir Ghafar mahu diambil kira. Dalam pada itu pula oleh kerana suku anak adalah didasarkan kepada suku ibu, maka jika Ghafar lahir dalam suku Mungkal, maka ibunya Saodah menjadi pengikut Suku Mungkal, sedangkan isteri Cikgu Hitam, abang Baba adalah pengikut Suku Biduanda.
Jalan penyelesaian yang ada ialah Saodah memilih untuk dikadimkan ke dalam Suku Mungkal dan berkahwin dengan Baba yang memilih untuk dikadimkan ke dalam salah satu yang lain seperti Biduanda, yang pengiukutnya Peah dan dengan suaminya Cikgu Hitam sebagai orang semenda. Dengan demikian Ghafar adalah dari Suku Mungkal, mengiukut suku ibunya sehingga beliau berumur 13 tahun apabila beliau berpindah ke kampung asal bapanya di Sungai Udang.
Di Melaka, masalah suku dan kadim-mengkadim tidak wujud. Ghafar dan saudara-maranya bernasib baik kerana tidak termasuk dalam wilayah Adat Perpatih Naning, walaupun Sungai Udang hampir sahaja dengan wilayah adat Alor Gajah, bersempadankan Mesjid Tanah. Wilayah bukan Adat Perpatih Naning ini menganjur ke utara, mengiukuti Pantai ke Port Dickson, satu-satunya daerah yang di luar lingkungan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. (Sila lihat peta). Port Dickson berada dalam lingkungan yang dpimpin oleh Ketua Adat yang disebut Datuk Muda Linggi dan bernaung di bawal Luak Sungai Ujong. Walaupun bukan penganut Adat Perpatih, tetapi Ketua Adatnya mendapat “tidak perintah” daripada Undang Luak Sungai Ujong dan mempunyai adatnya sendiri.
Demikianlal, Ghafar selama 13 tahun berada di bawah pengaruh Adat Perpatih. Pengaruh ini telah membentuk jiwa dan raganya menjadi seorang penganut Adat Perpatih dalam lingkungan adat Ulu Muar di Kuala Pilah. Seperti halnya pengikut adat yang lain di daerah itu Ghafar tidak dapat tidak bersikap dan bertindak sebagai seoarang penganut Adat Perpatih, walaupun beliau masih berada dalam alam remaja.
Tidak jelas apa yang terjadi setelah penghijrahan (balik kampung) Ghafar ke Sungai Udang. Ghafar hanya dikatakan menyambung persekolahannya di Sekolah Melayu Tangga Batu, tidak berapa jauh dari Sungai Udang. Letaknya antara Pekan Mesjid Tanah dan Sg. Udang. Oleh kerana Ghafar tinggal bersama-sama keluarga Baba, maka bermulalah penghijrahan adat. Jika di Kuala Pilah Ghafar tinggal di rumah keluarga sebelah ibu dan bersifat matrilenal, kini Ghafar mula menjalani hidup di bawah pengarah patrilineal, kelaziman bagi pengikut Adat Temenggung. Pengaruh adat ini mulai menguasai diri Ghafar dan semakin dewasa Ghafar maka semakin matang cara berfikirnya. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI) menjadi ibu bapa kedua bagi Ghafar.
Pengaruh matrilineal menguasai sikap dan pendirian Ghafar baik semasa kecil mahupun setelah beliau dewasa. Sebagai contoh, ketika beliau diminta adik-beradiknya meninggalkan Kuala Pilah pulang ke kampung bapanya di Sungai Udang, Ghafar lebih suka tinggal di Kuala Pilah. Walaupun dalam memoirnya, beliau menyebut hendak menjaga kubur kedua-dua orang tuanya, tetapi jauh di sudut hatinya, beliau dipengaruhi rasa sayang kepada ibunya yang telah pergi dahulu. Lazimnya seorang anak akan lebih dekat kepada ibu yang mendambakan kasih sayang, lebih daripada seorang bapa, terutama jika bapa Ghafar dilihat garang olehnya (Lihat Penitianku). Walaupun tidak dinafikan setiap anak di mana sahaja, baik dia berada dalam pengaruh Adat Perpatih atau Adat Temenggung, akan lebih dekat kepada ibu tetapi suasana dan latar belakang kehidupan Ghafar sebagai anak yang lahir dalam lingkungan Adat Perpatih dengan hubungan kekeluargaan yang rapat di kalangan saudara-saudara sebelah ibu. Seperti katanya, “Hanya saya seorang sahaja yang tidak mahu berhijrah ke Melaka. Saya buat keputusan mahu menetap di Kuala Pilah kerana saya mencintai tempat tumpah darah saya itu walaupun saya tidak ada tem[pat hendak bergantung lagi. Kemudian Ghafar memberi sebab lagi mengapa beliau mahu terus menetap di Kuala Pilah. “Siapa lagi yang kan membersihkan tanah perkuburan itu kalau saya juga turut berpindah ke Melaka?” fikirnya.
Kemudian, Kalimullah Hassan dalm artikelnya “In Memprium Abd. Ghafar Baba”, tersiar dalam New Straits Times, sehari setelah meninggalnya Ghafar menulis “kesetiaan Ghafar kepada Umno dan negara, dapat dilihat melalui perjalanan karir politiknya. Pada saat ia menjabat sebagai wakil inti presiden dalam partai Umno, dan ketika Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 1976, lalu digantikan oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Ghafar tidak dilantik sebagai wakil Perdana Menteri.
Jabatan tersebut diberikan kepada Datuk Seri (kini bergelar Tun) Dr Mahathir Mohamad. Menurut cerita, penyebab Ghafar tidak diangkat sebagai wakil Perdana Menteri karena tidak memiliki kelayakan akademik. Ghafar, kalau mau, bisa saja menjadikan hal tersebut sebagai isu yang bisa diangkat dan meminta dukungan masyarakat untuk dirinya seperti yang dilakukan oleh pemimpin politik lain. Sebaliknya, almarhum malah melepaskan jabatannya dalam Kabinet, dan memberi dukungan penuh kepada Hussein dan Dr Mahathir, serta tetap menjadi pendukung setia partai. Malah, ia tidak pernah mengeluarkan pernyataan yang bernada protes.”
Noralim memberi tafsiran bahawa kesetiaan yang diberikan Ghafar adalah kesan pengaruh kejiwaannya terhadap keadaan dan suasana hidup yang dialaminya ketika tinggal di Kuala Pilah pada waktu usia yang relative muda. Disiplin kesetiaan adalah hasil bibit-bibit adapt yang ditanam ibunya Saodah membimbing dan mengajar anaknya tentang hidup dan kehidupan serta pergaulan dengan masyarakat sekeliling, iaitu hidup dalam suasana adapt dan budaya yang paa waktu itu sangat menebal di tempat Ghafar dilahirkan.
Bukan tidak mungkin ramai pula mempersoalkan keputusan Ghafar untuk terus tinggal di Melaka itu tidak ada kaitannya dengan sama ada beliau terpengaruh dengan Adat Perpatih atau Adat Temengung. Adat Perpatih hanya secara kebetulan menjadi ikutan keluarga Ghafar kerana mereka berada dalam lingkungan adat itu. Namun, seorang anak yang masih muda remaja (13 tahun) enggan mengikuti tiga orang adik beradiknya, Rahmah, Jamiah dan Zakaria kembali ke kampung bapanya di Melaka menunjukkan renggangnya pengaruh kebapaan berbanding pengaruh keibuan, terutama apabila bapanya sendiri turut dikebumikan di tempat yang sama di Kampung Gemuruh, kira-kira tiga kilometer (1.8 batu) dari rumahnya.
Cara berfikir Ghafar seaktu usia yang begitu muda mengakui tidak mahu meninggalkan kampung tempat dia dilahirkan dan dibesarkan sehingga berusia 13 tahun. Barangkali pula tempat barunya itu, walaupun kampung bapanya, begitu asing baginya walaupun beliau mengikuti adik-beradiknya memperkuat keputusannya untuk tidak mahu berpindah. Hbungan mesra antara Ghafar dengan bapa saudaranya, Ahmad Awang jauh lebih intik berbanding hubungan mesra dengan seorang lagi bapa saudrana, Cikgu Hitam di Sungai Udang. Ahmad Awang yang telah dikadimkan mempunyai tanggungjawab dalam adat untuk menjaga Ghafar.
Akhirnya, pengaruh adik-beradik tidak begitu memberi kesan kepada Ghafar untuk mengikuti mereka pulang ke Melaka. Ternyata Ghafar lebih rela tinggal dengan bapa saudara di Kuala Pilah daripada pulang mengikut adik-beradiknya, walaupun Ghafar akan tinggal bersama seorang lagi bapa saudaranya di tempat barunya itu. Dari sudut kemesraan ini jelas bahawa Ghafar lebih mesra dengan Ahmad Awang berbanding Cikgu Hitam dan ketiga-tiga adik Ghafar sendiri. Maka secara tidak langsung faktor kemesraan ini memperkuat hujah bahawa pengaruh adat turut memberi perangsang kepada Ghafar untuknya tinggal di Kuala Pilah dan ini diperakukan oleh Norhalim.
Norhalim berpendapat sekiranya Ghafar terus tinggal di Kuala Pilah sehingga akhir hayatnya, beliau yakin bahawa semangat matrilineal yang menjiwainya sejak lahir akan terus diperkukuh, terutama jika kedua-dua orang tuanya boleh “bertahan hidup” sehingga Ghafar menyelesaikan masalah pendidikannya dan meneruskan kerjayanya. Satu contoh lain yang memperkuat hujah pengaruh adat ini dalam diri Ghafar ialah ketika berlakunya peristiwa Undang Luak yang empat di Negeri Sembilan enggan menerima pencalonan Tan Sri Mohd. Isa dato’ Abd. Samad sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas pilihanraya umum tahun ...
Dr. Mahathir telah meminta jasa baik Ghafar untuk menyelesaikan masalah itu dan untuk menunjukkan rasa kesetiaannya Ghafar berusaha menyelesaikan maslah itu setelah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan cara baik. Sesetengah penganlisis politik mengaitkan masalah itu dengan hubungan Ghafar dengan Mohd Isa yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan. Ada pula yang melihat latar belakang Ghafar sebagai anak Kuala Pilah dari Luak Ulu Muar bersukukan ibunya, iaitu Mungkal dan mengetahui sedikit sebanyak tentang Adat Perpatih dan fungsinya memperkuat komitmen Dr.Mahathir bahawa Ghafar boleh menyelesaikan masalah itu.
Hal ini menunjukkan peranan Ghafar dalam menyelesaikan masalah politik di negeri beradat itu dikaitkan dengan sistem adat dan penglibatan Ghafar amat diperlukan. Sebenarnya Dr. Mahathir boleh sahaja mengenepikan penolakan Undang luak yang empat berkenaan kerana kuasa politik adalah terletak di tangan Perdana Menteri sebagai ketua parti yang memerintah, tetapi secara moral dan etika, Dr.Mahathir lebih selesa jika masalah pencalonan Mohd Isa itu diselesaikan secara baik dan mengikut adat dan kebiasaan di negeri itu. Dan Ghafar mampu menyelesaikan masalah itu dengan baik.Tidak dapat dinafikan unsur tatasusila adat secara langsung atau tidak langsung memainkan peranan dalam kamelut jawatan Menteri Besar itu terutama ia melibatkan ketua adat setinggi Undang Luak yang peranannya amat penting dalam menentukan jawatan Yang Dupertuan Negeri Sembilan.
Dari sudut kerjaya politiknya pula, Ghafar, misalnya dapat digambarkan melalui tindakannya memenuhi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 setelah Datuk Musa Hitam (sekarang Tun) menarik diri keluar daripada Kabinet Dr. Mahathir. Ghafr menunjukkan kesetiaannya kepada Mahathir ketika Tengku Razaleigh dan Musa dalam peristiwa Team A dan team B dalam Plihanraya UMNO tahun 1987. Kesediaan dan kesetiaan Ghafar kepada Dr. Mahathir ini bertepatan dengan sikap pengikut setia adat. Seperti yang disentuh Norhalim dan diperkuat oleh Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, salah seorang Lembaga Tiang Balai daripada Suku Mungkal, Luak Ulu Muar, di mana ibu Ghafar, Saodah dikadimkan berdasarkan Memoir Ghafar (Penitianku).
Kesediaan dan ketaatan Ghafar adalah seperti kata perbilangan Adat Perpatih “disuruh pergi dipanggil datang.” Kebiasaannya amat jarang seseorang yang setokoh Ghafar, mahu kembali aktif dalam politik setelah hampir sebelas tahun meninggalkan Kabinet sejak bermulanya era Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn pada tahun 1976. Walaupun ada faktor-faktor lain yang menyebabkan Ghafar mahu kembali aktif, namun pada prinsipnya naluri hati Ghafar masih mahu membuat keputusan yang mungkin bertentangan dengan hati kecilnya. Hal ini dapat ditafsirkan ketika Ghafar pernah menyatakan hasratnya kepada Tun Abd. Razak untuk mengundurkan diri daripada kerajaan apabila Tun Abd. Razak berhenti menjadi Perdana Menteri.
Seperti yang dicatatkan Abd. Latif Bakar dalam “Penderitaan dan Perjuangan” dlam buku Ghafar Baba, “Bila Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976, Ghafar melihat itulah kesempatan paling baik untuk beliau meninggalkan kabinet.” Ketika itu usia Ghafar baru berusia 51 tahun yang dianggap tahap usia yang sedang menuj puncak dalam kerja politiknya. Akhirnya niat persaraannya terus dalam poltik tidak kesampaian apabila Dr. Mahathir mintanya aktif semula dalam kerajaan untuk jawatan orang nombor dua dalam Kabinet. Walaupun ketika beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada kabinet Tun Hussein, banyak spekulasi yang diberikan tentang keputusan Ghafar itu. Beliau menyertai kerajaan semula sepuluh tahun kemudian.
Apa yang menyebabkan Ghafar mahu kembali aktif selepas bersara politik, terutama selepas satu dekad berada di luar kerajaan. Jawabannya mngkin terletak kepada keputusannya untuk tidak meninggalkan jawatan politiknya. Ghafar terus aktif dalam UMNO dan mempertahankan jawatan anggota parlmennya sehingga pilihanraya umum 1999. Ketika itu beliau adalah calon BN Batu Berendam, Melaka dan memegang rekod sebagai anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 Pilihanraya Umum sejak tahun 1959. Umumnya, penganalisis politik sependapat bahawa penerusan kerjaya Ghafar dalam politik melalui UMNO adalah ibarat manik penyambung kepada kerjaya politik dan tidak semestinya beliau terlibat dalam kerajaan. Apakah manik ini dianggap sebagai Ghafar sebagai masih mempunyai harapan dalam kerjaya politik dan kerajaan pada masa hadapan hanya Ghafar yang dapat menjawabnya.
Tetapi mengikut tafsiran adat, ia mungkin dapat dikaitkan kepada kesetiaan Ghafar dalam memegang prinsip adat Perpatih seperti dalam perbilangan “sekali raja berganti sekali adat berkisar yang membawa makna perubahan dalam sistem adat boleh dan akan berlaku tanpa merosakkan dasar-dasar utamanya. Ghafar menganggap sesuatu akan berubah dan beliau optisis bahawa sesuatu itu tidak kekal tinggal dalam keadaan statik (beku).
Apapun jua, sikap dan tingkah laku Ghafar sepanjang yang membabitkan kehidupan dan kerjaya politiknya secara langsung dan tidak langsung dipengaruhi kedua-dua adat ini, Hanya Ghafar yang boleh menentukan yang mana satu di antara kedua-dua yang banyak mempengaruhi. Dan Ghafar pun tidak akan menyedari yang mana satu adat yang menjadi kiblat utamanya. Atau beliau enggan mengakui bahawa pengaruh kedua-dua adat itu menguasai dirinya.
| MENINJAU KG. GHAFFAR DI TEBAT KERING, KUALA PILAH | EKSPEDISI KE TEBAT KERING KUALA PILAH 9 SEPTEMBER 06.
Ke Kampung Tebat Kering, Kuala Pilah bersama Norhalim Ibrahim, ahli sejarah dan budaya Negeri Sembilan. Bertolak dari Seremban pukul 10.30 pagi. Yang menjadi pemandu ekspedisi ialah Dato’ Khalid bin Bonget, bergelar Dato’ Seri Maharaja, Lembaga Suku Mungkal, Luak Ulu Muar. Di perkenalkan di depan Masjid Pekan Kuala Pilah dan darapan sebelum memulakan ekspedisi.
Menurut bekas To’ Empat Jamaluddin Ali yang sama bersekolah dengan Tun Ghafar Baba, dan kini tinggal di Sawah Lebar, Kg. Tebat Kering, Bukit tembusu itu asalnya bernama Kg. Jawa. Dikatakan di situ ramai penduduk dari keturunan Jawa yang bekerja menjual sate dan menarik kereta lembu. Ayah Ghafar, Baba bin Abdullah pindah ke Kg. Jawa ini atas desakan hidup di Melaka mungkin dipanggil abangnya Hitam yang berkahwin dengan Peah di kampung ini. Peah adalah dari suku Biduanda.
Tapak rumah Peah dan Baba di Kg. Jawa yang sekarang dinamakan Tebat Kering (Tobek Koring) dan seluruh kawasan tanah kira-kira 1 pole (boleh bangun dua rumah) telah dijual dua tahun dahulu (2004) kepada orang lain. Tapak rumah itu berjiran pula dengan Cikgu Othman Abu Samah. Tanah ini betul-betul di persimpangan tiga Taman Tebat Kering.
Isteri Jamaluddin bernama Khadijah Yunus. Yunus bapa Khadijah bekas guru pelawat di zaman Tun Ghafar.
Perbualan dengan bekas To’ Empat, Jamaluddin Ali dan isterinya Hajah Khadijah Yunus di rumahnya di Sawah Lebar, Kuala Pilah. Perbualan berlangsung pada pukul 12.30 tangah hari.
Encik Jamaluddin ini sudah kelihatan uzur berusia 84 tahun, sementara Cikgu Othman, jiran sebelah rumah keluarga Tun Ghafar berusia 79 tahun. Menurut Jamaludin, Ghafar kutip bulu golf dan tenis dan kemudian menyerahkannya kepada Mat Saleh di Kelab Ulu Muar, yang terletak kira-kira 1.5 kilometer di tempat padang golf itu. Ghafar dan kawan-kawan akan diberikan kira-kira $1 (duit sekarang). Bola golf itu dikutif di kawasan lekuk antara Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, (sekarang Pejabat PPD Kuala Pilah) hingga membawa ke masjid yang berada sekarang. Sekolah Ghafar terletak di mana Pusat Kesihatan dan Sekolah Kindergaten berada sekarang. Jadi Ghafar akan ke kawasan lekuk padang golf itu dan membawanya ke kelab Ulu Muar yang terpaksa melalui depan sekolahnya dahulu. Dengan duit itu dia pulang ke rumahnya di Tebat Kering, kira-kira 1 kilometer ke selatan (sekarang ini Taman Tebat Kering).
Hajah Khadijah menafikan sekeras-kerasnya Ghafar terlalu miskin sampai kurang makan dan terpaksa pungut bola golf untuk mencari sesuap nasi. Khadijah juga menafikan yang Ghafar jarang pulang ke rumah, tidur rumah kawan-kawan kerana tidak ada siapa yang menjaganya. Menurut Khadijah, semiskin-miskin orang Kuala Pilah tidak ada yang sampai tak makan dan bekerja macam usia Ghafar. Memang betul ayah Ghafar bawa kereta lembu dan bawa teksi, tapi jarang tak makan. Bila ayah Ghafar meninggal, Ghafar adalah di bawah jagaan ibunya dan juga bapak saudaranya Hitam, yang rumahnya berdekatan dengan kawasan lekuk Sek Kebangsaan Kuala Pilah. Khadijah tidak yakin Ghafar akan ditinggalkan begitu sahaja oleh bapa saudaranya. Adat orang Kuala Pilah atau Negeri Sembilan, jarang meninggalkan anak saudaranya tak makan. Ada kemungkinan Ghafar mahu mencari duit sedikit membantu ibunya atau untuk kegunaannya sendiri maka beliau sanggup mengutip bola golf. Buku Titianku, memoir Ghafar Baba tidak pula menceritakan lebih lanjut tentang zaman kecil-kecilnya.
Rumah ibu bapa Ghafar agak besar juga. Walaupun rumahnya tidak ada lagi tetapi Cikgu Othman menunjukkan contoh rumah ibu bapa Ghafar yaang terletak di Jalan Kuala Pilah-Tampin. Rumah itu seperti rumah minang yang bahagian serambinya terbuka. Atap rumbia dan bumbungnya serdikit melengkung. Kawasan tapak rumah dan tanah yang dimiliki ibu Ghafar satu ketika dahulu semak samun. Tanah ini telah dijual kepada orang lain kira-kira dua tahun dahulu.
Kampung Tebat Kering ini bukanlah sebuah kampung yang jauh di hulu, tetapi di tenagah-tengah pekan Kuala Pilah. Berhampiran pula dengan Kelab Ulu Muar dan sebelah utara sedikit berhampiran dengan masjid sekarang kawasan padang golf kelab. Pekan Kuala Pilah itu sendiri berada di tengah-tengah antara Padang Kelab Golf dengan Kelab Ulu Muar. Sekolah Ghafar berada di sebelah kiri Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran dengan persimpangan jalan Kuala Pilah-Tampin dan Kuala Pilah-Seremban. Di depan Kelab Golg Ulu Muar ada padang dan di tepi padang berdepan dengan Kelab terdapat Sekolah Tamil. Berhampiran tapak rumah Ibu bapa Ghafar terdapat pula Sekolah Menengah Cina. Tidak diduga sekarang kawasan ini adalah kawasan strategik dan menemnpatkan rumah-rumah kerajaan yang tidak lagi didiami di pekan Kuala Pilah.
Jabatan Penerbitan & Percetakan UKM, Bangi
12 September 2006 pukul 1.01 petang.
| SELINTAS BERSAMA AZIZ ANTARA, AZIZ JAHPIN DAN PAK DHARMA | Dua minggu pertama Rabiul Awal (April 2005) merupakan minggu pemergian tiga tokoh dalam bidang persuratan dan penerbitan. Dua daripadanya penulis kreatif sementara yang ketiga penerbit karya penulis. Mereka ialah Aziz Jahpin, penulis skrip drama radio dan novelis, Datuk Kamaruzzaman Abd Kadir atau lebih dikenali dengan nama pena Dharamawijaya, penyair dan Datuk Abdul Aziz Ahmad, terkenal dengan Aziz Antara, penerbit dan penjual buku, khususnya buku-buku Indonesia.
Dharamawijaya meninggal dunia pada pagi hari Maulidur Rasul. Dua hari sebelumnya, Aziz Antara menemui Penciptanya. Aziz Jahpin pergi dahulu, iaitu tiga hari sebelum Aziz Antara. Ketiga-tiganya mempunyai persamaan dalam bidang yang saling melengkapi. Dharmawijaya dan Aziz Jahpin melahir karya sementara Aziz Antara menerbitkan asil karya penulis. Walaupun tidak semestinya Aziz Antara menerbitkan karya Dharmawijaya atau Aziz Jahpin.
Aziz Jahpin meninggal setelah sakit demam beberapa hari, Aziz Antara setelah mengalami sesak nafas sementara Dharmawijaya menghidap barah paru-paru. Aziz Jahpin berusia 77 tahun, Aziz Antara 83 sementara Dharmawijaya 68 tahun. Sepanjang hayatnya Aziz Jahpin tidak akan melupakan dua peristiwa penting dalam hidupnya. Pertama, novel “Pulanglah Perantau” diumumkan sebagai salah sebuah novel yang menang dalam Peraduan Menulis Novel 10 tahun Merdeka dan diterbitkan pada tahun 1971.
Kedua, drama radio Renungan Tahun menggemparkan seluruh masyarakat pendengar sehingga ramai yang datang ke Melaka untuk melihat sendiri “kemusnahan” yang kononnya dialami oleh Maktab Perguruan Perempuan Melayu Durian Daun Melaka. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1958. Manisnya peristiwa pertama ialah itulah satu-satunya novel yang ditulis Aziz Jahpin dan menang pula. Peristiwa kedua amat mengesankan. Walaupun dianggap negatif namun impak drama radionya itu benar-benar membuatnya tidak tidur malam selama seminggu.
Aziz Jahpin mendapat angin kedua dalam berkarya apabila Penerbit Fajar Bakti mempelawanya mengumpulkan semua anekdot lucunya dalam satu buku yang akhirnya diterbitkan dengan judul Zamzam Zaman. Setelah Zamzam Zaman diterbitkan beliau berusaha mengumpulkan kisah-kisah lucu yang lain tetapi tidak pasti sama ada kisah-kisah itu telah diterbitkan. Namun bagi pendengar radio, barangkali beberapa buah drama Aziz Jahpin benar-benar menyentuh perasaan mereka, malah dianggap kontraversi. Antara drama itu ialah “Siri Tiga Dara” (1972), “Tonel Badut” (1983), “Di Mana Bumi Dipijak” (1984, “Sahabat Tiga” (1986) dan “Nanti Mati” (1990). Doku-dramanya “Mata Permata” yang disiarkan pada tahun 1964 menang Golden Harvest Award di Pesta Filem Asia di Taipei, sementara “Modal Sahaja Sukar Nerjaya” (1965) menang Golden Harvest Award di pesta yang sama, tetapi di Tokyo. Aziz lahir di Singapura dengan nama Aziz Bin Alias.
Aziz Antara berjasa besar kepada pengembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebagai penerbit menjadi tanggung jawab Aziz Antara mengenengahkan teks bahasa dan sastera kepada khalatak pembaca. Kerana jasanya, Aziz Antara menerima Anugerah Za’ba yang pertama. Jasa yang sukar dilupakan ialah minat dagangnya untuk membawa masuk buku-buku terbitan Indonesia, terutama pada tahun-tahun 50an dan 60an dahulu. Waktu itu buku-buku dalam bahasa Melayu amat kurang. Pencinta bahasa dan sastera amat bergantung kepada buku-buku Melayu versi bahasa Indonesia untuk rujukan dan menambah pengetahuan. Allahyarham Usman Awang dalam satu sembang-sembang kosongnya di Dewan Bahasa dan Pustaka, ketika hayatnya mengakui tanpa Pustaka Antara, milik Aziz Antara, “saya tidak menjadi Tongkat Waran atau Usman Awang seperti yang saudara lihat hari ini.”
Begitu akrabnya Aziz Antara dengan buku-buku Indonesia, sehingga beliau sering sahaja berulang-alik ke Jakarta, berbincang tentang perniagaan buku dengan penerbit-penerbit di ibukota Indonesia itu. Hotel Indonesia menjadi rumah keduanya. Setiap kali berkunjung ke Jakarta, hotel itulah rumahnya dan beliau diberikan keistimewaan oleh hotel berkenaan dengan menyediakan satu bilik ekstra. “Untuk memudahkan Pak Aziz mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelanggan-pelanggan Bapak di sini”, seperti diucapkan Aziz Antara kepada saya dalam satu pertemuan di Jakarta pada tahun 1987. Malah apabila beliau mempelawa untuk saya memanfaatkan bilik esktranya itu. “Bilik itu kosong, Sepatutnya you ke sini saja.”
Aziz Antara adalah pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Hampir satu dekad beliau memimoin persatuan itu. Penerbit-penerbit yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan pada tahun-tahun 1980an banyak berpayung di bawah persatuan pimpinan Aziz Antara. Di samping penerbit, Pak Aziz rapat juga dengan tokh-tokoh penulis. Antara yang sering ditemuinya ialah Arenawati dan Ahmad Boestaman (Ruhi Hayat). Pertemuan sering diadakan di kedai bukunya Pustaka Antara di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Muda. Aziz Antara beruntung kerana bebepa buah buku importnya pernah dijadikan buku teks wajib di peringkat Sijil Persekolahan atau Sijil Tinggi Persekolahan. Salah sebuah buku itu ialah Keluarga Gerilya. Buku ini juga telah mendekatkan Aziz Antara dengan keluarga pengarangnya Pramoedya Ananta Toer.
| DHARMAWIJAYA DARI KG. TALANG | Satu hari dalam bulan September 1996, saya menghantarnya pulang ke rumahnya di Taman Rashidah Utama, Seremban. Kami baru sahaja selesai menghadiri Seminar Pengemaskinian Prasejarah Negeri Sembilan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandar itu. Beliau mempelawa saya masuk ke rumah tetapi saya menolak kerana hari hampir Maghrib dan saya perlu pulang ke Bandar Baru Bangi. Perjalanan masih jauh. Saya memerhatikannya sehingga dia dimamah senja.
Inilah rumah yang sering saya kunjungi pada akhir-akhir tahun 1980an dahulu. Begitu kerapnya saya bertandang ke rumah ini sehingga saya hamper tidak percaya bahawa sudah enam tahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki, walau hanya di pintu rumahnya. Dan dia pun seperti menyendiri dalam dunianya dan sesekali saya temui dunia rindunya itu melalui bait-bait puisinya dalam media yang langsung atau tidak langsung mempamerkan kehadiriannya.
Saya dapat membayangkan betapa dia acap kali akan merenung nun jauh ke timur melalui jendela kamarnya. Renungannya akan membelah gunung dan ngarai di depannya, lalu renungannya akan terus menerjah dinding kamarna menuju satu daerah di mana dia dilahirkan, iaitu di Kampung Talang. Barangkali pula ketika itu dia melepaskan resah rindunya kepada kampong halaman laksana sembilu menhiris pedih hatinya, lalu dia pun menghimbau:
Pada teguh tenangmu
Menerima hari-hari yang pergi dan datang
Pastilah ditidur jaga anak-anakmu
Sayu matanya ke sawah ladang
Pilu hatinya di bukit berjurang
Betapa degup jantungnya tiba-tiba menjerat emosinya lalu ingatannya menelusuri bendang luas di depannya yang dipagari petak permatang dengan sungai membelah lalu dari utara ke selatan. Di seberang sungai tersergam teguh banjaran bukit menghijau, dadanya menampung rezeki petani seisi desa. Dan setiap petang sinar matahari akan menghilang di celah rimbunan belantara sepanjang banjaran, tanda sehari lagi meningkatnya usia desa dan para penghuninya.
Demkian pulalah Dharmawijaya, nama sebenarnya Kamaruzzaman Abd. Kadir, seorang penyair tanah air yang banyak melahirkan puisi-puisi tentang petani. Kampung Talang yang merupakan tanah kelahirannya adalah wajah daripada suatu kehidupan masyarakat petani yang banyak terpancar dalam puisi-puisi Dharmawijaya. Kampung Talang dan Dharmawijaya hampir menjadi sinonim, Dharmawijaya menjadi terkenal sebagai penyair yang banyak mengungkapkan masalah dan aspirasi rakyat tani di samping gambaran desa kampung halamannya sendiri. Hingga kini sudah lebih tiga puluh tahun Dharmawijaya mengabdikan dirinya dalam dunia perpuisian Melayu.
Demikian pulalah, anak Kg. Talang ini seada hayatnya akan merenung jauh ke timur, meladeni jiwa romantisnya, memuja-muji realiti alam dan waktu yang berlalu. Sejak tahun 1967, dia terus mengaprisiasi ketulusan tanah leluhurnya yang telah memperkenalkan dirinya erti hidup dan kehidupan.
Itulah Dharmawijaya, yang menurut Ahmad Tarmizi, penulis Riau adalah nama Indonesianya. Dharmawijaya adalah “warna maya”, segugus puisi rasa seorang insan yang lahir daripada sudut jiwa dan kejiwaannya.
Dharmawijaya terdidik di sekolah Melayu hingga darjah VII pada tahun 1952. Dalam tahun 1953, beliau terpilih menjadi guru pelatih di sekolah rendah Melayu. Kemudian beliau terpilih mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1954 – 1956). Dengan belajar sendiri, Dharmawijaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan beberapa tahun kemudian lulus Sijil Tinggi Persekolahan. Mulai tahun 1973, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya hingga tahun 1976 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera.
(Memoir ini asalnya saya tulis untuk siaran dalam Berita Harian, 1 Julai 1999)
Seumur hidup, saya belum pernah tatap muka dengan Malungun, sehinggalah pada hari Mesyuarat Agung Perwakilan yang ke-28 Gapena di Rumah Gapena, 8 Mei yang lalu. Mujur juga Sutong Umar RS memperkenalkan saya kepada Malungun yang kebetulan sedang berbual dengan Mokhtar Yassin dari Melaka. Kami berpandangan beberapa ketika.
"Ah ni Malungun! Ini Pak Mokhtar Yassin!" perkenal Sutong. Kami bersalaman.
Selama ini saya cuma dapat bayangkan sahaja nama Malungun dan kegiatannya dalam bidang persuratan melalui media dan cakap-cakap teman dan kawan. Malungun memang nama besar dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan, malah juga dalam bidang penerbitan buku. Pengembaraannya dalam ketiga-tiga bidang ini amat luas dan berkongsi pengalaman bersamanya sudah tentu amat "berbaloi". Saya meminta kesempatan untuk berbual-bual dengannya. Dia menulis nombor telefonnya: 03-4418522. Pejabatnya di Tk 17, Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur. Malungun berrtugas dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Hubungilah saya dan saya sentiasa ada di pejabat."
Beberapa hari kemudian saya mengunjunginya.
"Bagaimana sekarang, kerja terkeluar sekali daripada bidang yang pernah saudara buat dulu?"
"Tidak juga. Di sini pun saya buat kerja-kerja yang berkaitan dengan bahasa. Sejak tahun 1996 lagi ketika saya mula bertugasa di sini. Tak banyak larinya. Saya punya pegangan yang sampai sekarang saya patuhi, iaitu idealis dan kualiti. Saya tidak akan berkompromi dengan kedua-dua pegangan saya ini. Barangkali inilah pula sebabnya mengapa saya sering pindah-pindah dalam bidang yang saya ceburi. Misalnya, dalam bidang persuratkhabaran, saya sering menekankan kepada idealisme persuratkhabaran (newspaper idealism dan non-partisan). Begitu juga tentang kebahasaan," katanya.
Pada awal perteumuan Malungun banyak bercakap tentang bahasa dalam surat khabar dan sastera. Baginya bahasa adalah nyawa. Tidak aneh bagi orang seperti Malungun kerana dia pernah menjadi guru bahasa selama lima tahun di sebuah sekolah jenis kebangsaan (Cina) di Kuala Lumpur (1960-1965). Malungun juga pernah bertugas sebagai penyunting di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari 1968 hingga 1970. Sebagai anak kandung Maktab Pergurun Sultan Idris, Malungun kemudian memperdalam ilmu kebahasaan di Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur. Untuk mengasah kecekapan berbahasa Inggeris Malungun belajar sendiri dan pada tahun 1963, Malungun lulus Sijil Pelajaran Malaysia.
Dengan kekuatan bahasa inilah Malungun berkelana dari penerbit ke penerbit. Dia seperti seorang maverick bahasa dengan sumbangan mempertingkat penggunaan bahasa yang baik di setiap penerbit yang tenaganya diperlukan. Demikianlah, selepas meletakkan jawatan di DBP, Malungun bertugas pula di Utusan Melayu sebagai pengarang Utusan Zaman. Sambil itu dia diminta menulis untuk "Rencana Pengarang" kumpulan akhbar Utusan Melayu. Tidak lama kemudian Malungun hijrah tugas ke Berita Harian. Dari Berita Harian Malungun hijrah lagi, kali ini ke Berita Publishing selama dua tahun (1982-1983). Ertinya dalam tempoh tak sampai 15 tahun Malungun telah berhijrah tugas dalam pelbagai ragam penerbit. Dan ini belum diambil kira khidmatnya sebagai Pengelola Rancangan Melayu Siaran Ke Sekolah-Sekolah, Radio Malaysia selama tiga tahun (1965-1967).
"Mishar menawarkan saya berkhidmat dengannya untuk majalah Gila-Gila dan menjadi ketua pengarang Kumpulan Creative Entreprise," kata Malungun. Barangkali Mishar, ketika itu memerlukan seorang kuat berpegang kepada penggunaan bahasa yang baik dalam berkomunikasi dan orang itu adalah Malungun. Dan ini mungkin benar kerana di samping menjadi ketua pengarang kumpulan, Malungun juga diminta bertugas sebagai pengarang urusan kepada Syarikat Edusystem Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan buku sekolah dan masih punya kaitan dengan Kumpulan Creative Entreprise. Namun sikap ala maverick Malungun menyebabkan dia pindah tugas lagi. Kali ini dia ke Kumpulan Karangkraf hinggalah ke awal tahun 1996. Setelah itu dia duduk menganggur selama enam bulan.
"Betul-betul menganggur," katanya.
"Kenapa mesti menganggur?"
"Susah nak kata. Dalam hal ini mungkin kita kena kembali kepada prinsip saya yang idealis dan yang mementingkan kualiti. Saya resah jika tidak dapat menemukan idealisme saya itu. Barangkali ini jawapannya. Tetapi saya kurang pasti," jawabnya.
Mungkin ada juga kebenarannya. Disebabkan kekuatan Malungun dalam bidang bahasa itulah barangkali salah sebuah cerpennya yang berjudul "Memburu Tahun Baru" dipuji habis oleh Keris Mas. Cerpen ini tersiar dalam majalah Dewan Bahasa pada tahun 1965. Ceritanya tentang kisah seorang pelacur dan seorang marhaen. Melalui cerita itu Malungun mahu menunjukkan bahawa seseorang yang berjiwa sosialis dan memperjuangkan ideologi sosialis belum tentu mengamalkan fahaman sosialis dalam kehidupannya. Dan mungkin sahaja Keris Mas memujinya dari sudut jalan ceritanya.
"Arwah Abdullah Tahir pernah mengulas cerpen ini melalui pendekatan matematik. Tetapi sehingga hari ini saya tak dapat nak faham. Umar Junus dan Lutfi Abbas turut memberikan ulasan mereka," ujar Malungun yang nama sebenarnya Amir Hamzah bin Shamsuddin, sudah Haji dan dilahirkan di Chemor, Perak kira-kira 61 tahun yang lalu kurang lima bulan.
Apapun jua, dalam bidang kesusateraan Malungun banyak belajar dari A. Samad Said. Dia tidak tanggung-tanggung berkata bahawa "Pak Samad adalah mahagurunya dalam berkarya. Dia banyak beri nasihat. Dan dalam bidang drama Aziz Jahpin dan Zaharah Za'aba banyak memberi nasihat teknikal."
"Maksud nasihat teknikal?"
"Saya mula meminati drama radio pada tahun 1963. Ketika itu Abu Bakar Ahmad meminta saya mengadaptasi drama radio dari Australia. Ada antara 30 hingga 40 drama yang telah saya adaptasikan. Tapi setelah itu terfikir juga kenapa tak tulis drama sendiri. Dan di sinilah saya mendapatkan nasihat dan bimbingan Aziz dan Zaharah," jawabnya.
Malungun mula menulis skrip drama untuk satu siri rancangan radio bernama "No. 5 Persiaran Satu" yang kemudian menjadi popular di kalangan pendengar. Menurut Malungun diri drama ini sebenarnya cuba mengarahkan orang Melayu untuk menerima satu anjakan pradigma dari mentaliti kedesaan kepada mentaliti kebandaran. Sebelum siri ini kita kenal dengan siri rancangan Kebun Pak Awang yang mula dipopularkan dalam tahun 1950an. Kita amat senang dengan watak Pak Awang, seorang petani yang kurang pendengaran, yang dilakonkan Abu Bakar Ahmad sendiri. Turut menjayakan rancangan ini antara lain ialah Siti Hawa Zain, Ibrahim Din, Habibah Musa dan beberapa personaliti radio yang lain pada dekad itu.
"Apa yang perlu dilakukan ialah mewujudkan satu siri baru untuk mengalih perhatian pendengar dari Kebun Pak Awang yang diasaskan kepada pertanian kepada Melayu bandar. Siri drama No. 5 Persiaran 1 ini berlegar di sekitar keluarga Cik Mamat," kata Malungun.
"Sambutan pendengar?"
"Baik, Alhamdullilah!"
"Jumlah drama radio yang telah disiarkan?"
"Tak terkira. Barangkali ada 800 buah. Yalah, sejak tahun 1963 lagi."
"Tidak dibukukan?"
Malungun tidak menjawab. Barangkali dia terfikir siapa yang mahu menerbitkan buku drama kalau cuma ia merugikan. Mahu terbit sendiri, bagaimana mahu memasarkannya. Walaupun Malungun pernah bekerja dengan beberapa penerbitan, namun tidak terbuka mulutnya, barangkali untuk meminta jasa baik majikannya menerbitkan buku dramanya. Lebih baik tinggalkan segumpal skripnya itu dalam lipatan sejarah dan dimakan zaman.
Apapun jua, Malungun masih boleh membilang buku-buku yang diterbitkannya, terutama novel. Yang pertama berjudul Gempar, terbit pada tahun 1966. Kemudian lahir Kiambang Bertaut, juga pada tahun yang sama. Pada dekad 60an, banyak novel kanak-kanaknya diterbitkan, seperti Ayam Sabung, Musang Cantik dengan Buah Rambai dan Ayam Menipu Musang (1967), Buntat (1967), Monyet dan Buah Pisang, Sahabat Yang Setia dan Balasan Khianat (1967), Pasir Berserak Menjadi Intan (1968), Rahsia Teluk Naungan (1968), Anak Miskin Tinggal Di Istana, Merak-Merak Cantikkah Saya dan Murid Diperintah Keluar Istana, tiga terakhir ini tidak diketahui tarikhnya. Dalam pada itu pada tahun 1973, Malungun sempat menterjemahkan tiga buah buku, iaitu Burung Bermata Satu, Gajah Putih dan Puteri Gunung ledang.
"Ada buku yang diterbitkan sejak tahun 1980an?"
"Ada beberapa buah, antaranya Malang Si Malim dalam dua jilid pada tahun 1988, Rahsia di Sebalik Wajah dari cerita bersiri dalam majalah Fantasi tahun 1988 juga dan dua buah pada awal tahun 1990an, iaitu Dendam dan Astaka (1992). Dalam Rahsia di Sebalik Wajah saya cuba mengubah trend penulisan novel picisan waktu itu kepada tema takhyul. Cerita didasarkan kepada hantu kum-kum yang menggemparkan pada satu waktu. Dan dalam Astaka, ceritanya seperti mendahului episod seram kes Mona Fendy," kata Malungun, sambil teringat ada beberapa buah cerpennya memenangi hadiah $100 anjuran Berita Harian dan sebuah drama kanak-kanaknya memenangi Peraduan Menulis Drama Kanak-Kanak anjuran DBP pada tahun 1964. Malungun lupa judul-judul cerpen atau dramanya itu.
"Sudah lama benar dan entah mana saya simpan salinannya. Lepas itu saya sibuk menulis buku untuk sekolah-sekolah," katanya.
Malungun banyak bercerita pagi itu, segala-galanya tentang kegiatan persuratannya yang sering diseling dengan pengukuhan pendiriannya terhadap pentingnya menggunakan bahasa yang baik dan betul. Dalam hal ini Malungun mengakui dia amat terpengaruh dengan karya-karya John Steinback dan Ernest Hemmingway. Di samping itu dia melihat peranan Gapena akan bertambah penting terutama dalam era pembangunan mental malah "ia semakin diperlukan baik sekarang, baik masa depan."
Sebelum saya menjabat salam mohon diri saya tanyakan satu soalan nakal, "Ada yang kata nama Malungun itu bererti malu bangun. Apanya yang malu bangun?" Malungun ketawa.
"Malungun itu istilah etnis Mendahiling yang bererti rindu. Siimalungun ini bukan bangsa Batak, bukan juga Minang. Malah ada pantun Mendahiling yang dikaitkan dengan Malungun.
Saya duduk semula ingin mendengar pantunnya.
"Dalam bahasa Mendahiling atau Melayu?" soalnya.
"Kedua-duanya."
Malungun pun berpantun.
"Muda mandurung ho di pahu,
Tampal ma si mardulang-dulang;
Muda malungun ho dai au,
Tatap ma si rumondang bulan. Yang bererti:
Jika tuan memetik paku,
Tetaslah daun si dulang-dulang;
Jika tuan rindukan aku,
Tataplah cahaya si bulan terang."
| BERBUAL DENGAN ABDUL AHMAD DI PERLIS | APABILA ABDUL AHMAD CAKAP NAK TULIS BIOGRAFI SENDIRI.
Ini kisah perbualan telefon dengan kawan lama. Abdul Ahmad. Kami pernah bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an. Di samping kami ada pula seorang lagi kawan yang telah bersara juga. Namanya Jaafar Abdul Rahim, orang Perak. Abdul ini editor dan pengarang buku, khususnya buku remaja.
Sebelum kerja di DBP, Abdul bekerja dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Abdul telah bersara dan kini menetap di kampungnya di Perlis. Memang dah lama sangat kami tak jumpa. Sebaik sahaja bersara Abdul membuat keputusan untuk pulang kampung sahaja. Dia pun membina rumah di atas tanah peninggalan orang tuanya.
Dalam perbualan ringkas itu Abdul bercadang hendak menulis otobiografinya. Tiba-tiba di celah-celah perbualan, dia bertanya, “Kalau aku tulis biografi, siapa hendak baca. Siapa kita ini?” Benar juga. Siapa kita dan siapalah yang berminat membaca cerita Abdul atau cerita A.F.Yassin. Abdul pun ketawa panjang. Saya mencelah, “Betul. Siapa kita. Siapa peduli. Lainlahlah kalau kita tokoh, macam orang seperti A. Samad Ismail ke, A. Samad Said ke atau Tun Mahathir. Kalau cerita tentang bos kita, Dato’ M. Noor Azam pun orang masih nak baca lagi. Kami terus ketawa terkekek-kekek. Panjang, tapi taklah sampai menyeringai.
Tujuan saya menghubungi Abdul pagi itu adalah untuk mendapatkan nombor telfon Tan Sri Azahari Taib, veteran UMNO yang kini tinggal di Kedah. Tan Sri Azahari adalah salah seorang tokoh yang dipilih untuk mendapatkan pandangannya tentang kedudukan bahassa Melayu selepas 50 tahun merdeka.Ini projek “Wawancara Bahasa” yang diusahakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Sri itu bekas wartawan dan anggota veteran UMNO.
|